Wednesday 28 December 2016

Pengalaman.



Assalamualaikum.
Secara umum kita sedia maklum bas digunakan sebagai alat pengangkutan sejak dari zaman P.Ramlee lagi.
eh maybe earlier than that.

Tapi bas yang aku naik setiap hari ulang alik dari kolej kediaman ke universiti ni lain sikit. 
Sebab bas ni hanya khusus untuk pelajar universiti ni, dan tak perlu bayar tambang bas.
Kenapa kena naik bas?
Sebab jarak dari kolej kediaman ke universiti aku ni adalah lebih kurang 20 kilometer.
plus, kolej kediaman aku terletak paling jauh berbanding kolej kediaman lain.
so redha dan redah jela setiap hari kena naik turun bas.




Dulu masa orientasi sem 1, biasanya program habis pukul 11 malam. Of course la kitorang naik bas dengan badan dan muka yang penat. Kalau tak cukup seat, terpaksa berdiri. Eh, zaman orientasi ni jarang berdiri. Mesti ada manusia yang baik hati ajak duduk sekali. Hmm hati murni lagi masa ni.
Bila dah start belajar sem 1, sem 2, masing-masing dah pentingkan diri sendiri. Ego tinggi menggunung! 
Lebih rela tengok orang terhuyung hayang berdiri dalam bas.
Dah takde adegan tarik baju, ajak duduk sekali.
Takde, takdo, takdok, sikdaaaa.
Makin besar, makin selfish.
Eh baru intro dah emotional terlebih-lebih-.-

Balik kepada niat asal aku update blog ni.
Haaa sebenarnya aku nak cerita pasal kenangan pahit naik bas.

Pengalaman pahit pertama.

Isnin.
Kuliah math habis pukul 5.30 petang and macam biasalah semua orang berjalan laju semata-mata nak kejar bas. Dah macam nak terbang aku tengok masing-masing.
Bas datanggg, lelaki serbu dulu.
Bas datang lagi, perempuan pulak serbu.
Ha tahu tahu jela kaum perempuan dekat universiti ni sangat ramai.
Berjemaah duk tolak satu sama lain depan pintu bas.
Kemungkinan untuk koma dan mati katak dekat situ memang tinggi.
So aku ambil keputusan untuk redha je dulu.
Bas datang lagi sekali, kali ni lelaki and perempuan sama-sama serbu bas metro yang pintu depan belakang terbuka. Sekelip mata terus penuh!



Lepas tu dah takde bas. Pukul 7 malam baru bas terakhir datang. Ye, terakhir. Tu pun nasib baik ada orang call pakcik bas. Tapi bas terpaksa 5 minit tunggu 2 orang gegirl yang baru nak solat asar di fakulti berdekatan. Dalam 7.15 malam pakcik tu terus gerak. Tinggal je 2 insan malang tu. Maybe diorang balik naik uber.
Disebabkan hari tu hari isnin, so ramai la yang berpuasa sunat. Dalam 7.20 malam, azan maghrib berkumandang, diorang yang puasa terpaksa minum air mineral sebagai syarat berbuka puasa. Classmate aku, Maisarah langsung tak buka puasa sebab takde air mineral.
 sedihnyaaaaa.
Balik malam, berbuka puasa dalam bas. Serious talk, tu pengalaman pertama aku balik ke kolej kediaman waktu maghrib.
 Lepas ni nekad taknak buat dah.
Kalau bas tak muat, aku akan naik je ikut pintu kecemasan ataupun melalui pintu driver. Tak kisah la apapun yang terjadi asalkan balik awal.

Pengalaman pahit kedua.

Rabu (28/12/16).
Hari ni pengalaman yang dahsyat berlaku.
Kuliah chemist habis pukul 5.30 petang macam biasa.
Sampai je dekat bas stop, ada satu bas datang.
Asalnya bas tu ke kolej kediaman lain.
Tapi, lepas pakcik bas tukar 'signboard destination' terus jemaah perempuan yang ada dekat situ menjerit.
'Aaaaaaaaaaaaaa'
Aku rasa korang boleh agak bunyi bingit and bising dia macam mana kan?
Perempuan bila excited melampau macam tu la-.-
Aku yang baru melintas jalan kena tolak sekali ke bas.
Woi, aku terseksa di lautan perempuan!
Orang belakang tolak and rempuh orang depan macam sumo gila. Aku tengok orang yang ada depan pintu bas dah siap mengucap dua kalimah syahadah sebagai persediaan kotkot meninggal dekat situ jugak. Dan dalam masa yang sama, pakcik bas ambil kesempatan rakam aksi tolak menolak secara ganas ni guna phone dia.
MasyaAllah sumpah malu.
Aku dah tutup muka hahaha sebab aku antara insan yang teraniaya terselit dekat situ. MALUNYAAAA.




Yes, lepas tu seat penuh sampai terpaksa berdiri. Aku la antara insan yang berdiri tu. 
'Tutup langsir!', arah pakcik bas.
Maybe dia takut jpj sekat bas. 
Lepas 10 minit bas bergerak, pakcik tu dapat call cakap tengah jalan ada road block jpj.
Semua yang berdiri dah cuak, yang duduk sibuk buat lawak masa semua orang tengah takut tu memang minta pelempang.
Lepas tu, pakcik bas berhenti tepi jalan, and guess what!
Dia suruh orang yang berdiri turun.
TEPI JALAN!!
Orang yang berdiri dekat bahagian depan nak taknak terpaksa turun. Aku yang berdiri dekat belakang terus berhimpit mintak tumpang duduk bertiga. Yang belakang selamat. Yang depan tak. Then, pakcik tu terus gerak tinggal diorang tepi jalan.
KEJAMnya! Tinggal perempuan tepi jalan. Kesian sangat.

Nak dekat sampai kolej kediaman, tiba-tiba ada road block. Perasaan cuak memang di tahap tertinggi.
Takut jpj sekat bas, naik bas, suruh kitorang turun, gari tangan, masuk lokap. K yang tu imaginasi aku je-.-

Pakcik bas suruh tunduk. Dengan langsir tertutup, lepas tu kena tunduk sambil duduk. Tetiba rasa macam indon nak ceroboh masuk Malaysia pulak. Punyalah gigih.


Alhamdulillah, jpj tu just tengok bas. Asalkan takde yang berdiri kira okay dan selamat.
Lepas tu, semua tarik nafas legaaaaa.
Pakcik bas pulak siap lap peluh dekat dahi.
semua tergelak tengok pakcik bas melalui cermin pandang belakang. LOL. Aku fikir kitorang je nervous. Dia pun sama.



Sampai je kolej kediaman, semua perasaan bercampur baur. Rasa bersyukur sebab sampai dengan selamat, dan dalam masa yang sama rasa kesian dengan perempuan yang kena tinggal tepi jalan tanpa belas kasihan.
Kalau bas dah penuh, sepatutnya pakcik tu arah turun before bas bergerak. Bukannya ambil tindakan tinggalkan diorang tepi jalan. Diorang pun ada perasaan malu.
Tambah lagi diorang tu perempuan.
Kalau ada bas lain datang ambil diorang sekalipun, mesti diorang malu duk tepi jalan.
Benda simple pun tak dapat fikir.
Aisyyy!

Hari ni 3 peristiwa malang berlaku dekat aku. Pertama, kena himpit dengan lelaki masa nak sign attendence lepas hantar lab report chemist. Kedua, gelabah bila terserempak dengan Fitri(kawan sekolah rendah) dua kali berturut-turut. Ketiga, kena himpit dengan segerombolan perempuan depan bas dan hampir kena tinggal tepi jalan.
Ish ish ish..
Kesimpulan, hari ini merupakan hari yang sangat malang.

Setakat ni saja.
Doakan saya tabah di sini.
berharap tiada lagi kenangan pahit dengan bas.
Bye.
p/s: gambar bas sekadar hiasan.




No comments: