Saturday 27 April 2019

La tahzan.



Assalamualaikum wbt.  Setelah sekian lama menghilang, kini aku kembali menulis blog. Allahu, tak sangka hidup aku yang terlampau busy betul-betul menghalang niat aku untuk update blog. Pejam celik pejam celik, sekarang aku dah semester 4. Doakan aku graduate on time. In sha Allah.

Peristiwa 25/4/2019.

Satu kejadian yang aku paling takut telah berlaku. Hari Khamis malam Jumaat. Aku tiba-tiba terdetik untuk solat berjemaah di masjid USIM. Solat maghrib, baca surah al- Kahfi, solat isyak. Kenapa? Mungkin aku nak sekejap dari suasana busy di studio. Lepas solat maghrib, tiba-tiba hujan lebat. Disebabkan aku naik skuter, biasanya aku akan risau. Terlampau risau kotla tak boleh balik studio sebab hujan takkan berhenti. Tapi Alhamdulillah, lepas solat isyak, hujan dah mula reda. 

Honestly, malam tu aku rasa lain macam. Hari tu pulak aku pakai jubah yang arwah abah bagi. Jubah paling last yang arwah bagi. Lepas tu, aku menuju ke cafe KK1 untuk ambik makanan yang aku dah order sebelum solat maghrib. Lepas ambil makanan, aku fikir nak cepat-cepat balik studio sebab kerja banyak lagi tak settle. Aku bawak skuter maybe laju kot sampaikan aku baru perasan kat depan ada bonggol. Nampak je bonggol tu aku terus brek secara mengejut. Tak silap aku tekan hand brake belah kanan je. Emergency brake tak kena time. Tu je aku boleh cakap. Lepas tu, aku terus terseret kat jalan tar. Motor jatuh atas kaki kanan aku. Masa tu pulak takde kereta lalu. Aku hanya mampu menahan kesakitan dan keperitan eksiden seorang diri. Sakit tu hanya Allah yang tahu. Ikutkan hati aku nak je angkat skuter cepat-cepat lepastu lari balik studio. Malu kot eksiden dekat bonggol jalan haha. Tapi aku takde khudrat pun nak angkat skuter tu atas kaki aku. Hanya mampu berdoa agar kereta lalu dan tolong aku. Alhamdulillah ada 3 kereta berhenti dan datang tolong. Kaki tangan aku sakit, jam tangan aku hancur dan diorang tanya... awak okay tak? Erm aku tak ok pun still jawab ok. Walaupun skuter dah pecah cover set depan dan side mirror. Jubah yang aku pakai pun koyak. Nasib baik aku pakai kain tebal dalam jubah tu. Alhamdulillah aurat still terjaga masa accident tu. Kasut pun terkoyak hmm. Lepas tu, aku terus balik studio dengan skuter tu. Kenapa?? Aku pun tak tahu macam mana aku boleh ada khudrat untuk bawak motor sampai studio. Mungkin aku fikir tak nak susahkan orang lain. Tu je. Tapi dalam perjalanan ke studio tu, aku dah menangis teruk dah. Sebab? Sebab kaki tangan aku sakit. Aku fikir nak sampai studio lepastu mintak tolong kawan-kawan aku kat studio untuk hantar ke klinik. Sampai je studio, lif pulak rosak. Aku terpaksa naik tangga sampai tingkat 4. Tapi aku hanya mampu naik sampai tingkat 2 je. Sebab kaki aku betul-betul tak tahan dah. Pedih sangat. Aku terus call orang kat studio untuk tolong. Masa tu Amir dah siap call sebab terkejut dengar aku accident. Tapi apa-apa pun, kawan still akan jadi orang paling rapat dengan kita waktu tu. Kawan-kawan berkerumun nak tolong hantar pergi klinik. Alhamdulillah, kaki aku hanya terkoyak kulit dan tak patah. 




Sakit tu memang sakit. Menangis tu apatah lagi. Tapi dari sudut lain, aku bersyukur sangat sebab ada ramai orang yang membantu waktu aku ditimpa musibah. Kawan-kawan, kak ika dan tunang dia pun datang malam tu untuk tengok keadaan aku dan skuter. Balik apartment, Damia dan Auni terus masuk bilik kecoh-kecoh tanya keadaan aku. Diorang ni caring macam ibu dah. Lepastu, Sajidah dan Amal pun balik. Siap bawak balik makanan yang aku tak sempat makan tadi. Nasib baik plastik je koyak rabak sebab terseret sekali kat tar. Makanan still boleh diselamatkan. I laparrrr! 
Lepastu, bila dah berkumpul ramai-ramai dalam bilik aku, daripada duk caring tanya macam macam terus pakat membahan aku -.- siap bayang lagi macam mana aku pergi toilet dengan kaki luka bengkak tu. Lepas tu gelak gelak hamboiiiiiiii. Tak sah kalau tak bahan. Esoknya, kak piqah siap belikan makanan sebab dia tahu aku sorang2 je duk rumah. Allahu, kak piqah pun satu lagi. Betul-betul risaukan aku. Waktu makan je, dia akan call untuk belikan makanan. Bila nak bayar, dia cakap 'takpelah.. awak makan je'. Dalam tengahari macam tu, satu studio datang melawat. Yott siap cucikan luka aku. Allahu. Yang ni aku paling terharu. Ramai betul datang melawat. Aku pulak yang segan sebab diorang terpaksa tengok luka aku termasuk isi kaki. Alhamdulillah, aku ada kawan yang betul-betul caring. Housemate aku jaga aku macam bayi dah. 

Bila berjauhan daripada family, kawan lah yang paling rapat dengan kita. Diorang akan sentiasa ada dengan kita pada waktu susah dan senang. Amir? Tu pun terlebih risau jugak sampaikan nak datang melawat hmmm. Tapi takpelah belum halal tak boleh lah. Kak Ika pun sanggup datang tengok adik dia. Allahu. Di satu sudut, aku rasa trauma sebab tak pernah rasa kemalangan seumur hidup aku. Then, Allah bagi musibah pada malam jumaat. Azib Shafie lah yang motivate aku supaya fikir positif dengan musibah ni. Ayat yang Azib bagi betul-betul tenangkan hati aku daripada trauma accident tu. Terima kasih Azib Shafie :)

Di satu sudut yang lain, lepas kena musibah ni lah, aku tahu sangat ramai orang yang kisah pasal aku dan yang tenangkan aku daripada kemalangan tu. Alhamdulillah. Andai aku boleh putar balik masa, aku akan bawak skuter slow je waktu tu dan tak tutup visor helmet. Supaya nampak bonggol tu-.- 
Tapi setiap kejadian ni ada hikmahnya. Allah dah takdirkan aku untuk kemalangan pada 25/4/2019 lepas isyak, malam jumaat. Allah takkan bagi ujian melebihi kemampuan kita. Tu je aku ingat.

إنّاَ لِلهِ وإنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أجُرْنِي فِي مُصِيبَتي وأَخْلِفْ لِي خَيْراً مِنْها

Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sungguh hanya kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, kurniakanlah padaku pahala dalam musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya. Ameen.



No comments: