Friday 25 March 2016

Beauty and the beast.




Assalamualaikum. Pada zaman maju IT ni, boleh dikatakan hampir semua orang dekat atas dunia ni ada smartphone. Jadi bila dah ada smartphone, mestilah masing-masing ada social media right? Contohnya, facebook. Bila bukak facebook, tuptaptuptap ada notification. Rupa-rupanya ada orang tag gambar kita.

Lepas tu, perati gambar tersebut lama lama. 'Jadah apa muka aku macam ni. Hodoh gila macam makcik jual tempe dekat pasar'. Mengata muka sendiri. Then, kita cepat cepat remove tag tersebut. Tak pun hide daripada timeline. Tujuan? Supaya orang lain tak nampak betapa yak ampun hodohnya muka kita.


See? Bila kita tengok gambar yang ada kita, fokus utama of course la muka sendiri. Kalau muka kita okay, yang lain pun okay. Kalau muka kita hodoh, sah satu gambar kena delete. Yelah, sebab muka orang lain cun macho macam retis, muka kita pulak macam lepat pisang. Semua orang puji diri sendiri cantik depan cermin. Figure yang kita nampak dalam cermin tu memang masyaAllah super duper perfect! Kalau boleh kita nak muka yang sebijik sama macam tu dalam gambar. Tapi, yang kita nampak, tak sama.


Fenomena ni digelar 'mere exposure effect'. Natang apa tu? Mere exposure effect ni merupakan rangsangan (stimulus) pada mata kita yang lebih sukakan benda yang selalu kita nampak. Contohnya, imej kita dalam cermin. Bila tak sama, kita akan nampak semua kekurangan bila tengok gambar sendiri. Padahal gambar tu lah yang nampak cantik menarik kebabom dekat mata orang lain. Well, sebenarnya ada je orang yang kita nampak cantik macam mak arab tapi bila dalam gambar nampak biasa biasa je, orang yang nampak biasa biasa, tapi dalam gambar peh macam neelofa. Tu namanya fotogenik.


Mata kita ni kadang-kadang tricky. Don't worry la korang semua cantik okay even though kulit hitam manis, putih pucat, sawo matang blablabla. Aku ni rabun selalu pakai crocs ke hulu ke hilir dekat hostel pakai selipar jepun, bahagia ja hidup.

People will always find our flaws, so ignore them. Be confident, chin up! Move forwards okay.

Tuesday 22 March 2016

Fenomena.



Assalamualaikum. Sekarang ni negara kita telah dilanda fenomena El Nino. El nino tu apa benda sebenarnya? Sebenarnya el nino tu ialah cuaca panas terik melampau yang berpanjangan sehingga berhari-hari, berminggu-minggu. Setakat ni suhu yang paling tinggi dekat Chuping,Perlis yakni 40 darjah celsius. Pat puluh darjah celsius tu memang betul-betul panas tahu, duduk dalam rumah terasa macam sauna. Siang pakai baju tebal ke nipis ke peluh still terasa mengalir macam perasmian hari sukan sekolah, berdiri tengah tengah panas terik. Malam pulak memang langsung rasa tak selesa nak tidur sebab bahang sampai aku terdetik nak angkut tilam bantal tidur luar rumah. Bukak aircond 24 jam of course la electric bill bulan ni naik mendadak ui!


                                                                             

Fenomena ekuinoks. Berlaku pada 20 Mac setiap tahun. Ekuinoks ni bukan fenomena luar biasa pun so tak payah nak takut sangat. Masa ekuinoks ni terjadi, kedudukan matahari betul-betul selari dengan garisan khatulistiwa bumi. So, tempoh siang dan malam akan sama panjang iaitu 12 jam malam 12 jam siang. Kita tak akan rasa perubahan ni, tapi hanya negara yang bukan beriklim khatulistiwa je yang dapat tengok and rasa perubahan siang dan malam ni. Tapi disebabkan negara kita terletak betul-betul dekat garisan khatulistiwa bumi, sebab tu kita rasa panas yang terlebih lebih. Korang sebenarnya dah tahu semua benda ni sebab dah belajar dalam subjek geografi. Lupa? Peredaran bumi maka terjadi lah solstis musim panas, solstis musim sejuk, ekuinoks musim bunga and ekuinoks musim luruh. Tak ingat lagi? Sah korang tidur time subjek geografi masa form 1 macam aku. Disebabkan berlaku el nino plus fenomena ekuinoks, jadi suhu bumi telah naik mendadak. Sebab tu kita rasa panasnya tahap yak ampun. Semalam aku tengok info dekat astro awani, suhu dekat Kuala Krai tertinggi berbanding daerah lain dekat Kelantan iaitu 36 darjah celsius masa kedua-dua fenomena ni terjadi secara serentak. Patut la aku rasa macam nak menggelupur macam kena sawan sebab panas sangaaaaat.




Akhir zaman ni macam macam jadi dari fenomena alam hingga fenomena manusia. Realiti hidup yang berlaku sekarang buat aku tertanya tanya. Sampai kadang-kadang aku terfikir, kenapa manusia perlu berperang? kenapa manusia tak jujur? kenapa berluasanya gejala rasuah? kenapa mesti membunuh? kenapa pemimpin bergaduh dengan pemimpin? kenapa kenapaaaa? But now, aku sedar semua persoalan takkan habis and tak semua soalan ada jawapannya. Then, i go outside, stare at stars in the sky. I ask them, how long you will be hanging up there? When hereafter day will occur? will you smack us down when the day happen? Futhermore, Duniya is not our final destination, it is just a stop centre. Guys, before hereafter occurs, go reflect yourself. By the way, this is the last phase before hereafter. We are coated with sins. MANY. My advice, go seek for Allah's forgiveness (repent) before the day comes. wallahua'lam.   


Monday 7 March 2016

Lelaki.




Assalamualaikum. Perasan tak lelaki zaman sekarang ni makin sedikit bilangannya? Ada orang cakap dekat aku lelaki ni dah jadi makhluk yang diancam kepupusan. Istilah sains 'endangered'. Well, aku tak tahu nak percaya ke tak benda ni. Kalau populasi lelaki makin sikit, kemungkinan seorang lelaki kahwin empat pada masa depan tu tinggi la kan? Satu lelaki nisbah empat perempuan (1:4). Jadi, aku kena get ready. Kalau tak, mesti ramai 'andartu' masa depan nanti, kesian la pulak. Poligamy can be considered. Haha, jauh nau fikir.

 Tapi, walaupun bilangan lelaki makin kurang, aku still dapat nampak benda yang aku tak berapa suka dekat diorang ni. Obviously, sekarang ramai lelaki obses nak jadi sado. Asal istilah sado tu sebenarnya ialah besar bodoh. Dulu badan keding pijak semut alahaiiii hidup segan mati tak mahu tapi sekarang dah ada six packs lengan sama saiz dengan peha. Perempuan lain mesti auumm dekat lelaki spesis sado tapi bukan aku. Angkat dumbbells siang malam tak lain tak bukan semuanya menuju ke arah menjadi hulk. 





Obsession overloaded.

Kedua, aku perasan ramai jugak la lelaki yang menggedik nak jadi perempuan. Sekarang ni kan zaman dah makin maju, jadi senang nak jumpa banyak teknologi yang membolehkan laki tukar identiti dengan senang, potong apa yang patut then implant apa yang takde. Golongan ni dikenali sotong, donut, nyah, blablabla azwan ali eh? Tak kisah la alasan korang apa, tapi yang pasti hukum tukar jantina menurut islam tetap haram dan berdosa. Ubah ciptaan Allah, kena laknat, tak dapat hidu bau syurga. 


Ketiga, aku jumpa ramai lelaki pervert. Pervert tu apa? Pervert tu gila porno otak kuning fikir sex 24 jam. Bila dah pervert, tengok perempuan sikit dah 'steam'. Jahanam jilaka lahanat betul spesis laki macam ni. Aku ingat lagi ada satu masa dulu, banyak gila berita orang buang anak dekat tv. Dalam sungai, dalam jamban, dalam tong sampah, tanam belakang rumah. Ya Allah, teruk sangat persis zaman arab jahiliyah.





Nak kawan rapat dengan lelaki? Better fikir sepuluh kali. Sebab? Korang baca berita bawah ni baru korang tahu kenapa.



KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila menyaksikan sendiri kekejaman anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanitanya yang berusia 16 tahun di rumah mereka sehingga gadis berkenaan mengandung, baru-baru ini.

Lebih menyedihkan apabila jeritan dan rayuan wanita berusia awal 40-an itu yang cuba menghalang tindakan keji anak lelakinya tidak diendahkan.

Malah, tindakannya mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali langsung tidak dihiraukan seolah-olah anak lelakinya dirasuk hantu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam hujung bulan lalu di sebuah taman perumahan di Setapak Jaya di sini, mangsa yang juga seorang pelajar dikatakan dirogol empat kali dalam bilik berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya membuat laporan polis kelmarin selepas lelaki terbabit enggan bertanggungjawab terhadap perbuatannya sehingga dia kini disahkan mengandung.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila pelajar terbabit dipelawa ke rumah suspek untuk mengenali ahli keluarganya.

“Mangsa tidak keberatan mengikut suspek ke rumah berkenaan kerana ibu teman lelakinya juga ingin mengenali remaja berkenaan.

“Selepas tiba di rumahnya dan berkenalan dengan ibu suspek, teman lelakinya itu bagaikan dirasuk hantu apabila memaksa remaja terbabit masuk ke biliknya,” katanya.

Sumber itu berkata, keengganan mangsa berbuat demikian menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum suspek mengheret tangannya masuk ke bilik dan mengunci pintu.

“Ibu suspek yang menyedari perbuatan itu mengetuk pintu, menjerit sambil merayu kepada anak lelakinya supaya tidak melakukan perbuatan buruk ke atas gadis berkenaan.

“Malah, ibu suspek berusaha membuka tingkap di bahagian belakang bilik berkenaan untuk mengintai perbuatan anaknya,” katanya.

Menurut sumber itu, sebaik membuka sedikit tingkap bilik berkenaan, dia terkejut sebaik melihat anaknya bergelut untuk merogol teman wanitanya.

“Ibu suspek berlari semula ke pintu bilik berkenaan dan berulang kali mengetuknya, namun anaknya langsung tidak mengendahkan panggilannya,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek merogol remaja berkenaan empat kali sebelum menghantarnya pulang ke rumah.

“Pada mulanya, mangsa tidak membuat laporan polis kerana suspek mendakwa akan bertanggungjawab terhadap perbuatannya itu dengan mengahwininya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya lelaki terbabit mungkir janji apabila enggan bertanggungjawab atas perbuatannya selepas remaja berkenaan disahkan mengandung.

“Remaja terbabit memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya, namun suspek berkeras enggan bertanggungjawab walaupun rundingan secara baik dilakukan keluarga mangsa,” katanya.

Berikutan itu, mangsa bersama ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju di sini, kelmarin, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, lelaki terbabit sudah ditahan di rumahnya semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kes terbabit sudah dirujukkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

See? teruk gila kan? Salah pilih kawan laki, sekali diorang ngap you girls, menyesal tak sudah la jawab dia. Yes, tahu zaman maju IT sekarang ni semua boleh tengok, kalau search dekat internet gambar lucah video lucah berlambak. Dunia tanpa sempadan. Tapi awak semua kena ingat, mata akan menjadi saksi, Allah sebagai hakim and neraka sebagai balasan di hari akhirat nanti.

 Guys, perempuan ni makhluk yang sangat sangat sangaaat lemah. Please don't treat us like a ball, when you need us you treat us well but when you don't need us, you kick us just like a punch bag. Tapi aku ada je jumpa perempuan yang spesis bimbo, pengkid, pakai baju abang abang, perangai kasar mengalahkan lelaki. Hari tu aku ada dengar berita 'seorang isteri potong kemaluan suami guna pisau'. Macam kelakar kan? Tapi, beware okay. Perempuan sekarang dah berubah. Sampai sekarang abah aku asyik risau bila nampak pisau dekat dapur haha. So, kalau taknak kena potong mana-mana anggota badan, please respect us. No violence against women.


Tapi, tak semua lelaki teruk, ada je yang baik. Tapi nak cari yang baik tu macam mencari semut hitam di atas batu hitam. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Pegang and ingat kata-kata ni okay?