Thursday 5 September 2019

Pahit harus ditelan



Assalamualaikum and hai :')   Sejujurnya, aku betul-betul sayang blog ni kalau boleh aku nak baca balik segala luahan hati sampai tua. Walaupun tak selalu update hehe. Btw, happy 62nd independence day  everyone! Semoga keamanan negara terus berkekalan dan kemakmuran negara terus terjamin.

Kali ni aku nak cerita pasal badan beruniform yang aku dah decided untuk sertai masa zaman Degree. Maybe it sound clicheeeee but it's my honest story.
*Breathe in... breathe out...*

Okay, sebenarnya tak salah pun masuk badan beruniform. Tapi ada 'pros and cons' nya. So, untuk adik-adik yang baru daftar degree, aku recommended sangat untuk join badan beruniform. FYI, bila dah masuk alam universiti, kita diibaratkan seperti burung. Burung yang bebas berterbangan di udara. Dekat uni pulak ada terlalu banyak aktiviti yang kau boleh rambang mata nak join macam badan beruniform, persatuan, sukan, team kebudayaan dan sebagainya. Macam aku ni jenis tak boleh duk diam. So aku pilih untuk join badan beruniform B***** sorry, aku tak boleh eja penuh sebab nanti member-member aku jumpa blog ni memang kena bahan nanti heh!



Back to main point. Badan beruniform. As you know, aku merupakan student architecture. Yes, student yang tak tidur malam buat projek assignment sampai subuh. Itu lah aku. Student life aku memang macam tu. Jujur aku penat. Dalam penat tu ada rasa menyesal sebab join badan beruniform. Okayyyy..... aku nak mengeluh dalam post kali ni. Aku menyesal sebab ikut kawan untuk join badan beruniform B**** ni. Bila buat benda tanpa minat, semua benda jadi serba salah.

Aku ingat lagi masa 1st semester aku join koko ni. Masa tu aku tak berapa busy dengan projek assignment lagi dekat studio. So, aku boleh bahagikan masa dengan baik antara architecture dan B****. Masuk 2nd semester, life aku dah makin busy. Busy hadap projek dekat studio tiap malam. Sampai satu masa, aku dah susah nak bagi komitmen dekat badan beruniform. Kalau nak cakap aku lembik ke apa aku dah tak kisah dah. Aku dah seksa badan aku sebenarnya. Bila malam aku tak tidur, pagi sabtu pulak aku kena berkumpul seawal jam 8 pagi. And yesss.. aku berjaga setiap hari setiap malam di studio untuk buat projek. Budak arkitek memang takde life. YESSSS! I WON'T DENY IT! Apa jadi kalau tak stay up? Projek takkan siap. FYI, course architecture ni dinilai melalui project assessment bukannya melalui exam dalam dewan macam student lain. Sebab tu lah student architecture ni selalu bertapa dekat studio almost every night. Aku pun manusia normal yang ada perasaan penat. Biasanya lepas subuh aku akan terlelap sekejap untuk kumpul balik tenaga. Tapi, setiap hari sabtu, badan beruniform aku ni akan buat physical training (PT) yang gila-gila sampai lunyai. I tried and always try to be strong. Walaupun tak cukup tidur :') Sampai lah akhir semester dua, aku jatuh dan terus muntah masa tengah angkat hos. Masa tu aku dah tak larat sangat dah. Yelah, dengan tak tidur malam, breakfast pun makan biskut je. Badan aku shaking masa tu. Kecoh? Memang kecoh lah sebab aku jatuh tersungkur kot. Manusia pun ada limit. Dan hari tu takat tu lah limitnya.





''Seksa diri lagi. Seksa la lagi diri tuuuu! B dah pesan tidur awal, makan breakfast nanti takde tenaga. Tapi degilllllll''. Itu lah antara bebelan Amir masa dia datang jenguk aku kejap. Hmm nak marah balik pun tak boleh sebab memang betul aku degil. Aku betul-betul nekad nak tarik diri dari badan beruniform tu untuk mengelakkan aku seksa diri lagi. Betul la orang kata.. budak arkitek memang takde life memang patut duk kat studio je sampai graduate.

Aku nak keluar koko, ramai duk pujuk supaya stay untuk 1 semester je lagi. Ek elehhhh! Yang rasa seksanya aku bukan korangggg! Segala aktiviti yang berkaitan dengan badan beruniform selain hari rabu dan sabtu, aku dengan Auni tak pernah ada masa untuk libatkan diri. Bukan sombong, bukan malas... tapi takde masa. Budak arkitek kena design bangunan dan proses tersebut bukanlah sekejap. Hmm explain lah seribu kali pun, budak kos lain memang takkan pernah faham.

Sampaikan ada satu masa, aku terpaksa curi tidur masa kuliah badan beruniform dalam lecture hall. Penat oiii. Tu pun ada beberapa kali kena tegur dengan cikgu .


Aidil gigih snap gambar aku tido -___-

Masuk semester 3, aku cuba bagi komitmen dekat badan beruniform. Macam semester lepas, segala aktiviti berkaitan badan beruniform selain hari rabu dan sabtu memang aku susah bagi pelajar arkitek (aku dgn Auni) untuk libatkan diri. Semester ni lagi susah kot. Hujung semester, semua pelajar architecture satu batch dengan aku ada internship. 5 jam kredit untuk subjek semester 4. So, internship ni wajib lah. Tapi masa aku tengah intern ni la unit badan beruniform panggil untuk ke kem latihan sebelum tauliah semester depan. Kusut jugak kepala aku sebenarnya. Dahlah tengah intern tiba-tiba dipanggil ke kem. Nasib baik koko ni wajib untuk 3 semester je. Semester 4 memang dah takde sangkut paut dengan koko. Kem tu merupakan syarat wajib untuk tauliah je. Okayy, kali ni aku terpaksa korbankan koko. Tak habiskan intern tak boleh graduate, tak pergi kem latihan tak boleh tauliah. Aku dengan Auni murung seminggu kot fikir pasal ni. Amir pun gigih nasihat supaya fokus internship je. Because it all matters now. Tauliah ke tak belakang cerita. Lagi pun aku masuk dan keluar universiti ni untuk jadi arkitek bukannya b**** Jadi kesimpulannya, aku tak pergi kem latihan. Auni pun sama. Hmm 2 orang pelajar arkitek yang terpaksa berkorban demi graduate on time.


Sorry geng... aku betul-betul tak dapat bagi komitmen kali ni. I have to think and choose wisely for my future. Ada rezeki nanti kita tauliah sama-sama. Andai kata tak dapat tauliah sekali, I know it was fated by Allah. Semester depan pun aku lagi busy kena pergi Langkawi untuk projek. Entah sempat ke tak tauliah sekali. Anyways, I really had a great moments with you guys as a skuad. Hadap semua benda sama-sama. Kena marah apa semua sama-sama hadap. Seerat serasa sehati sejiwa💓 You jump I jump, you die I die. Konsep dia gituww awhh!


Hitam bersama seksa bersama
Badan kena fit


Dongak harimau. Posisi ni paling seksa





Masuk badan beruniform ni banyak benda aku belajar. Especially pasal punctuality and discipline. Susah ke senang nak jaga masa? Bagi aku sebagai student architecture.. susah sikit. Sebab penat tak tidur semalaman lepastu kena kerah tenaga dan fizikal masa physical training. Bagi student architecture yang berniat nak masuk badan beruniform, aku rasa better tak payah kot. Jangan seksa diri macam aku. Badan pun ada hak dia. Tidur lah walaupun sekejap. Bila masuk badan beruniform, kena bagi 100 peratus komitmen. Kalau kau boleh dan yakin boleh bagi semua tu.. go for it! Aku cakap ni melalui pandangan as an architecture student. Student kos lain okay je kot. Masuk koko ni best je sebenarnya. Dapat pengalaman baru. Dapat belajar benda baru. Dapat kenal orang baru. Kalau bertuah.. dapat jumpa jodoh sekali.



Tu jela cerita suka duka aku masuk badan beruniform. Kalau kau target badan beruniform yang ada elaun tinggi, uniform free, makan apa semua free better pilih skuad palapes. Tapi kalau nak masuk uniform yang ada elaun tapi ada masalah rabun.. pilih je skuad suksis. Kalau niat nak belajar ilmu baru tanpa mengharapkan elaun, belajar kerana Allah katanya... baru aku recommend masuk skuad aku ni hahahahahaha. Apa-apa pun, bila masuk universiti ni, kita kena pandai fikir dan bezakan antara kepentingan dan kemahuan. Kos architecture aku ni lagi penting daripada koko. Apa-apa jadi memang aku pilih architecture. My degree is architecture. Bukan badan beruniform. Unit beruniform ni macam plus one je kalau masuk.















Gigih guna filter untuk putihkan muka 




Setiap orang ada cerita dan pengalaman masing-masing. 
Dan ini cerita aku :')

The End.




Saturday 27 April 2019

La tahzan.



Assalamualaikum wbt.  Setelah sekian lama menghilang, kini aku kembali menulis blog. Allahu, tak sangka hidup aku yang terlampau busy betul-betul menghalang niat aku untuk update blog. Pejam celik pejam celik, sekarang aku dah semester 4. Doakan aku graduate on time. In sha Allah.

Peristiwa 25/4/2019.

Satu kejadian yang aku paling takut telah berlaku. Hari Khamis malam Jumaat. Aku tiba-tiba terdetik untuk solat berjemaah di masjid USIM. Solat maghrib, baca surah al- Kahfi, solat isyak. Kenapa? Mungkin aku nak sekejap dari suasana busy di studio. Lepas solat maghrib, tiba-tiba hujan lebat. Disebabkan aku naik skuter, biasanya aku akan risau. Terlampau risau kotla tak boleh balik studio sebab hujan takkan berhenti. Tapi Alhamdulillah, lepas solat isyak, hujan dah mula reda. 

Honestly, malam tu aku rasa lain macam. Hari tu pulak aku pakai jubah yang arwah abah bagi. Jubah paling last yang arwah bagi. Lepas tu, aku menuju ke cafe KK1 untuk ambik makanan yang aku dah order sebelum solat maghrib. Lepas ambil makanan, aku fikir nak cepat-cepat balik studio sebab kerja banyak lagi tak settle. Aku bawak skuter maybe laju kot sampaikan aku baru perasan kat depan ada bonggol. Nampak je bonggol tu aku terus brek secara mengejut. Tak silap aku tekan hand brake belah kanan je. Emergency brake tak kena time. Tu je aku boleh cakap. Lepas tu, aku terus terseret kat jalan tar. Motor jatuh atas kaki kanan aku. Masa tu pulak takde kereta lalu. Aku hanya mampu menahan kesakitan dan keperitan eksiden seorang diri. Sakit tu hanya Allah yang tahu. Ikutkan hati aku nak je angkat skuter cepat-cepat lepastu lari balik studio. Malu kot eksiden dekat bonggol jalan haha. Tapi aku takde khudrat pun nak angkat skuter tu atas kaki aku. Hanya mampu berdoa agar kereta lalu dan tolong aku. Alhamdulillah ada 3 kereta berhenti dan datang tolong. Kaki tangan aku sakit, jam tangan aku hancur dan diorang tanya... awak okay tak? Erm aku tak ok pun still jawab ok. Walaupun skuter dah pecah cover set depan dan side mirror. Jubah yang aku pakai pun koyak. Nasib baik aku pakai kain tebal dalam jubah tu. Alhamdulillah aurat still terjaga masa accident tu. Kasut pun terkoyak hmm. Lepas tu, aku terus balik studio dengan skuter tu. Kenapa?? Aku pun tak tahu macam mana aku boleh ada khudrat untuk bawak motor sampai studio. Mungkin aku fikir tak nak susahkan orang lain. Tu je. Tapi dalam perjalanan ke studio tu, aku dah menangis teruk dah. Sebab? Sebab kaki tangan aku sakit. Aku fikir nak sampai studio lepastu mintak tolong kawan-kawan aku kat studio untuk hantar ke klinik. Sampai je studio, lif pulak rosak. Aku terpaksa naik tangga sampai tingkat 4. Tapi aku hanya mampu naik sampai tingkat 2 je. Sebab kaki aku betul-betul tak tahan dah. Pedih sangat. Aku terus call orang kat studio untuk tolong. Masa tu Amir dah siap call sebab terkejut dengar aku accident. Tapi apa-apa pun, kawan still akan jadi orang paling rapat dengan kita waktu tu. Kawan-kawan berkerumun nak tolong hantar pergi klinik. Alhamdulillah, kaki aku hanya terkoyak kulit dan tak patah. 




Sakit tu memang sakit. Menangis tu apatah lagi. Tapi dari sudut lain, aku bersyukur sangat sebab ada ramai orang yang membantu waktu aku ditimpa musibah. Kawan-kawan, kak ika dan tunang dia pun datang malam tu untuk tengok keadaan aku dan skuter. Balik apartment, Damia dan Auni terus masuk bilik kecoh-kecoh tanya keadaan aku. Diorang ni caring macam ibu dah. Lepastu, Sajidah dan Amal pun balik. Siap bawak balik makanan yang aku tak sempat makan tadi. Nasib baik plastik je koyak rabak sebab terseret sekali kat tar. Makanan still boleh diselamatkan. I laparrrr! 
Lepastu, bila dah berkumpul ramai-ramai dalam bilik aku, daripada duk caring tanya macam macam terus pakat membahan aku -.- siap bayang lagi macam mana aku pergi toilet dengan kaki luka bengkak tu. Lepas tu gelak gelak hamboiiiiiiii. Tak sah kalau tak bahan. Esoknya, kak piqah siap belikan makanan sebab dia tahu aku sorang2 je duk rumah. Allahu, kak piqah pun satu lagi. Betul-betul risaukan aku. Waktu makan je, dia akan call untuk belikan makanan. Bila nak bayar, dia cakap 'takpelah.. awak makan je'. Dalam tengahari macam tu, satu studio datang melawat. Yott siap cucikan luka aku. Allahu. Yang ni aku paling terharu. Ramai betul datang melawat. Aku pulak yang segan sebab diorang terpaksa tengok luka aku termasuk isi kaki. Alhamdulillah, aku ada kawan yang betul-betul caring. Housemate aku jaga aku macam bayi dah. 

Bila berjauhan daripada family, kawan lah yang paling rapat dengan kita. Diorang akan sentiasa ada dengan kita pada waktu susah dan senang. Amir? Tu pun terlebih risau jugak sampaikan nak datang melawat hmmm. Tapi takpelah belum halal tak boleh lah. Kak Ika pun sanggup datang tengok adik dia. Allahu. Di satu sudut, aku rasa trauma sebab tak pernah rasa kemalangan seumur hidup aku. Then, Allah bagi musibah pada malam jumaat. Azib Shafie lah yang motivate aku supaya fikir positif dengan musibah ni. Ayat yang Azib bagi betul-betul tenangkan hati aku daripada trauma accident tu. Terima kasih Azib Shafie :)

Di satu sudut yang lain, lepas kena musibah ni lah, aku tahu sangat ramai orang yang kisah pasal aku dan yang tenangkan aku daripada kemalangan tu. Alhamdulillah. Andai aku boleh putar balik masa, aku akan bawak skuter slow je waktu tu dan tak tutup visor helmet. Supaya nampak bonggol tu-.- 
Tapi setiap kejadian ni ada hikmahnya. Allah dah takdirkan aku untuk kemalangan pada 25/4/2019 lepas isyak, malam jumaat. Allah takkan bagi ujian melebihi kemampuan kita. Tu je aku ingat.

إنّاَ لِلهِ وإنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أجُرْنِي فِي مُصِيبَتي وأَخْلِفْ لِي خَيْراً مِنْها

Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sungguh hanya kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, kurniakanlah padaku pahala dalam musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya. Ameen.