Monday 22 February 2016

Throwback




Assalamualaikum. Entri kali masih lagi throwback cerita zaman sekolah. Banyak benda jadi sebab tu banyak cerita. Unit beruniform. Masa sekolah rendah aku join persatuan puteri islam malaysia or nama glamor dipanggil ppim. Satu je sebab aku join ppim, sebab tudung, kain warna pink. Gegirl kan jadi kaler pink tu satu tarikan. Zaman budak hingusan mana fikir panjang pakai otak main masuk ja asal menarik. Sebelum keluar sekolah rendah dapatlah title plus sijil puteri bongsu. Sampai sekarang aku fikir, dah jadi puteri dah tu mana istana,crown untuk gua mana manaaa? Fake title. Sejak tu, baru aku sedar warna pink ni boleh tahan hodoh. Warna si patrick star gemuk perut buncit. Sekolah menengah masuk kor kadet polis. Sebab? Nak try aktiviti ekstrem kot kot dapat panjat gunung ke kayak ke tangkap gajah ke. Bukannya aktiviti menjahit, buat bunga kelawang, buat sandwich siapkan buku log aihhhh bosan gila aktiviti ppim. Aku ni jenis suka kawad kaki. Masa form 1, senior cari junior yang boleh kawad. Skuad kadet remaja sekolah. Tup tap tup tap aku je form 1 yang terpilih. Berlatih siang malam dengan kasut but ala ala tentera. Penat tak payah cerita. Muka tangan hitam legam macam udang kena bakar sampai cenggitu sekali pengorbanan. Bayangkanlah aku satu-satunya junior dalam skuad tu, bila senior buat lawak hambar takkan nak tumpang gelak sekali kan? Belajar jadi heartless time ni la. Sampai sekarang lekat. Semua pergerakan kawad krs mula dari kanan tapi bila masuk kadpol semua mula dari kiri. Menggigil jugak la nak ubah pergerakan masa mula mula masuk kadpol dulu. Kenapa tak masuk krs? Sebab uniform kadpol lagi lawa daripada uniform krs. Tahu, gedik alasan tak munasabah langsung. 


camping di Pulapol Jempol. Me, 4 from left
Masa camping, aku dilantik jadi ketua platun. Jadi ketua platun masa camping dekat Jempol memang torbaik. Budak-budak ni senang jaga tak main merata. Syukur dapat diorang ni. Overall, we joined all the competitions and we got 3rd place. Okay la tu, sebab kaum laki tak ikut, sekali dapat nombor 3. Then, pertandingan menembak. Pernah mimpi tak nak pegang senapang M-16? Langsung tak. That kind of riffle was so heavy oh. Bila nampak riffle tu, tiba-tiba teringat subjek fizik, conservation of momentum part explosion and tu application explosion. M-16 bukan macam machine gun tapi boleh jadi machine gun kalau korang beria tembak tanpa tujuan. Aih, lancau betul manusia macam ni. First time main tembak tembak, last sekali aku terpilih ke peringkat negeri. Rezeki datang mengejut. Pergi ke? Tak sebab masa tu ada latihan pusat pertandingan catur peringkat negeri. Kena pilih satu daripada dua.

ini surat cinta sampah.
Aku pun belajar baca kompas dengan betul masa pertandingan pandu arah. Before pertandingan, instructor to ajar step by step and cara nak baca koordinat. Guna apa? Kompas. Boleh tahan juling jugak la mata. Masa pertandingan pandu arah ni,aku jadi tukang baca kompas, jerit dekat team lepas tu berlari macam nak terbang dari satu pokok ke satu pokok. Gila penat. Result? Dapat 3rd place dalam tempoh masa 10 minit. Okay la at least tak sesat dalam hutan. Zaman sekolah kalau muka tangan tak hitam tak sah. Masuk kadpol badan boleh sado kot. Cikgu dah lepas tangan, kalau khemah runtuh baiki sendiri sebab memang takde orang akan tolong. Kor kadet polis memang the best lols.



crisis identity.



Assalamualaikum. Sekarang ni tahun 2016, kiranya lagi empat tahun nak masuk tahun 2020. Apa istimewa sangat 2020 ni? Malaysia jadi negara membangun. Tapi, bukan negara je yang maju sebenarnya, pemikiran kita pun makin maju,gah,moden. Bukti? Nama. Perasan tak nama budak budak yang kebanyakannya lahir tahun dua ribu ke atas pelik pelik? Unik. Boleh terbelit jugak la lidah kalau nak sebut nama penuh diorang satu satu. Contoh, Muhamad Darwish Haikal Danial and Nur Qistina Alyana Syaqira. You guys boleh jumpa nama cenggini dekat budak sekolah sekarang. Urban style ha? Vogue maybe. Dah payah jumpa nama zaman klasik nasional dekat budak zaman dua puluh an ni. Nama aku jugak yang klasik agogo gitu. Cantik apa nama siti khadijah. Pilihan abah dia kata 'nama semua anak abah ada tema, ikut zaman Nabi dulu'. Siti Aisyah, Abdul Rahman al-Fitri, Abdul Hafiz, Siti Zulaikha, Siti Khadijah, Siti Fatimah. See? Nama tak moden takpe, asalkan ada makna yang cantik. Tapi aku kenal pasti satu masalah yang sampai sekarang kena ambik perhatian lebih sikit. Nama zaman sekarang ni banyak versi ejaan pun banyak versi jugak. Contoh, nama Muhamad tapi kita dapat jumpa 1001 versi cara ejaan Muhamad. Muhammad Mohamad Mohammed Mohamed ah banyaaak la. Nama gua pulak khadijah bukan khatijah bukan katijah bukan khalijah aih jumpa sekor yang salah eja or salah sebut nama aku, potong lidah! Yes, ini zaman manyak complicated wo. Tapi yang uniknya, ada macam macam jenis nama yang berkumpul ikut tempat. Obviously, aku tengok nama dekat sekolah agama more to islamic nama dekat sekolah sains,mrsm pulak moden sikit. Sekolah agama ada 100 orang yang ada nama Luqmanul Hakim, Khairunnisa', Sumaiyah, Siti Hawa all sort of siti blablabla. Bunyi macam arab arab gitu. Parents diorang bagi nama kebanyakkannya ikut tokoh-tokoh Islam, maksud pun cantik. Sekolah sains pulak nama vogue sikit macam Adilla,Qistina, Danial,Liyana, Darwish. Nama yang kita biasa jumpa dalam novel cinta melayu.



Salah ke bagi nama macam ni? Tak. Cuma kalau pilih nama, please tengok maksud sekali. Bukannya apa, kita akan dipanggil sebelum dihisab amalan di padang Mahsyar nanti mengikut nama masing-masing. Takde guna gabung nama mak ayah untuk bagi nama dekat anak kalau nama tu takde maksud yang baik. Kalau nak bagi gelaran dekat orang lain pulak biar la tak sampai menyakitkan hati dia. Gelaran aku dekat asrama ctk, mekjoh,dijah, see tee kay haha yang ni tipu nak glamor macam Azwan Ali je kerja. Diorang panggil mek sebab aku mek kelate. Kawan, takdelah kisah sangat nak panggil apa kan. Kalau diorang panggil nama khadijah dekat public, aku takkan sahut sebab ada 1001 orang yang ada nama khadijah. Tu pentingnya gelaran. Tapi aku akan maki orang yang panggil aku mekjoh dekat public. Haha gelaran tu biar la senonoh sikit tengok tempat pandang orang kiri kanan aish tu pun nak kena ajar ke. okay, maka tamatlah sudah sesi kaunseling kita pada hari ini.


Wednesday 17 February 2016

UPdate.



Assalamualaikum. Blog ni dah berhabuk dah lama sangat tak update. Bukan sebab busy ke apa cuma badai malas telah menyerang diriku bak tsunami. Mak aih ayat. Merepek melalut je kerja. Perasan tak sekarang ni cuaca tak menentu? Kejap hujan kejap panas kejap mendung. Jadi, ramai la manusia yang tak bersalah tiba-tiba demam termasuk la aku. Satu rumah demam sebenarnya. No wonder boleh berjangkit sebab virus boleh berjangkit melalui udara terutamanya bila bersin. Sistem imuniti badan dah rendah, sebab tu senang dapat penyakit terutamanya demam. Ha, kang tak pasal pasal masuk subjek biologi. Aku pun dah takde kerja lain yang boleh dibuat selain haachomm sana haachomm sini. Takdo ideo nak ceghito pasal apo dah ni jangggg oi. erm, minggu ni banyak benda terjadi. Pada tanggal sebelas februari tahun dua ribu enam belas, i officially 18 years old. Alhamdulillah dapat merasa jadi dewasa. Banyaaaak gila melantak makanan sampai dah jadi gendut gemuk chubby ala ala Enot dah ni. Lepas tu aku selongkar bilik then jumpa semua benda ni. Celebrate birthday dekat asrama lain sangat dengan dekat rumah. Kalau dekat hostel, lepas light off tepat pukul dua belas tengah malam mesti ada je yang kena simbah dengan air main tepung baling telur nasib baik takde kuali ja kalau tak memang birthday girl tu kena deep fry. Ni kalau dekat hostel perempuan la kalau dekat hostel lelaki aku dengar lagi ekstrem. Girls guna air biasa plus mixture sabun sikit, tapi laki ada lagi ramuan istimewa diorang guna. Apa apa pun, celebrate birthday dengan kawan memang best tapi dengan family paling best. 


my friends gave me these on my birthday

emotional wish by suffina
Lepas tu, pada empat belas februari, aku pergi karnival jom masuk ipt dekat UnisZa,Gong Badak,Terengganu. Bila nampak je bas sbp masuk pintu gerbang u tu, dah agak dah mesti ramai gila orang. Erm, memang ramai pun dah nama public carnival kan. SPM leavers takdela ramai sangat tapi budak sekolah ja ramai. Datang reramai sebab budak budak ni nak skip kelas seharian bukan nak cari info sangat. Kutip pen kutip beg kutip pamplet tu jela kerja diorang. Kalau aku tanya info dekat orang yang jaga booth, tak pelik tiba-tiba sepuluh orang tiba tiba datang dengar sekali. Jangan terkejut jela. Alhamdulillah, dapat la serba sedikit cari info pasal course yang aku target nak ambik. Nasib baik tak jumpa Irfan fuhh. Beria cakap nak jumpa dekat sana. Lepas pergi karnival tu, abah pergi ke kedai cermin mata 'Penny Pang' dekat kuala ganu. Abah cakap tu kedai feberet dia. Buat apa? Dia suruh aku buat spek baru. Keh, sejarah spek yang aku pakai setakat ni macam ni, spek pertama buat masa form 2 tapi sampai form 4 nasib malang menimpa si dia sebab dah berkecai kena langgar dek kereta. Salah aku, tak pakai sampai tercicir. Lepas tu, Ati bagi bingkai spek dia yang lama maybe kesian tengok aku yang macam dah hilang mata. Buat cermin jela, jimat sikit duit. Pakai spek tu dari form 4 sampai form 5. Tapi bila balik rumah ja mesti abah umi kutuk 'macam orang tua la' blablabla. Ye tahu spek tu macam tak sesuai dengan muka aku tapi nak buat acana kan dah desperate sangat masa tu. Abah suruh buat yang baru. Abah suruh try spek sana spek sini semata-mata nak pilih design frame yang katanya cantik dengan gua. Boleh juling kot try banyak sangat spek. Aku biar jela abah umi yang pilih. Nak buat diorang puas hati and happy. As long as I alive, I will do it. Cermin mata ketiga dalam hidup. Dalam family, aku dengan abah ja yang pakai spek. Yes,dapat gen resesif daripada abah bukan dominan.


1,2,3

Saturday 6 February 2016

Rumours



Spread the rumours. Apa benda maksud 'rumours'? Rumours tu maksudnya khabar angin. Aku bukan nak jadi kamus oxford bergerak ke apa. Manusia ni, kalau dengar khabar angin mesti senang percaya. 1/10 je kot yang takkan terus percaya bila dengar khabar angin. Kalau khabar angin tu betul, ia dah jadi fakta tapi kalau khabar angin tu tak betul jadi apa pulak?? Ia akan jadi fitnah. Sebagai manusia yang beragama Islam, mesti kita dah tahu kan apa hukum menyebarkan fitnah. Yes,haram dan berdosa. Kenapa aku tiba-tiba cakap pasal benda ni? Hari ni adik aku balik rumah cuti CNY. Then, dia cakap dekat aku 'tahu tak dekat asrama kecoh akak dah bertunang'. Serious aku terkejut gila. Haha bila masa pulak aku bertunang? wow betul cerita dia. Kalau sebar berita sensasi or gosip murahan dekat asrama memang cepat betul tersebar. Bertunang? Memang tak la aish. Memandai betul budak-budak ni reka cerita. Aku elok je dekat rumah ni layan lagu 'change me' sambil memikirkan nasib diri. Baru nak bahagia stay rumah lama lama, dengar pulak macam macam cerita dekat asrama. Dah malas nak kisah malas nak ambik tahu. Let bygone be bygone. Okay okay nanti kalau aku tunang or kahwin, aku inform dekat korang eh budak-budak sekalian. Sibuk sangat nak korek cerita orang lain, hidup senyap senyap dah la.

Wednesday 3 February 2016

After spm :)

Assalamualaikum. Hari ni 3/2/16. Untuk budak-budak lepasan spm 2015, ni masa critical sebab 3/3/16 result keluar. Ya Allah, setiap kali fikir result mesti kaki tangan sejuk. Bulan februari tahun ni pulak ada 29 hari, kita panggil tahun lompat, jadi empat tahun sekali. Sebelum result keluar, dah takde apa nak buat kan, lebih baik search info pasal bidang yang kita nak ambik dekat universiti nanti. Uni? Before masuk u, kita kena pilih sama ada nak sambung form 6 or matrikulasi or asasi or diploma. Banyak cabang banyak pilihan so korang kena buat research atau survey semua benda ni. First thing first, buat masa sekarang wajib dah ada cita-cita. Kalau sampai sekarang korang belum ada cita-cita, masalaaaah besar. Kaki dah berbulu kot, bukan kecik lagi. Fikir masa depan sekali sekala okay. 


Lepas tu, buat la research sikit pasal kerjaya yang korang minat tu. Dapatkan info sebanyak yang boleh. Erm, dulu selalu jugak tanya soalan ni dekat cikgu kaunseling,
'kerjaya ni nak ikut minat kita or ikut pilihan mak ayah kita?' Contoh, aku nak ambik course chemical engineering tapi abah umi suruh ambik medic, jadi doktor. Serba salah kan?Oh wait, skop chemical engineering ni luas ok, bukan kerja dekat pelantar minyak semata-mata. Jawapan cikgu, ikut minat kita sendiri. Bila kita minat, insyaAllah kita akan perform. Kalau tak minat, jangan paksa diri, stres kot nanti. Dah ada satu kerjaya dekat kepala tapi tak tahu nak sambung belajar dekat mana? Korang digalakkan pergi mana-mana event pasal ipt ni macam Karnival Jom Masuk U. Tapi takkan nak terjah satu dewan tanpa tujuan kan? so, better buat research dulu, sampai sana nanti takdelah menggelabah nak dengar semua benda. Lagi satu pasal biasiswa. Takkan nak bergantung dekat duit ptptn kan? kalau boleh ptptn tu jadi last option untuk kita. Tu pinjaman and dalam masa yang sama kalau apply ptptn, kita akan berhutang. Insyallah result okay, apply mana-mana kalau boleh semua scholarship yang ada. Study abroad ke study local bukan isu utama yang penting dapatkan biasiswa dulu. Penting sangat ke biasiswa ni? Yes, penting sangat. Belanja dekat u nanti bukan macam zaman sekolah. Banyak keluar duit sampai kena kerja part time semata-mata nak tampung perbelanjaan dekat sana nanti. Lagi pun, zaman sekarang bukan zaman seringgit dua lagi la gais nasi lemak pun dah dua ringgit plus plus la sekarang. Jadi, pesanan dekat budak-budak yang masih sekolah, belajar rajin-rajin dapatkan result terbaik bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri jugak. Kalau boleh, dapatkan full-sponsored scholarship. Tapi, kena struggle la sikit nak jadi Albert Einstein kan? okayy, bye.