Friday 16 December 2016

Kawan dan sahabat :)

     


'Bersahabat dengan penjual minyak wangi,
kita akan mendapat percikan wanginya,
bersahabat dengan tukang besi,
percikan apinya akan mencarikkan baju kita'.


Assalamualaikum w.b.t. 
lama tak update blog ni sampai kepala dah bersawang labah-labah, jari pun dah tumpul dan semakin gemuk berat untuk melompat-lompat di atas keyboard lappy. 
Eh merepek apa ni --'
 Mungkin terlanggar kaki sasterawan negara tadi.

Entri kali ni aku nak cerita pasal kawan.




Dalam dunia ni, manusia memang tak boleh dan tak mampu untuk hidup sendiri tanpa kawan. Kenapa?
Sebab kita ni lemah, setiap hari mesti ada 'cerita' yang perlu diluahkan kepada seseorang. Tak mampu pendam. sekurang-kurangnya kita ada seorang kawan yang dipercayai. 

Kawan dan sahabat, dua istilah yang berbeza dan semestinya mempunyai makna yang berbeza. Ada kawan yang hanya ada di saat kita gembira. Dulu buat perjanjian agung untuk gelak sama-sama, waras sama-sama dan gila sama-sama. Tapi di saat kita ditimpa masalah, dia terus lesap sampai waze pun tak dapat kesan.
yup, dalam situasi macam ni, tu bukan sahabat, tu kawan.




Namun..

Orang yang sentiasa ada di saat kita terlebih makan happy pills, geng gosip, terlentang kebosanan bersama dan di saat kita merengek kesedihan. Dia sentiasa ada untuk kita. 
Yup, dia layak digelar sahabat.
Yang terbaik, andai dia selalu ingatkan kita tentang akhirat, dan tegur andai kita terlalu leka dengan dunia.
Bukan apa...
Sebab kita ni manusia, jenis pelupa. Sebab tu la perlu ada orang yang ingatkan.




Kawan untuk bergelak ketawa sangat senang dicari.
Tapi, seorang kawan yang sanggup bersama kita di saat susah dan senang, susah nak jumpa.
kan?

Semakin kita membesar, semakin kita meningkat dewasa, bulatan kawan yang kita ada makin sedikit. Dulu, sekolah rendah, sepuluh orang makan dekat meja kantin sekolah, masuk sekolah menengah, dalam lima orang yang tinggal, masuk alam  universiti, makan berdua atau bertiga dekat cafe tu benda biasa. Alam kerja nanti macam mana?
Hmm tu la life cycle kita.




Kita hanya mampu menabur janji untuk 'kawan sampai tua, gelak sama-sama walaupun gigi dah berterabur'.
Tapi, kita tak dapat agak apa yang jadi masa depan.
Mungkin si A berubah, mungkin si B belajar luar negara, dan mungkin si C lebih selesa dengan cara hidup dia tanpa menoleh ke zaman paleolitik neolitik mesolitik lagi.

Manusia berubah..

Dan kita takkan mampu untuk halang dia daripada terus berubah.




Aku mengaku, aku sangat takut untuk menghadapi masa depan. Takut untuk hilang orang-orang yang aku sayang, takut untuk menempuh alam kerja, takut untuk menempuh alam perkahwinan, takut untuk galas tanggungjawab...
Allahu, sebab aku lemah...

Dulu aku ada kawan, yang meninggal seawal usia 14 tahun, arwah Akmal. Dia baik, selalu senyum. Yup, aku rindu dia. Masuk sem 2 ni, ada beberapa orang student dari kelas tutorial lain pindah masuk kelas aku. 
Dan salah seorang daripada mereka, ada seorang muslimah yang muka 95 peratus sama dengan muka arwah.
MasyaAllah. Allah ambil salah seorang sahabat yang aku sayang, dan Dia gantikan dengan seorang yang baru. Serious, aku terpana dan tenung dia lama-lama setiap kali dia buat presentation.
Nama dia pun bermula dengan huruf A, yakni Anisah.
Sama tapi tak serupa.




Gaduh manja, dan merajuk dalam persahabatan tu benda biasa. Tapi, kalau bergaduh kalau boleh jangan lebih tiga hari tak tegur kawan kita. Turunkan ego. Mengalah lebih baik daripada terus membalas jeling sampai mata terbeliak. Sebab apa? sebab amarah tu datang daripada syaitan. Kalau kita terus menyimpan dendam selama bertahun tahun, tahu tak siapa yang tepuk tangan?
Syaitan la makhluk yang akan bersorak sebab dia dah berjaya memecahbelahkan persahabatan hamba Allah.


Pernah tak rindu seorang kawan sampai termimpi dia?
hehe, aku pernah.
Kadang-kadang tak rindu atau teringatkan dia pun, tapi tiba-tiba dia menceroboh masuk mimpi. Bila tanya Timah, merangkap profesor madya yang tak bertauliah, dia jawab antara punca seseorang masuk mimpi kita ada 3,

(i) kita rindu dia
(ii) dia rindu kita
(iii)permainan syaitan, dah jangan nak syok sendiri!



 
tadi termimpi dia ni. Siap bagi aiskrim Magnum.
Seorang sahabat. dulu gila bersama waras bersama.
sekarang, dah ikut haluan masing-masing.
it's okay, i trust you right?




Pernah satu ketika, aku termimpi kahwin dengan classmate.
sejak tu, aku segan nak pandang dia dalam kelas--'
 kini aku yakin dan pasti alasan yang ketiga paling munasabah. Fuh, dahsyat betul mimpi aku sejak kebelakangan ni.




Akhir kalam, hargai dan sayangilah kawan kita, cari seseorang yang boleh dijadikan kawan, dan kalau boleh jadilah seorang kawan dan sahabat yang baik dan jujur. Keikhlasan sangat perlu dalam sebuah persahabatan.
Kata nak ukhuwah fillah abadan abadan fil jannah :)






suffina, my bae.
now at UIA.
nobody can beat her at laughing ok.
 hilarious stories about her sugar daddy made me laugh
aloud.
i wanna hug you bae:(

********

Mus, kawan smap labu, satu course usim.
bercita cita tinggi untuk menjadi ustaz.
selalu 'sembang kencang' sampai pokok pun bergoyang.

********



Timah, member satu kelas. Kembar saya.
geng gosip melampau.
'Better than he can' by shawn mendes
 Dia dengar badak dan ikan-..-
pekak kuasa tiga orangnya.
it's okay, nasib baik comel.


Setakat ni saja entri tentang 'kawan'.

For those who wilingly or accidentally read this entry, thank you so much. I hope you guys enjoy it.
sorry for malay literature sentences.
i'm not good in it, but i tried to make every sentences in malay language except for this nagging part hehe.
bye.





















No comments: