Sunday 15 October 2017

15/10





Assalamualaikum wbt.

Berjuang untuk menuntut ilmu Allah bukan senang. Bahkan sangat susah. Sebagai pelajar architecture, terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuh. Terlalu banyak dugaan sebenarnya sampaikan ada yang menangis. Sebab? Sebab terlalu stress.. Projek bertimbun sampaikan ada rakan seperjuangan aku tak tidur 2 hari semata-mata nak siapkan projek. Tiba masa presentation, profesor kritik kawkaw projek kami semua. Yep, lepas tu ramai yang menangis sebab kena buat balik. Aku pun takdelah kuat mana. Dulu kalau aku rasa stress teruk, aku akan call abah. Minta kata-kata semangat. Tapi sekarang..abah dah takde buat selama-lamanya. Aku nak mengadu kat siapa? Allahu, aku sangat merindui abah..

Allah sebaik-baik tempat mengadu. I will tell HIM everything.



Sebenarnya, dah 2 kali hidung aku tiba-tiba berdarah masa tengah buat projek. Ada satu hari tu, hidung aku berdarah teruk lepas bangun tidur. Why? Entahlah. Mungkin sebab stress. Doakan yang baik-baik untuk insan lemah ini k :)

Kalau jadi apa-apa kepada aku in future, maafkan segala kesilapan yang telah aku lakukan sama ada sengaja ataupun tak sengaja. Aku takkan block sesiapa dekat social media lagi, in case ada benda pelik jadi kat aku, biarlah korang tahu. Tadi, aku baru dapat tahu berita kematian batchmate sekolah menengah aku. Arwah Syuaib. Innalillahiwainailaihirojiuun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Semoga Allah terima segala amalannya sepanjang 19 tahun hidup di dunia. Ameen.

Cukuplah kematian sebagai pengajaran. 
Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah dan arwah Syuaib. 

Wednesday 20 September 2017

20/9


Assalamualaikum and hai guys :)

Lama betul tak bermadah pujangga dalam blog ni. Phew skema pulak ayat. Sekarang ni dah lebih kurang 2 minggu aku bergelar student degree. Sibuk ke? Ok ke? Penat ke? Dah jumpa jodoh ke? HAHAHA. Teruskan membaca k!

Hari orientasi.

Macam biasa, sepanjang 3 hari orientasi, kami hanya dengar taklimat daripada orang atasan universiti. Best tu best tapi kalau lama sangat duduk atas kerusi, boleh hilang bontot gua aishh! Tapi, aku rasa orientasi degree ni better daripada orientasi tamhidi dulu. Sebab apa? Sebab setiap kali waktu solat, student disuruh ke masjid untuk solat berjemaah. Siap dengar tazkirah maghrib tu Alhamdulillah syukur. Takdelah setakat menari baby shark doo doo doo je.


Hari kuliah.

Sebenarnya on first day, students architecture tak belajar langsung. Hanya kemas studio je. Hari pertama hari kedua kemas studio dan galeri. Student kos lain jeles k tengok budak-budak arkitek. Sebab pakaian bebas. Hanya hari studio je (isnin khamis) kami disuruh pakai pakaian formal. Hari2 lain? Of course la pakai blouse dan SELUAR. Lagi satu, jadual student architecture langsung tak pack. And course architecture ni takde exam gais takde exammm. Kami hanya dinilai melalui kerja-kerja studio. Jadi, jangan jeles kalau final exam nanti budak arkitek hanya ada 2 paper sahaja (arab n english). Ok done buat student kos lain melalak sebab jeles melampau. 

Tapi... kami spend banyak masa dekat studio. Setiap kali ada projek ke assignment ke, studio la tempat yang paling sesuai untuk buat kerja. Sebab semua peralatan ada kat sana. So nak taknak, terpaksa la bertapa di studio. Balik pukul 10 malam dan ke atas sangat lah normal. Jalan kaki dari fakulti ke kolej kediaman 5 kilometer secara berjemaah pun normal. Mula-mula memanglah rasa penat gila sebab hujung minggu takde bas dari kolej ke fakulti. Penat berjalan jauh sampai rasa kaki nak terputus. Ada satu hari tu, aku betul-betul mengantuk sampai terfikir nak tidur tepi jalan je. Ish.. syahdu betul life budak arkitek ni. Bertabahlah wahai insan bernama siti khadijah..


Future expectation : 

kalau nampak budak arkitek baru keluar dari studio dengan serabai, jangan tegur. Kami bermalam di studio gigih siapkan projek. Kalau nampak kami tidur kat surau ke atau kat bawah meja sekalipun.. itu normal. Buat presentation dengan baju lawa tapi hakikatnya tak mandi. Itu pun normal. Life budak arkitek kebanyakannya di studio. Aku dah rasa macam satu keluarga dah dalam studio ni. Student second and third year pun baik sangat. Diorang selalu ajar apa yang patut. Langsung tak kedekut ilmu. Hari tu, siap ada gathering semua student architecture untuk sambut student first year. Tak lama lagi akan diadakan family day students architecture pulak. Allahu. Betul-betul rasa macam satu keluarga bahagia.

Dekat studio, meja kerja aku terletak bersebelahan meja kerja Fitri. HAHAHA kecik betul dunia ni. Kawan sekolah lama sekelas lepas tu satu course satu fakulti sebelah meja. Hari tu, tegur dia sembang cam biasa. Kawan dengan lelaki macam member biasa. Jodoh? Erm..aku malas la nak cakap pasal jodoh nikah beranak pinak ni semua. Malas. Sebab tujuan utama aku sambung degree bukan untuk cari jodoh. Gua mau belajaq timba ilmu Allah. Kalau kahwin lepas graduate tu kira bonus la. Tapi buat masa sekarang, belajar dulu. Betulkan niat. Ingat balik apa tujuan masuk belajar.. Ingat harapan arwah abah dan umi.
Sampai masa nanti, in sha Allah kahwin la. Allah dah atur baik-baik ajal jodoh semua. Kau perlu sabar je tak payah nak menggelabah kejar nikah muda goals.


Roommate.

Aku stay dekat kolej kediaman 1. Ada 4 orang dalam satu bilik. 2 katil double decker. Alhamdulillah aku dapat roommate yang cantik, ayu, dan perangai gila2. Ayu (selangor), Auni and Ili (Terengganu). Mula-mula memang awkward tapi tak lama lepas tu semua masuk air. Asyik memekak je masing-masing. Fenomena biasa, pergi studio lepas tu lupa bawak kunci bilik, mula lah melalak dekat whatsapp group bilik. Biasa la tu. Ok aku brief sikit member sebilik aku. Ili si anak manja, kalau boleh nak balik tiap hujung minggu eventhough rumah kat ganu -.- lagi satu dia ni spesies susah nak mandi. Dia cakap kat rumah dia just mandi 3 hari sekali😂. Takde dia ni dalam bilik, confirm sunyi. Ayu si kecil2 cili padi. Dia ni lain macam sikit sebab dia tak suka call parents. Balik pun kekadang. Aku pun pelik. Ayu ni jenis kaki kipas lawak ili. Baik, pemurah, kalau gelak mesti tampar muka sendiri sampai aku pun tak faham haha dan suka tarik rambut aku😑. Lagi satu si Ayu ni jenis penakut gila lebih2 lagi bila dengar cerita hantu. Lepas tu mula lah ajak kitorang teman pergi toilet. Last sekali, Auni. Dia ni baik gila sampai aku jadi clingy dengan dia. Geng2 akak bomba yang bersemangat waja. Tapi lepas latihan, duk mengadu sakit kaki kat aku😂. Dia ni pun jenis penakut kalau boleh jangan tengok movie seram dalam bilik. Kalau tak..jangan terkejut kalau ada orang panjat katil kau tengah malam. Apa-apapun, kalau 4 orang gather, mesti memekak dengan lawak masing-masing. Sensorang gelak pun lebih kurang puntianak je aku tengok hahaha. Aku je gelak sopan sikit hehe.

overall, aku boleh dikatakan bahagia pada awal semester degree ni. Setakat ni je aku cerita. FYI, aku memang suka bercerita k. Semoga cucu-cucu aku nanti gembira dapat nenek yang suka bercerita macam aku ni haha. Bye! 


Monday 12 June 2017

Al-kisah


Assalamualaikum wbt.
Hari ni dah 17 Ramadhan. 13 hari lagi yang tinggal, so  harap setiap umat Islam manfaatkan bulan  mulia ini dengan mengerjakan amalan wajib dan perbanyakkan ibadat sunat.
Jadi tak salah kot kalau aku cakap..
Sila jadi manusia yang tamak.. Tamak pahala.
Allah dah bagi peluang untuk tambah pahala, so apa lagi kan.. rebutlah. Sekarang dah baca al-Quran juzuk berapa?
Kalau juzuk 17 dan ke atas, Alhamdulillah.
Kalau tak cecah lagi juzuk 17 pada hari ke 17 puasa ni,
 takpe takpe! Take your time. Yang penting, jaga tajwid.
Kalau ada masa, bacalah tafsir sekali. Tadarus dan tadabur al-Quran. 

Ok ok done with introduction.

 Disebabkan aku ni bukan jenis tidur lepas subuh, terkelip-kelip tak tahu nak buat apa, so aku ambil keputusan untuk merepek dekat blog ni kejap. 

Semua orang ada pengalaman zaman kanak-kanak masing-masing. Suka duka. Jadi, aku nak toleh ke belakang sekejap. Mengenang apebenda yang aku buat dulu. Throwback~

Well, pada tanggal 11/2/1998 aku dilahirkan. Bukan di rumah bukan jugak dalam kereta. Tapi di hospital Kuala Krai, Kelantan. Aku melalak kot masa tu. Bising! Nak buat macam mana kan? Tu je cara aku nak luahkan perasaan gembira.

Alhamdulillah aku berjaya membesar secara jayanya.
Yang aku ingat dulu, menjelang bulan Ramadhan, umi abah selalu bawa kami semua (adik beradik) pergi masjid. Solat la kejap, lepas tu start main dengan kawan baru yang sebaya dekat masjid tu. Lari sana sini. Pernah tengok cerita upin ipin? Yup lebih kurang macam tu la nakalnya. Lepas penat main lari lari, terus tidur sebelah tiang masjid. 
Of course la penat, nak tunggu parents aku solat 23 rakaat solat terawih plus solat sunat witir pun lama lak mak ai..


Masa aku berumur 5 tahun, umi masuk hospital. Sebab? Sebab masa tu umi mengandung tak sampai 7 or 9 bulan pun lagi, tapi umi dah rasa sakit macam nak beranak.
Masa tu aku tak faham apa-apa lagi.
Yang aku ingat, abah suruh umi tahan dulu. Sampai tengah malam, tiba-tiba abah kejutkan kitorang untuk balik kampung dekat Kuala Krai. By the way, masa tu kitorang tinggal dekat Besut. Masuk je dalam kereta, aku terus tidur. Langsung tak ingat apa-apa. Sedar-sedar, aku dah ada atas sofa rumah nenek. Nenek cakap, baby dah lemas dalam perut.
Dulu aku tak faham langsung apebenda dia cakap..
'lemas dalam perut tu apa? kenapa boleh lemas?' 
 a big question mark was stated on my innocent face that time..

Yang aku perasan, dekat tengah rumah nenek ada baby.
'Pergilah jumpa adik baru awak',nenek kata.
Aku terus sentuh my cutie pie youngest sister.
Sejuk. Tu je yang aku rasa.
'Dia dah mati', tambah nenek lagi.
Masa tu aku heartless. Langsung tak rasa sedih, gembira pun tak. Aku just pandang je baby tu. Tak tahu nak buat apa. Nama arwah Siti Zainab bt Othman. Yup, abah yang bagi tu sempena nama salah seorang daripada anak Rasulullah s.a.w. Arwah sangat comel, putih, tapi sejuk. 
Urusan pengurusan dan pengebumian jenazah dijalankan pada waktu tengahari. 

'Umi mana?' aku tanya nenek. Dia cakap umi still dekat hospital. Kanak-kanak tak dibenarkan masuk ward ICU :( so tak boleh la jumpa umi. Asalnya di hospital Kuala Krai, lepas tu umi dipindahkan ke hospital Kota Bharu. Umi koma.
Lama umi diletakkan di dalam ward ICU. Aku langsung tak faham kenapa setiap orang yang keluar dari ward umi, mesti akan menangis. Aku tak faham. Sebab masa tu aku kecil lagi dan langsung tak diberikan peluang untuk jumpa umi. 
Setiap kali aku ikut abah pergi hospital, mesti abah suruh pergi playground. Ada satu hari tu, abah suruh kitorang semua adik-beradik masuk jumpa umi. Maybe untuk the very last time. Umi betul-betul dah tenat. Lagi sekali, aku heartless. Langsung tak rasa nak menangis ke nak meraung ke apa semua. Aku pandang je umi. Harapan untuk dia hidup 50/50. Abah ikhtiar untuk kali terakhir. Abah bernazar, jika umi diberikan peluang untuk hidup, abah akan bawak umi pergi umrah. Tu je ikhtiar terakhir abah. Suami mana tak sayangkan isteri.. Ye dok?


Alhamdulillah, tak lama lepas tu umi conscious. Means stabil.
Kuasa Allah kan? Siapa boleh jangka. Lepas tu, umi dipindahkan ke ward biasa. First class ward atas permintaan abah. Yang aku ingat, umi tidur je. Setiap kali tiba waktu makan, aku dan adik selalu akan rasmikan dulu makanan tu haha. Siapa cakap makanan hospital tak sedap? Sedap okay! Masa tu la.

Tak lama lepas tu, umi dah boleh discharged. Balik rumah. Then, umi abah pergi umrah. Kami adik beradik diagihkan dan dijaga oleh nenek, mak saudara. Aku dan imoh dijaga oleh cikDah (mak saudara). Mula-mula awkward. Lepas dah boleh 'get in' dengan keluarga cik Dah, terus kitorang pau makanan setiap kali pergi mall hahaha.

Masa aku berumur 5 tahun, aku dah mengada-ngada nak sekolah. Abah merupakan guru besar dekat sekolah rendah. Tak silap aku dekat Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Besut, Terengganu. Abah daftarkan aku di prasekolah dalam sekolah tu jugak. Well, i was the first person who wore 'tudung' at that age kihkihkih. Riak pulak. Yang aku ingat, dulu aku main gunting sampai tergunting bibir sikit. Sakit! Darah tak henti keluar sampai si cikgu cari aku dekat toilet. Ish, aku tak nakal la. Cuma biasalakan budak-budak, tak tahu apa-apa lagi. My curiousity was too high. Semua benda nak explore sampai lupa bahaya menanti di depan mata. English quote yang sesuai untuk situasi ni ialah,
'Curiousity kills the cat'.




Bulan puasa, yup masa umur 5 tahun aku dah start puasa. Satu-satunya budak yang puasa dekat prasekolah tu-.-
Tapi....
Dulu iman tak kuat, sekarang pun kot. Aku curi-curi
makan belakang bangunan. Astaghfirullah. Puasa separuh hari tu kira ok la kan untuk budak 5 tahun. Umi abah dah latih anak-anak puasa sejak kecil macam aku. 
*Ish, dari tadi duk up diri sendiri haha*

Ada satu hari, aku buat benda yang memalukan. Dalam pukul 11 pagi, budak-budak prasekolah dah boleh balik. Aku macam biasalah, akan tunggu abah habiskan kerja dia dulu. Biasanya lepas zohor baru sampai rumah. Tapi...
one fine day, abah tiba-tiba nak balik awal. Aku belum naik kereta lagi. Bila nampak kereta abah dekat pagar sekolah, aku terus kejar. Laju kot aku lari siap menangis takut kena tinggal. Dalam masa yang sama, ada program di dewan terbuka sekolah. Jadi diorang nampak la aksi kejar mengejar tersebut. Dijadikan cerita-.- Cikgu-cikgu duk menjerit panggil nama aku. Ada yang kejar aku kot. Hmm, aku kejar kereta, cikgu pulak kejar aku. Nais gais nais! Sempat ke kejar kereta abah? Tak.. Teruk gila aku menangis lepas tu. Cikgu-cikgu duk pujuk aku. Btw, abah tak balik pun, dia keluar kejap biasalah guru besar kan sibuk. LOL!

Setahun kemudian, abah transfer ke sekolah lain. Sekolah Kebangsaan Keluang. Nama je keluang, sekor keluang pun aku tak pernah jumpa area tu. Keluang man ada ler.
Aku ni jenis 'clingy' sikit dengan abah dulu. Pergi mana-mana mesti nak ikut. So, aku memulakan hidup sebagai pelajar darjah 1 masa berumur 6 tahun. Aaah, awal setahun.
*jenis suka belajar aku ni,uhuks*


Aku ingat lagi, masa aku darjah 1, cikgu suruh lukis gambar keluarga dalam kertas mahjong. Balik rumah, aku suruh kak ecah lukis sebab aku tak reti melukis. Tapi dia taknak tolong pun. Frust menonggeng aku. Menangis sampai tertidur. Aku benci kak ecah dulu! Keesokannya, aku terus lukis gambar keluarga ikut gerak hati. Cantik! Sejak tu aku sedar yang aku ni ada bakat melukis. Alhamdulillah.



Dulu best. Balik sekolah dalam pukul 1.30 petang, kawasan sekolah still meriah. Main galah panjang, lompat getah, main rebut tiang, lompat sana sini. Sementara tunggu kelas fardhu ain (KAFA) waktu petang, sempat lagi main monkey bars. Bergayut ramai-ramai sambil makan aiskrim malaysia.
Tu dulu.. Sekarang dah besar.

5 tahun kemudian, abah kena transfer sekolah lagi. Aku?
 Of course la ikut. Sekolah baru, SK Tembila, Besut. Aku masuk kelas darjah 6. Sekolah ni best sebab kebanyakan cikgu jenis sempoi, buat lawak masa belajar ok la students pun tak bosan. Masa budak darjah enam nak ambik trial upsr, aku terus cakap dekat abah untuk masuk kelas darjah 5. Yela, masa tu aku baru 11 tahun. Secara jujur, aku tak ready lagi nak ambik upsr tahun tu. Aku turun ke kelas darjah 5. Tak silap nama kelas tu 5A1. Tahun tu jugak, aku jumpa Fitri. Anak cikgu Junaidah. Masa tu dia tumpang kelas aku untuk beberapa bulan. Dan dia berkerusi roda. Satu family dia kemalangan. Alhamdulillah, cikgu Junaidah dan suaminya selamat. Tapi, Fitri berkerusi roda dan abang dia, kakinya terpaksa dipotong. Dan kereta remuk. Allahu.

Setahun kemudian, tahun exam. Aku suka tahun 2010 sebab aku asyik dapat nombor 1 dalam kelas dan setiap kali exam result 5A. Lepas trial upsr, tetiba aku dapat anugerah pelajar terbaik subjek matematik untuk daerah Besut. Masya Allah. Alhamdulillah 'ala kulli nikmat.


Ramai yang tanya aku dulu.. Best tak jadi anak guru besar?
Best la waktu hari guru, hadiah penuh kereta, waktu jamuan cikgu, aku dapat menyelit sekali, dan tak ramai yang berani cari pasal.

 Tapi tapi tapi.. ada part yang tak best.

Aku selalu balik lambat dalam pukul 6 lebih baru sampai rumah. Selalu kena tinggal dekat sekolah. Cikgu-cikgu kesian dekat aku and imah. Yela, asyik kena tinggal. Selalunya balik pun lambat. So, diorang baik hati tumpangkan aku balik. Masa hari result upsr keluar pun, abah ada kursus. Cikgu Junaidah yang tolong hantar aku balik rumah. Abah selalu kursus sampai takde masa nak spend dengan anak-anak. GB ni garang kan dekat sekolah? Abah aku ni dekat sekolah garang dan kat rumah pun sama..garang :(

So, bukan seindah yang disangka. Jadi anak guru besar ada 'pros and cons' nya.  

Masuk sekolah menengah, dah semakin matang. Pengalaman mematangkan aku.




Ada satu je benda yang aku takkan lupa. Masa form 3, aku pergi klinik sebab ada masalah kesihatan. Seminggu lepas tu, aku tetiba dapat surat dari hospital. Dia suruh aku proceed ke bahagian 'kecemasan'. Ia berkait rapat dengan masalah kesihatan aku tadi. Tapi.. aku tak pergi pun.
*jenis degil namatey kahkahkah*
Apsal tak pergi? Sebab masa tu minggu exam.
 Enggak mau masuk ward :(

Sekarang 19 tahun, dan masalah tu datang balik.
 Doakan saya kuat.

***

Bila aku tengok budak-budak berlari kehulu kehilir, main macam-macam.. aku senyum je. 
Main la dik sepuas-puasnya. Besar nanti dah banyak masalah yang kena hadap. Banyak tanggungjawab yang kena pikul. Jadi dewasa ni bosan. Banyak bermain dengan perasaan. Just enjoy your childhood.

Setakat ni je throwback zaman budak-budak.
Bye.










Wednesday 31 May 2017

Ramadhan.




Assalamualaikum wbt. 
Alhamdulillah hari ni merupakan hari kelima puasa di bulan Ramadhan. Puasa okay kan? Lapar dahaga sekejap tu biasa lah. Bila aku baca throwback budak-budak sbp dekat twitter, aku tergelak jugak la sebab tak sangka ramai gila tak puasa. Balik dorm, makan biskut, junior cover senior makan belakang loker, lepas tu terkantoi dengan cikgu alahai. Dah besar panjang pun tak reti nak kawal nafsu. Kita puasa 12 jam pun dah bising kan? Hakikatnya, itu la perasaan orang yang tak berkemampuan (fakir miskin) tak makan bukan setakat sehari dua. Sebenarnya, Allah nak suruh kita sentiasa bersyukur di bulan puasa ni. 

Hopefully, ibadah puasa kita semua bukan setakat dapat lapar dan dahaga. Allah dah janjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan penuh keberkatan ni. Kalau kita buat ibadah sunat, pahala yang ditawarkan setimpal dengan ibadah wajib. Kalau kita buat ibadah wajib? Pahala yang kita akan dapat confirm lebih banyak...
Subhanallah. Taknak ke? Tadarus al-Quran. kalau boleh setiap waktu solat baca la kalamullah tu. Buat target sendiri untuk khatam 30 juzuk al-Quran bulan ni. Sempat ke? 
In sha Allah sempat kalau kita ada strategi. Misalnya..

sehari = 5 waktu solat
1 solat = 4 muka surat
1 juzuk = 20 muka surat
4X5 = 20
satu hari = satu juzuk al-Quran.

Okayy? tu formula ringkas untuk khatam al-Quran ngam ngam 30 juzuk = 30 hari Ramadhan. Yang penting, disiplinkan diri. Untuk kaum hawa, maybe boleh lebihkan mukasurat yang akan dibaca setiap kali waktu solat. Sebab? Kita ni 'special', kotkot ter'cuti' bulan Romadhon ni. Sayangla kan kalau tak sempat khatamkan al-Quran..

Alhamdulillah, tahun ni aku dapat puasa penuh dan raya dekat rumah. Fenomena biasa, lepas solat subuh mesti diorang ni masuk bilik masing-masing, sambung tidur. Kucing pun sama, membuta! Tidur boleh cepatkan waktu, tidur boleh hilangkan rasa lapar.. TIDURRRRRR kroh kroh...
Tapi aku prefer tengok tv daripada tidur. Den dah ponat membuto jo 2 bulan cuti ni haaa-.-

Sahur. Aku rasa kebanyakannya paling liat nak bangun sahur ni. Yela, bangun pukul 5 pagi kena makan.. Awal-awal puasa je semangat nak bangun sahur ni, lepas tu sahur tak sahur je kan? Begitu la kata-kata makcik sebelah.
Tapi tapi tapi.. kalau kita sahur, dapat pahala. Melambatkan sahur, sunat, so confirm dapat pahala. Tidur dapat apa? Takdapat papeww~ esoknya, perut bising mulut pun bising.
Sahur ni tak semestinya kena makan nasi. Minum air seteguk pun dah dikira sahur, makan kurma sebijik pun dah dikira sahur, makan bucu karipap pun dah dikira sahur..
By the way, cakap pasal kurma. Hari tu aku terbaca satu fakta. Katanya, kalau kita makan sebiji kurma waktu sahur, kita akan rasa kenyang selama 4 jam. 
Susu + kurma= yusoof taiyub slurpppp!

1 kurma = 4 jam
3kurma = 12 jam
sodaqallahul 'azim..

Iftar. Kalau duduk dekat meja makan 2 ke 3 minit sebelum bukak puasa, apabenda yang biasanya kita target nak ambil dulu? Air? kuih? kurma? Sebaik-baiknya, lepas baca doa, makan la kurma dulu lepas tu baru minum air makan kuih muih. Tapi.. Jangan minum terlampau banyak air sampai buncit. Sebab? Sebab perut kita ni dikhaskan untuk 3 benda utama. Pertama makanan, kedua air dan yang ketiga udara. Tahu.. dahaga! Tapi minum tu berpada-pada la.
Nanti tak larat nak solat maghrib pulak kang tersengguk-sengguk masa solat terawih.

Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi di sisi Allah. Tapi, di sisi manusia still busuk tau!
 Kebiasaannya, mulut orang yang berpuasa akan berbau dari tengahari ke petang. Plis jaga benda ni. Kalau boleh, gosok la gigi before solat berjemaah, Korang bukannya naga nak sebar bau tu merata-rata-.-

Banyak pulak aku membebel kali ni. Last words,

Burung murai hinggap di dahan,
Bersiul merdu menari berdansa,
Apalah guna bulan Ramadhan,
Tanpa bersolat namun berpuasa.

Hewhew..
Ramadhan kareem everyone.
I ada interview arkitek jumaat ni dekat usim.
Doakan saya dipermudahkan segalanya.
Bye :)


Wednesday 17 May 2017

Sama tapi tak serupa.

Assalamualaikum.
Pernah tak dengar fakta dalam dunia ni ada 7 orang yang bermuka sama dengan kita?
Mesti pernah dengar kan..

Menurut ahli-ahli biologi, di dalam dunia ni terdapat 7 orang yang mempunyai wajah yang sama atau hampir sama.
Daripada teori ni lah, tercetusnya idea pengklonan manusia.

Tiba-tiba, aku terjumpa orang yang betul-betul familiar..










Nama dia 'Naja Bollywood'. Famous dekat smule. First time jumpa dia ni dalam 'motif viral'. Naja ni viral sebab nyanyi lagu hindustan sebagai perempuan.
Nak tahu lebih lanjut, sila search naja bollywood dekat youtube.



Ni first video dia.

By the way, muka dia ni sangat familiar.

Klon Azib shafie dan kembarnya.


The way he wears the cap..
it's just the same.

Hmm.. 

Happy birthday Azib shafie and Azib safuan.🎈
Jujur, aku tak ingat pun 'born date' korang.
Yang aku tahu, bulan ni la birthday si kembar ni.

Jadi anak yang baik, sentiasa berbakti kepada parents, belajar rajin-rajin kalau boleh struggle, struggle la untuk survive 3 tahun diploma. Sorry tak boleh jadi sahabat terbaik. Ko banyak bagi nasihat and jasa ko ni tak terhitung...
Throwback, kalau mengikut matematik, dah 4 tahun aku kenal ko sejak umur 15 tahun. Tapi kalau ikutkan jari, sebenarnya dah genap 5 tahun aku kenal ko..
Dulu noob, budak wicet baru nak kenal dunia, sekarang dah semakin matang sejak masuk U.
19 tahun, semakin besar semakin banyak tanggungjawab yang menanti. Be prepared! Jangan lari dari setiap masalah yang datang. Masalah takkan selesai dengan melarikan diri. Face it, think wisely and solve it. Ko tu lelaki, jangan jadi pemalas, kuat la sikit nanti nak jadi ketua keluarga, ketua kampung la ketua itu ini, ketua tau ketua..Be strong dude!💪
As a sweet reminder, semakin bertambah umur, semakin dekat kita dengan kematian. Jangan terlalu leka..
Aku doakan ko jadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat.
I will always trust you bro!

Okayy, aku memang ada bakat terpendam tulis 'wish' panjang berjela. HAHA
Setakat ni je yang mampu, jari aku pun dah cramp. 



p/s : terpaksa guna gambar klon ko. Gambar ko aku dah terdelete masa perang dunia kedua suatu ketika dahulu. 
 Byebye✋

Saturday 13 May 2017

Malacca the Historical City.


Assalamualaikum wbt.

Okay, aku hanya nak cerita pengalaman pergi Melaka. Kitorang berlima (Syai, Saiful, Wardah, Afifah, aku) pergi sana untuk buat last assignment English. 

Asalnya, group aku ada 4 orang je. Tapi Syairazi baik hati nak tolong drive sampai Melaka. Alhamdulillah.
Tu gunanya member sekelas kan.
Btw, dia drive laju gila. Aku pun dah confuse tu kereta ke kapal terbang.


Driver from GTA game.

Dalam sejam lebih dah sampai Melaka. Tempat pertama dituju, Bandar Hilir.
Dekat sana ada banyak tempat bersejarah, yup agak menarik 'kot'.
Antaranya, kota A' Famosa, Bukit St Paul, Bangunan Stadhuys, Menara Taming Sari dan muzium yang agak banyak. Kalau aku list semua confirm korang tidur. Kitorang parking kereta dekat satu tempat, lepas tu berjalan kaki menuju ke satu tempat ke satu tempat yang lain.

'Well, Malacca known as a place where walking is faster than driving'.

Kepada sesiapa yang tak pernah pergi Melaka, aku nasihatkan tak payah excited sangat ok, kang menyesal.
Kenapa? Nanti korang tahu sendiri.

The Stadhuys, ataupun senang cerita bangunan merah yang famous kat Melaka tu namanya Bangunan Stadhuys. Masa tu, kitorang dah start record video. Yela, nak buat dokumentari kan? Lepas tu, suruh Syai ambilkan gambar depan kereta api lama. Tiba-tiba, ada pakcik india entah dari mana datang, nak tolong snap gambar kitorang. Ish, dah la tu kamera DSLR, kang dia bawak lari mampus naya. Aishh orang sekarang bukan boleh percaya.
Nasib baik Syai bertegas tak kasi pakcik india tu sentuh kamera. Lepas tu, dia terus mintak duit. 
Pengemis..

☝Pengajaran pertama, jangan mudah percayakan strangers dan jangan senang-senang bagi orang sentuh barang kita.
Bahaya!

Lepas tu kitorang teruskan perjalanan. Dekat sana ada banyak muzium. Kitorang masuk muzium Islam. Tiket masuk pun murah, RM3 per person. Okay la. Banyak benda menarik. Segala mak nenek yang kita baca dan tengok dalam buku sejarah form 1 sampai form 5, ada dekat sana.
Lepas tu, aku terus kejar pelancong. Apsal kejar foreigner?
Nak interview diorang.
First foreigner yang kitorang interview dari Pakistan and second dari Indonesia.
Alhamdulillah, mereka bagi kerjasama.
We did great job!


'I from er Malaysia er want to er interview you about er er er..'

Ish, aku tak suka situasi er er ni. 
Dalam satu kelas, mesti ada spesies gagap ni kan?

✌Pengajaran kedua, untuk mengelakkan masalah gagap masa speaking english, cakap English setiap hari. Master the language!

Lepas tu, kitorang terus berlari keluar daripada muzium. Panas punya pasal. Muzium tu tak switch on kipas, air cond.
Hmm.😓

Sampai dekat bangunan usang, kitorang terus excited. Akhirnya, sampai di Kota A' Famosa. FYI, kota A' Famosa tu maksudnya 'Kota Termasyur'. Asalnya kota, tapi sekarang tinggal pintu kota je. Nak tahu kenapa, sila baca buku sejarah form 4.
Masa kitorang nak record video la, tetiba hujan panas.

Belakang A' Famosa, ada bukit St Paul. Kami menuju ke bangunan lama yang dikenali sebagai 'Gereja St. Paul'.
ye, gereja ni terletak di atas bukit. Nak taknak semua kena panjat tangga yang 'terlampau banyak' untuk pergi ke bangunan lama tu. Hampir semua semput okay.😧😥


Gereja St.Paul

Sampai dekat gereja, pakcik tua yang main gitar depan pintu masuk, menarik perhatian aku. Sebab? Mata dia biru.
Mungkin dia dah lama duk situ, dan mungkin dia orang yang tepat untuk di'interview'. 
Lepas aku tegur dia, pakcik tu terus nyanyi lagu sejarah melaka dalam bahasa inggeris. Aku faham je semua yang dia cuba sampaikan, tapi..
Afifah terus tegur..
'Psst, abang kat belakang cakap, pakcik tu tak betul sikit' 
Lepas minta diri, pakcik tu terus menyumpah kitorang sebab tak dengar lagu dia sampai habis.
'if you dont wanna listen until the end of this song, you're suck, you're bitch!'
Lebih kurang macam tu la ayat dia.

~O.K.A.Y~ 

Aku sampai terbayang dia pukul kepala kitorang dengan gitar. Then, abang yang bagi pesanan kat Afifah tadi tegur..
'Korang budak universiti ni buat assignment apa ni?'
Aku cakap la blablabla.
'Kalau budak-budak U datang sini, diorang mesti interview abang, bukan pakcik tu'.
Sebenarnya, dekat situ ada 2 orang abang.
Aku label abang A and abang B.
👦👨

'Abang boleh bagitahu semua yang korang nak tahu pasal bangunan ni and semua sejarah Melaka', kata abang A.
Time ni, mata aku bersinar okay, yela teruja ada orang volunteer nak tolong.
Tapi...
'Ada satu syarat, kau kena beli lukisan abang. Tak mahal pun, RM10 je. Ni sebagai bukti assignment korang'.

kejadahnyaaaa. Kitorang nak interview je, apsal kena beli lukisan dia pulak. Masa tu aku betul-betul naif (noob), ikut je dia sampai tempat dia melukis.
Lepas tu, Saiful tegur.
'Bang, boleh interview dalam bahasa inggeris tak?'
'English ni aku tak reti'.
'Kalau macam tu, takpela bang'.
Kitorang terus patah balik.
'Hak alah, berlagak gila budak-budak ni!'

Rupa-rupanya, abang B dah cakap dekat Afifah, 
'Habis la kau dik, hampir 70 peratus budak U kena tipu dengan dia, kau percaya ke lukisan dia sepuluh ringgit je?'

 Sebelum ni, aku selalu pergi ke tempat bersejarah dengan parents, tapi kali ni dengan kawan (berlima), tetiba rasa macam semua tempat berbahaya.

👌Pengajaran ketiga, jangan mudah percayakan orang lain.
Sebab kita tak tahu masyarakat luar ni macam mana.
Baik ke tak, kita tak tahu. Dan tak payah acah mesra, tegur semua orang. Yup, it's dangerous!👹

Lokasi seterusnya, Muzium Samudera. Tapi, masa ni kitorang terpaksa berehat kejap. Penat, berpeluh, panas terik, dahaga..
Selepas 20 minit, kitorang teruskan perjalanan ke muzium maritim (muzium samudera).
Tiket masuk, RM 5 per person.
Not bad. Lepas record apa yang patut, Saiful terus ajak patah balik ke kereta.


Erm, kereta kena saman sebab takde sticker parking (majlis perbandaran). RM30 -.-
Saiful ni jenis baik hati, dia terus decide nak pergi bayar saman dulu.

✊Pengajaran keempat, ok yang ni aku tak dapat expect solution untuk masalah saman. Yang pasti, kami dari Negeri Sembilan memang takkan ada sticker tu. So, redha jela kena saman. Plus, aku target, sampai sana terus nak siapkan assignment. 
Dalam fikiran masing-masing cuma ada assignment je. Tak fikir dah nak cuti-cuti Malaysia. No-no!🙅


ni contoh sticker parking

Lepas makan and solat, kitorang plan nak pergi ke pantai buatan yang femes dekat Klebang. Tapi, tiba-tiba hujan lebat. Nak taknak terpaksa batalkan niat ke sana. On the way balik ke Nilai, jalan jammed teruk. Sebab time tu merupakan 'peak hour'. So, mereput dalam kereta berlima. Kitorang gunakan kamera and phone dengan sebaiknya. Memory card fon aku penuh dengan muka-muka hodoh diorang dalam kereta. Hodoh tahap 'okbye'. Save sebagai penghibur di kala duka.
*gelak kejam*😈




Waktu maghrib, sampai Negeri Sembilan. Disebabkan kitorang ni bukan jenis alim and lebai, Syai decide ke Seremban. Sebab? Nak jama' qasar solat maghrib dan isyak.
Psst, kitorang penat sebenarnya. Sampai kknc, target nak tidur je.
Lepas solat, Wardah pulak baik hati nak belanja makan malam. 
Ye, terharu ada member pemurah ni.😢😢

Bila dah masuk Seremban, Saiful and Syai terus tutup waze. Sebab? Aku dan Wardah yang jadi penunjuk jalan. Sebab? Wardah memang tinggal area Seremban, aku pulak dah belajar sana 5 tahun lebih. Jadi, tahu la shortcut ke Nilai. Btw, untuk jimat duit bayar tol untuk pergi Nilai, kita boleh ambik jalan yang takde tol. Dekat mana? Kita kena melalui jalan Labu. Ehem, tu sebenarnya jalan ke smap labu. Dah jumpa sekolah tu, terus drive straight je sampai jumpa Nilai lama lepastu baru jumpa bandar baru Nilai.
Araso?💅

Sampai je kknc, setengah jam kemudian aku dah terlelap atas katil yang segebu awan di langit.
*Pebenda entah aku melalut ni*
Penat punya pasal.

Kesimpulan, Melaka best la sebab banyak tempat bersejarah, banyak beca berlagu ke hulu ke hilir, ramai foreigners, TAPI panas bak hanggggg!
Dalam dua ke tiga foreigners yang kitorang nak interview, terpaksa 'say a big NO to us' disebabkan bahang cuaca.
Lagi satu, masa kitorang naik tangga menuju ke Bukit St. Paul, salah seorang daripada kami terlanggar kaki payung penjual souvenir, terus dia jerit..
'Kau ni dah kenapaaaa! Buta ke!' 
Ish, orang Melaka ni garang gila.
Nasib baik dia tak carut 'lahabau, lahanat' je.





👋Peringatan terakhir, kalau ke Melaka, sila bawak tisu lebih. 
Air mineral benda wajib☝
Be careful!

Alhamdulillah ala kulli hal...

Sekian.💞