Saturday 31 December 2016

31/12



Assalamualaikum.

Sabtu, 31 Disember 2016.

Hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun dua ribu enam belas. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk aku hidup sehingga umur 18. Tahun depan 19, dah besar sikit dah boleh kahwin dah boleh ada anak dah boleh jadi perdana menteri hahaha.
*Sila lempang lajulaju ini budak! Berangan je kerja*

Sedar tak sedar kurang dari 24 jam lagi nak masuk tahun 2017. Cepat sangat masa berlalu.

Secara jujur, aku dapat banyak kenangan pahit manis pada tahun 2016. Ha, jangan dilupa tahun ni merupakan tahun ganjil. Ada 366 hari.
29 Februari empat tahun sekali.
Special year!

Bila selak balik mukasurat 1/366 untuk tahun ni, serious aku tersenyum sendiri bila flashback semua pengalaman yang aku lalui.

Awal tahun ni, aku dah jadi school leaver (lepasan spm). Hidup betul-betul bebas. Bebas daripada peraturan sekolah, terus buang uniform sekolah, tak perlu dengar amanat 'berharga' pengetua lagi, tak perlu berdiri sejam dua masa perhimpunan pagi sampai satu badan penat. Semua tu dah takde. Dekat rumah aku betul-betul lifeless. Yela, makan tidur makan tidur je. Aip, kata lepasan spm takkan lifeless?
Ye, memang best duk rumah tapi bila rutin hidup sama je setiap hari, sumpah rasa macam robot.



Lepas tu, ambil lesen kereta. Mula-mula rasa excited sangat sampai bercita-cita nak masuk litar F1.
Ceramah enam jam takde hal. Redah je.
Mata dah menjerit kepenatan tengok skrin dalam gelap. Haa paksa jugak untuk survive masa ceramah.
Then, belajar litar and jalan raya.
Masa ni tiba-tiba semangat waja nak belajar kereta makin luntur!
Sebab apa? Sebab aku dapat cikgu yang garang giler. Aku mengaku, setiap kali balik dari kelas memandu, aku moody habis. Yela asyik kena marah. Terpegang tangan masa drive takpayah ceritalaaa.
Setiap kali dia marah, terketar lutut sampai naik bukit terus menggelongsor turun ke belakang hahaha. Rasa macam naik roller coster okey. Alhamdulillah, nasib baik pass.

Tahun ni, aku belajar tengok bola. Aip, yang ni kes berkawan dengan pemain bola sampai terjebak sekali. Hashtag team chelsea. Stay up sebab tengok bola memang dah jadi rutin. Kalau bil elektrik naik mendadak, tahu la siapa punya kerja kan?
Perempuan biasanya tengok player hensem je bukan tengok game sangat. Aku selalu dengar statement ni.
Hey, aku bukan tergolong dalam golongan ni ok.
Kisah pulak aku muka hensem ke tak.
Asalkan kaki tak kelaut and kalau sepak bola terus masuk gawang gol.
Tu je yang aku pandang.
*jeling* 

Lepas tu, dalam bulan Mac ke April, result spm keluar. Aku check result melalui sms. Berdebar dia takpayah cerita. Semua penyakit datang, tercirit la gangstrik la sembelit la tangan sejuk macam mayat.
Lepas dapat result, menangis teruk gila depan abah.
(dalam kereta). Sebelum ni aku takpernah menangis seteruk tu. Sebab tak dapat straight A. Balik rumah, umi tanya dapat berapa? Langsung tak jawab. Sedih la katakan haha.
Balik terus toreh tangan, potong ekor kucing, conteng cermin pakai lipstick, protes taknak mandi, jiwa kacau. 
Kk just kidding.



Result spm dah keluar, tunggu result upu pun dalam sebulan jugak. Hm apa lagi kan? Terus sambung mereput. Masa nak isi upu, penat kena brainwash dengan abah. Sebab dulu aku bercita cita tinggi nak jadi chemical engineering. Terus aku cakap nak ambil diploma chemical engineering dekat uitm mana entah. Lepas tu abah ceramah. Diploma tu bazir tahun la setaraf dengan spm la apa laaa.
Terpaksa tadah telinga. 

Hari graduasi. Waktu ni seronok sangat sebab dapat jumpa kawan lama yang satu kepala, yang jenis kentut merata, jenis gelak macam langsuir, kaki langgar peraturan sekolah dan yang jenis lebai. Sebenarnya aku tak kisah sangat pasal majlis grand, formal yang teramat tu. Aku just nak jumpa kawan satu batch. Bila aku pandang setiap orang yang datang, aku akan teringat setiap benda yang aku pernah buat dengan dia. Malam tu, macam macam cerita keluar. Yang tu dah bertunang yang tu pernah kerja part time yang tu dah start pakai purdah yang tu dah sambung belajar. Banyak sangat peristiwa berlaku sejak beberapa bulan berpisah sebaik saja habis last paper spm. Satu je yang pasti, semua orang dah besar. Lepas majlis graduasi habis, maka kami terpaksa berpisah. Tipu la aku cakap tak sedih. Tapi itulah lumrah kehidupan, manusia datang dan pergi. Farewell geng.
*valour, we pledge to prevail*


Sebulan lepas tu, result upu pulak keluar. Tangan sejuk macam mayat lagi sekali, tercirit, sakit perut, seribu kali tawaf rumah sebab nervous melampau. Alhamdulillah dapat tamhidi usim. Bagi yang tak tahu, tamhidi tu maksudnya persediaan. Satu taraf dengan matrikulasi and asasi. Ada 2 semester sebelum degree. Fuhhh.
 Masa isi upu, aku pilih semua asasi and tamhidi.
Nasib baik diorang pandang jugak aku yang hina ini. 
*ambil tisu hembus hingus*

Tak lama lepas tu, daftar usim. First time datang biasa la kan, blur lagi, freshie la katakan hewhew. Orientasi, 3 hari yang memenatkan walaupun just duduk dalam dewan dengar amanat. Lagu wajib setiap orientasi, lagu gemuruh by faizal tahir. Orang yang conduct suruh buat gaya itu ini, kitorang ikut je hahaha sumpah noob. Lepas tu, main tepuk tepuk semangat pekebenda entah. 
Masa orientasi terjumpa pulak dengan kawan sekolah rendah, kawan prasekolah, kawan sekolah menengah..
Tiba-tiba saja muncul. Rasa kecil sangat dunia ni, dulu berpisah sekarang jumpa balik.
Tapi tak dapat nak sembang macam dulu lagi.
Sebab masing-masing dari sekolah agama, dah tahu batas pergaulan. Aku hanya mampu pandang sambil gelabah katak jalan laju laju.



Pengalaman memalukan masa buat presentation tu takpayah cerita la. Banyak sangat. Dari situ, aku belajar untuk jadi heartless. Belajar buat muka toya macam squidward. Pengalaman mematangkan kita.
Aku pegang satu kata-kata.
'Let bygone be bygone'.
In sha Allah hidup akan bahagia selalu.

Tahun ni jugak aku dapat berita abah kena penyakit strok secara tiba-tiba. Sedih tu memang sedih. Tapi nak buat macam mana. Nasib baik dekat rumah ada umi, kaksyah and abangpih. Aku hanya mampu berdoa untuk kesihatan abah.
Alhamdulillah, tak lama lepas tu, abah sembuh. Dan dah boleh makan nasi. Sebelum ni dia makan bubur je. Serious seronok bila tengok badan abah berisi balik.

Kawan-kawan semakin menghilang menjelang akhir tahun 2016. Semua dah happy dengan life masing-masing. Aku pun dah keluar group whatsapp batch. Bukan apa, masuk sem 2 ni, dah berbelas belas group wasep muncul. Dalam group batch pun diorang banyak merepek. Takpela guys, let's move on. 


Hari ni hari terakhir bagi tahun 2016.
Dan kami semua masih menunggu elaun masuk-.-

Secara jujur, tahun ni banyak peristiwa berlaku yang mencorakkan lagi kehidupan. Menjadi manusia berusia 18 tahun bukanlah semudah yang disangka. Banyak tanggungjawab kena banyak belajar hidup berdikari. Banyak menangis and moody daripada ketawa tu benda biasa.
Jika diizinkan Allah, aku akan dapat menjejak umur 19.
Semoga menjadi lebih matang haha.
Tak minta lebih, cukuplah doakan aku tamatkan sem 2 dengan cemerlang dan masuk degree ikut course yang aku target. Lagi satu, menjelang 11 februari 2017, doakan saya di hari istimewa tersebut.
*ber ber berrr dey*




 Menjelang 12.01 pagi 1 Januari 2017 nanti, jangan lupa ucap alhamdulillah. Kalau boleh buat solat sunat hajat dan sujud syukur. Sebab kita diberikan peluang untuk hidup lagi pada tahun baru. Niat baru, azam baru, semangat baru. Masa solat hajat, luahkan segala azam baru tu dekat Allah. Sebab, kita hanya mampu merancang.
Dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t.
Rabbi yassir wa la tuassir ya kareem.
Bye :)
                                   







No comments: