Thursday 27 October 2016

Cinta itu fitrah.


Assalamualaikum.




Kisah Cinta dari i luv islam.


Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.


Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.



Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping
saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.



Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.



"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.


Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.



Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan.

.........

Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan ini kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. 

Moga kisah cinta yang saya copy paste tu menjadi pengajaran buat semua.



p/s: Tuhan; ALLAH telah membentangkan jalan penuh hikmah; nikah.
Kenapa perlu memilih jalan mudarat, jalan penuh maksiat?
Kalau masih tidak mampu untuk menikah, maka mujahadahlah.
InsyaAllah, ada ganjaran di sisi-NYA.
Hidup ini bukanlah untuk diisi dengan kecintaan terhadap manusia semata.
Fitrah, usah nafi. Tapi jangan makan diri.
Doa tanpa henti. Biar fitrah direstui Ilahi.





Stress starter pack.
let phone die.
Marathon movie, chocolate and meow.
Those things gonna cheer me up!
Bye.

Sunday 9 October 2016

Dearself, be patient :)




Assalamualaikum. 

Luahan perasaan~

Sekarang kami dah habis kuliah dan tutorial untuk sem 1.
Alhamdulillah.
 Yang tinggal hanyalah final exam and exam muet.

Study sendiri, yup banyak dugaan. Dugaan katil memanggil-manggil, dugaan lapar 24 jam siang malam, dugaan phone, dan dugaan yang terbesar, frust sebab tak dapat cari jawapan untuk soalan yang dah belajar. 


Tadi aku study math, tiba-tiba rasa serba tak kena, rasa berserabut sangat, buat latihan dalam buku salah, sebelum ni buat betul je. Ya Allah, apa dah jadi dengan aku ni?
Sebelum tu, aku pergi cafe, terserempak dengan Azam yang tengah ber'usrah' dekat cafe. Tiba-tiba aku rasa hormon adrenalin naik mendadak. Astaghfirullah, mata. Hebatnya permainan syaitan. Dengan pandangan mata pun dah buat seluruh jasad menggelabah.

  Lepas tu, balik bilik, dah rasa lain macam sampai tak dapat study math.
Disebabkan 'rasa serba tak kena tu', aku terus letak pen, tutup buku.
Fed up!
Sebab apa? Sebab exam dah dekat, tapi benda remeh temeh macam ni dah ganggu fokus aku.

Then, i grab phone. Untuk tenangkan hati, dengar ayat Al-Quran is the best option.



Aku terbuka group whatsapp kuliah.

 Someone shared something that made me cried. Honestly.
here, i just want to share what i had read.

**************

''And what i learnt the most in the whole journey is,

1.Don't worry too much. Let Allah plan it for you.

''Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi pentadbir urusanmu. (33:3)



2.Don't let fear control you.

Kadang-kadang kan akak takut banyak benda. Akak risau banyak benda. Akak takut kalau tak boleh jawab time exam, takut tak lepas nanti (exam belum,takut result dah), and macam-macam la akak takut. Sampai stress, menangis. So ada sekali time akak tengah takut tu, akak buka al-Quran.

Surah as-Syu'ara ada cerita pasal Nabi Musa waktu Allah perintahkan untuk mendatangi kaum yang zalim iaitu kaum firaun, and Nabi Musa risau. Nabi Musa risau orang akan mendustakannya, risau sempit dadanya and tak lancar kata-katanya (sebab Nabi Musa pelat), risau kalau kaum firaun bunuh dia sebab ada tuduhan jenayah atas dia.

Tapi Allah kata, 

''Jangan! jangan fikir(akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat kami( yang membuktikan kebenaran kamu) sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu.
(26:15)

So, in conclusion, jangan risau. Jangan fikir pasal consequences in the future. Trust Allah, and He's the best planners.



3.Time for Allah doesn't take away your chance to study. Kadang-kadang kita kedekut masa, risau sangat sampai lupa Allah yang pegang masa tu.

And that, ketenangan jiwa tu Allah boleh bagi. We can call our parents, but they can only listen and we will worry them too. Tak salah kalau nak call, but remember, Allah yang pegang hati tu.

Akak nak cerita, bukan nak riak, tapi nak share something yang akak bersyukur sangat dapat rasa and I wish I could stay that way all the time.

Everytime akak risau, akak solat. Kalau akak baca buku dah dekat sejam tapi takde satu pun masuk, akak solat or akak baca al-Quran. InsyaAllah, Allah tolong. And Allah has his own ways untuk tenangkan kita.

Contohnya, dengan ayat-ayat Dia. Kita flip page al-Quran randomly dengan doa Allah tenangkan kita, atau dengan harapan Allah tolong kita, InsyaAllah jumpa. And that feeling, akak menangis. Akak orang yang banyak dosa tapi Allah tak lepaskan akak. Akak doa, Allah jawab, akak minta tenangkan hati, Allah tenangkan. Akak rasa macam disayangi.

And Allah menyayangi hamba-hambaNya lebih dari ibu yang melahirkan mereka sendiri. Akak lupa, but Alhamdulillah Allah ingatkan :)



4. Akak dapat lagi satu point of view pasal Allah. Allah itu Tuhan. TUHAN. Bukan manusia.

Allah tahu what we are going through. Allah knows better than we do. All that tears, all that hardship, Allah knows. And He knows the extent that us humans can go. He knows when we're suffering too much. Belajar ni tak senang, sebab tu belajar ni jihad :)

So, just seek help from Him, and He will help us, the way we exactly need.

Even kalau sebelum ni kita tak pernah langsung berdoa, and esok nak exam, baru hari ni nak doa. Then do it. Allah bukan manusia yang berdendam dengan orang. Orang selalu kata 'bayangkan kalau selama ni ada orang lupakan kita, bila dia susah baru datang dekat kita, agak-agak kita nak tolong tak?'

Kita lupa, Allah tu Tuhan Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Bila hambanya ikhlas datang dekat Dia, Allah terima, with open arms. Husnuzon dengan Allah.



5. Yakin dengan janji Allah, yakin dengan kalam Allah. Akak suka ambil doa dari al-Quran. Contohnya, doa orang yang dah masuk syurga di akhirat nanti,

''Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka, 'Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami, Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat).
(35:34)

Doa, yakin. InsyaAllah.


6. Lastly, pesanan ayah akak time exam tu,
'you need to remember that when you walk into the exam hall, it's not you and your knowledge that will give the right answer the questions. It's Allah's grace that allows you to do that'.

Akak ingatkan diri akak continuosly even time tengah tunggu paper to be distributed time exam.

Alhamdulillah, hardwork pays off. Tapi bukan dengan my hardwork dapat result ni. It's with Allah's help and His grace that given me this result.

************


Alhamdulillah, asalnya tadi aku rasa gundah gulana lepas 'peristiwa di cafe', rasa tenang lepas baca info bermanfaat daripada akak tu. Self-motivation. 
jangan risau, bila tiba masanya, akan kecapi juga nikmat cinta, dan kahwin.
Tapi sekarang bukan masanya.
Belajar dulu.

Selak page al-Quran secara rawak, lepas tu baca terjemahan, i cried once again because Allah gave me answer to problems i'm facing now. Subhanallah. 
*Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?*

keep going, jangan putus asa.
Qowiy!



lagu penuh makna.