Sunday 25 September 2016

Tips study.



Assalamualaikum, hai! Sekarang ni mesti ramai student asasi and tamhidi tengah sibuk berperang sebelum final exam kan kan? Nak kena cover banyak subjek sampai ada yang 'stay up' sampai dua, tiga pagi. 

stress? tertekan? tension?

Yes. sangat stress, sangat tertekan, sangat tension. Sampai ada yang menangis. Menangis sebelum exam takpe, jangan menangis lepas dapat keputusan exam yang teruk ye kawan-kawan sekalian. Masa tu menangis sampai keluar air mata darah pun dah takde guna.

lab chemistry.

Entri kali ni aku just nak share tips belajar sebelum final exam.

Sekarang ni aku ada lebih kurang 2 minggu kuliah plus kelas tutorial, lepas tu seminggu 'study week'. Jadi, plus minus tinggal TIGA MINGGU lagi sebelum final exam. Fuhhh~
Saja nak cakap aku pun antara insan yang sedang berperang tersebut.
*flip rambut*

lab chemistry

okay balik kepada tips study.

kalau boleh bagi sepenuh perhatian masa kuliah. Salin semua nota and buat semua latihan. Kalau tak faham macam mana? Duduk sebelah orang yang pandai. Yang paling penting, tanya. Walaupun orang duduk sebelah tu bukan member korang, kalau tanya soalan, insyaAllah dia jawab. Takdenya dia nak jerkah korang atau telan korang. Kalau dia pun tak tahu, relaks la jangan pancung kepala dia pulak. Balik bilik nanti, try study chapter tu balik.
At least tahu dekat siapa nak rujuk bila ada soalan.

study group membantu ke?
soalan ni aku tak dapat jawab sebab isu ni bergantung dekat diri sendiri. Ada yang okayy je study group, boleh saling membantu masa study. Banyak kebaikan. Ada keburukan tak? Adaaaa. Banyak menyembang, bergosip la main phone la ehem mengumpat pun banyak jugak. Aku jenis study alone dalam bilik. Tak dapat nak ulas panjang pasal study group. Sorry.

happening batch (smapl) 2011-2015. cherish the moments

Study sambil dengar lagu. Boleh study sambil dengar lagu, dengar radio, asalkan awak dapat tumpukan perhatian dekat ayat dalam buku. Bukannya duk sakan menyanyi tapi takde satu pun masuk, tak faham. Aku lebih suka dengar radio ikim masa belajar. Kenapa? Aku pun tak tahu kenapa. Lepas dengar lagu dekat joox, kadang-kadang aku rasa serabut.

Kalau study tengah malam, better dengar selawat ke lagu yang boleh buat hati awak rasa tenang. Sebab? Untuk mengurangkan rasa stress belajar. (try dengar lagu-lagu Halim Ahmad dekat youtube :)
Elakkan dengar lagu 'hardcore' Avenged Sevenfold. 


Dekatkan diri dengan Allah. Kalau boleh, baca Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari. Untuk kekuatan dalaman. Dah alang-alang terjaga tengah malam, sebelum study, digalakkan untuk solat tahajud. 2 rakaat je. Bercakap la dengan Allah, luah semua masalah awak dekat Dia. Walaupun Allah dah tahu, awak cerita je. Dia Maha Mendengar. Allah akan bantu awak. Sebab apa? Sebab semua ilmu yang awak akan study lepas solat nanti, semuanya ilmu Allah.


Handphone, handset, telefon tangan, telefon bimbit.
ye, mereka adik beradik.
Bagi masalah tak dekat korang masa study?
 *Angguk geleng angguk geleng*

kalau bagi masalah dekat korang yakni ketagih nak bukak twitter, instagram 24 jam, awak digalakkan cari ubat untuk masalah tersebut. Sebelum final ni, awak cuba 'sign out' media sosial tu. Cubaaaa. Rasanya takde lagi orang mati ke semput ke kalau tak stalk gambar orang lain dekat instagram dalam masa seminggu.
Kata nak study kan? Nak cover banyak subjek kan?
Untuk final exam ni, berkorban sikit ok.

bedah tikus (lab biology)
                                             
dissection of rat

Madam aku pernah cakap,

'Make those fun things as present for you right after you finish your exam, so be patient'.
Fun things (boyfriend, girlfriend, social medias, movie etc.)
They can wait.

Yang penting, jaga hubungan dengan Allah, keluarga, kawan-kawan. Semua orang nak berjaya, takde pun yang nak gagal. Kalau ada orang datang dekat awak, tanya soalan, jangan kedekut ilmu. Kalau kita tolong orang lain, InsyaAllah Allah akan tolong kita dalam dewan exam nanti.
''Sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.''




study hard macam mana pun, jangan tinggal solat, jangan lupa baca al-Quran. Jangan lupa sebut 'alhamdulillah' lepas habis study.
Lagi satu, amalkan minum air masak(mineral).

Semasa menuntut ilmu, please jangan campur dengan benda 'lagha' (melalaikan). Contohnya, dengar lagu jiwang tahap leleh sampai 'zuppp' meresap ke hati lepas tu berangan~ atau chat dengan ajnabi sampai lupa siang malam. Sebab apa? sebab martabat orang menuntut ilmu sangat tinggi di sisi Allah.




Saya bagi perumpamaan, satu gelas susu boleh diminum, tapi apabila satu titik nila dimasukkan ke dalam gelas tersebut, boleh tak kita minum susu tu lagi? Jawapannya tak. Susu yang asalnya tadi bagi manfaat kepada kita, terus bertukar menjadi racun. So, jangan campur benda baik dengan benda buruk tau especially masa menuntut ilmu. Araso?





'Ada je yang buat maksiat tapi berjaya.'
selalu dengar kan statement macam ni?
Ye, memang ada yang berjaya, tapi boleh jadi kejayaan tu Allah bagi sebagai 'istidraj' (untuk tambah kesesatan).
Nauzubillah.

Okay, ni je tips yang aku dapat kongsi. Manfaatkan study week nanti. Amalkan konsep DUIT (doa usaha ikhtiar tawakal). Wallahu a'lam.

tts 9