Saturday 11 February 2017

11/2



Assalamualaikum wbt.

Ketika umur 19 tahun,

Ada yang masih belajar, muka berkerut seribu jawab exam,
ada yang taknak sambung belajar, cukuplah setakat spm,
ada yang dah kerja, mungkin sekarang tengah dimarahi majikan, 
ada yang telah kematian ibu/bapa atau kedua-duanya mungkin sekarang sedang menangis mengenang kenangan lalu,
ada yang dah meninggal dunia, mungkin sekarang ibu bapanya sedang menangis di batu nisan,
ada yang dah berkahwin, mungkin sekarang menjerit bila minyak terpercik dekat muka ketika menggoreng ikan,
ada yang sedang mengandung, ke hulu ke hilir dengan perut yang semakin membuncit,
ada yang dah ada anak mungkin sekarang tengah menyusukan baby yang comel๐Ÿ˜.


Siapapun kita ketika berumur 19 tahun, 
sedar tak sedar kita sebenarnya dah semakin dewasa.
Semakin matang, semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, semakin banyak hati yang perlu dijaga...

semakin kita dewasa, kita akan gemar..

Perempuan lebih gemar akan kecantikan,
conteng muka dengan pelbagai alat kosmetik,
↬they make up to impress..

Lelaki pulak lebih gemar menggayakan fesyen terkini,
rambut aset paling penting, baju seluar, kasut.
Badan mesti fit, tak kurus tak gemuk.
they're being attractive to tackle girls..

Kan?

ok done bermadah pujangga.๐Ÿ’˜

Entri ni aku nak cerita tentang tarikh,
>11 februari 2017<


geng arab๐ŸŽฌ

Semalam, my bestfriend Fatimah Az-Zahra datang rumah dengan niat suci murni suruh aku ajarkan maths.
Disebabkan aku belum cover lagi chapter 4, 
aku beri seribu satu alasan.
Tapi, dia terus datang rumah, masuk bilik aku siap bawak buku maths. Ish, degil betul makcik ni.
Dalam 15 minit study math, dia suruh temankan pergi kedai runcit dekat cafe. Macam-macam๐Ÿ˜ค.
Satu hal pulak aku kena dress up.
Keluar bilik, housemates aku dah berkumpul dengan timah dan tiba-tiba...

'Happy birthday to you๐ŸŽผ
happy birthday to you,๐ŸŽˆ
happy birthday to khadijah,๐ŸŽต
happy birthday to youuuu...๐ŸŽ‰

๐ŸŽถAllah selamatkan kamu,
๐ŸŽˆAllah selamatkan kamu,
๐ŸŽ‰Allah selamatkan khadijah,
๐ŸŽผAllah selamatkan kamuuu...

Sumpah terkejut.
Terharu okayyyy.

Tak sangka timah komplot dengan housemates.
aku dahlah jujur orangnya, percaya je dia ajak pergi kedai.
haha langsung tak expect diorang buat surprise birthday party. Terharu la jugak sebab diorang ingat my birth date.




No word can be used to deliver my appreciation to you girls.
Honestly, i love you.
I don't even know ukhuwah among friends is the sweetest.
but last night, i realized it.
thank you for the cake, mcflurry, cute socks, the presents.
thank you so much for everything.

yup 11/2/17 is my birthday anniversary.





Tapi, aku hanya boleh happy sekejap je.
Hakikatnya, semakin bertambah usia, sebenarnya semakin dekat kita dengan kematian. Tanpa sedar, dunia kata pergi, kubur kata mari.. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk menjadi miss 19 year old.
Tanpa 'wish' tanpa 'surprise party' tanpa hadiah,
aku langsung tak kisah..
tapi, doa daripada seorang sahabat agar aku makin tabah, makin kuat di dunia ni yang paling aku harapkan.

Doakan saya okay.
saya tak sempurna.
Bila baca terjemahan surah Ar-Rahman,
Allah banyak kali tanya,

'Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?'

Banyak, banyak sangat, tak terkira..
Infiniti..
Dari 11/2/1998 sehingga 11/2/2017,
terlalu banyak dosa yang dilakukan,
secara sengaja dan tak sengaja,
Tapi, Allah still bagi nikmat kepada hambaNya.
Allahu..






sekian๐Ÿ’.

Story revealed.



Assalamualaikum wbt.
Entri kali ni i just nak cerita pengalaman yang semestinya takkan dilupakan masa pergi Terengganu baru-baru ni.
Secara jujur, aku tak pernah cerita dekat sesiapa pun pasal ni. Pengalaman manis ke pahit?
Ermmm...

Lepas midsem exam, kitorang dapat cuti seminggu. Hari kedua duk rumah, abah decide nak pergi Terengganu. Tujuan? Nak iring abangpih balik ke tempat kerja dia dekat pelantar minyak area hulu Terengganu lepastu nak ziarah mak saudara and jalan-jalan cari makan of course.
eh silap, jalang jalang cari makanggggg.
#g

Perjalanan dari kelate ke ganu adalah dalam 2 ke 3 jam kalau drive dalam kelajuan biasa.
Sampai Pantai Penarik,Setiu abah suruh aku pulak drive.
Haha tak sangka abah percayakan orang yang baru dapat lesen akhir tahun lepas untuk drive dekat jalan ganu yang sesak dengan 'pelancong'.
By the way, kitorang dah lama tak pergi ganu sejak berpindah rumah dari Terengganu ke kelantan.
Jadi, ada la secebis rasa excited tu.

First location of course la tempat makan. Lapoooor.
Nasi Ayam dekat pantai batu buruk was quite yummy.
Haruslah sedap, ramai gila orang dekat kedai tu.
Lepastu, abangpih dah mintak izin bergerak ke hulu ganu dengan kereta dia. okbye mekpih.

Lepastu, umi nak pergi pasar payang. Biasala mak mak, mesti nak cari kain,kuih dan buah-buahan. Tapi disebabkan jalan sangat sesak, sampai nak cari tempat letak kereta pun susah kitorang terus batalkan niat untuk singgah sana. Erm, tambah lagi masa tu musim cuti sekolah, memang ramai manusia.

Dekat traffic light, dalam perjalanan ke rumah mak saudara, tiba-tiba simbol bateri muncul dekat meter kereta. Alah, benda belakang stereng tu orang panggil meter kan?
Masa tu, aku tekan pedal minyak pun ambil masa nak bergerak. Abah tolong gerak-gerakkan gear dari 'P' ke 'N' ke 'D'. Kereta mati kejap tapi nasib baik boleh start balik. Kereta belakang dah siap hon kitorang-.-
Amboi tak penyabar betul orang tranung ni.
Abah cakap maybe ada something wrong dengan bateri kereta. Risau dengan kereta, abah terus decide untuk drive.

Abah drive sampai 'giant' yang baru buka, tak silap dekat kawasan stadium. 'Kita berhenti kejap, biar kereta rest, mungkin bateri meragam sebab berjalan jauh', abah cakap.
Okay, we just crossed our fingers, hoping nothing wrong would happen to the car.




Abah punya excited nak jumpa adik dia (maksaudara) sampai siap belikan dua kotak besar limau. Lagi pun, masa tu cuti tahun baru cina so why not kita eratkan silaturahim dengan keluarga yang duk ganu kan?

Lepas siap beli apa yang patut dekat giant, abah terus ke kereta. Niat nak cari pomen tapi kereta tak boleh start.
Abah bukak bonet depan. Yes, abah tahu bateri kereta ada masalah.
Sebelum datang ganu, abah lupa nak 'charge' bateri.
Nasib baik ada 'jumper' dalam kereta. Jumper tu boleh digunakan untuk hidupkan kereta tapi kena tumpang bateri kereta lain la. Tapi, dalam 10 minit, langsung takde orang yang datang tolong. Aishhh. Yang pandang pandang tu ada la tapi yang tolong?
sampai abah call abangpih. Alhamdulillah, pemandu kereta sebelah tolong kitorang. Lepas kereta boleh hidup balik, abah terus decide cari pomen terdekat. Tapi, hari tu ialah hari kedua cuti tahun baru cina, so tak banyak kedai yang buka.

Abah berhenti kejap dekat kedai 'Jeruk Madu Pak Ali' sebab nak tanya orang dekat mana pomen terdekat. Malangnya, kereta tak boleh start lepas matikan enjin.
Macam tadi, abah tebalkan muka, minta bantuan daripada orang yang ada dekat situ. Masa tengah kalut, abah tercicir kunci kereta pulak. Allahu, lepas satu satu..
Dalam 15 minit geledah satu kereta cari kunci, alhamdulillah jumpa dekat dalam bonet depan kereta. Erm, mungkin abah kalut sangat sampai tercicir kunci. Serius, aku rasa kesian.




Kereta dapat start, lepas tu abah terus pecut ke workshop tak silap dekat batu enam. Tapi, pecut macam mana pun takkan dapat lari dari traffic light. Allahu, aku perasan traffic light dekat ganu ni terlampau banyak dan lamaaaaa.
Like crazy-.-

Disebabkan ada something wrong dengan bateri kereta, so tak boleh matikan enjin dan kereta tak boleh berhenti terlalu lama.
Traffic light punya pasal, kereta terus mati. 
Ye, dekat traffic light, masa kereta tengah berderet dekat belakang. Abah terus keluar kereta, buka bonet depan, ambil jumper, minta tolong orang belakang. Allahu, abah betul-betul tebalkan muka, tahan malu. Ada yang datang tolong?
Alhamdulillah, ada.
Ada satu lori and satu hilux datang tolong kitorang.
Kali pertama, hidupkan kereta dengan hilux.
Lepastu, disebabkan lampu merah terlalu lama, kereta mati balik. Abah keluar kereta, minta bantuan macam tadi. Orang yang sama datang tolong, satu lori satu hilux. Kereta hidup, tunggu lampu merah, kereta mati balik buat kali ketigaaaaa.
Macam tadi, abah minta tolong orang belakang.
Orang yang sama dari satu lori dan hilux datang tolong.
Kali ni diorang tolong tolak kereta lepas lampu hijau.
Aku yang ada dalam kereta terus teruja,
kuat betul pakcik ni tolak sampai kereta bergerak.
Ye, semua orang pandang kitorang.
Kereta yang bergerak tapi ditolak oleh pakcik-pakcik.
Sampai tepi jalan, abah,umi,imoh dan aku terus keluar daripada kereta.

Pakcik-pakcik yang ada dalam lori dan hilux tadi baik hati nak tolong panggilkan pomen. Abah ikut sekali sebab nak beli bateri baru. Allahu, tak sangka benda macam tu berlaku di Terengganu. Lepas 30 minit, lori dan hilux tadi datang balik bersama pomen. Diorang tolong baiki apa yang patut.
Lepas siap, aku nampak abah macam nak bagi duit kepada pakcik-pakcik yang bawak lori dan hilux tu, tapi diorang taknak ambil. Diorang tolong kitorang dengan ikhlas.
Baik betul hati pakcik-pakcik tu.




Lepastu, abah terus cari workshop dekat batu enam tapi kebanyakannya dah tutup. Yela, masa tu dah pukul 6 lebih.
Apsal cari workshop?
Sebab nak tukar bateri baru. Tadi tak tukar lagi.
Pomen tu just baiki apa yang patut tapi kereta tu still kena hantar workshop. Disebabkan workshop dah tutup, kitorang terpaksa tunggu sampai esok. Ada dua pilihan, tidur di rumah mak saudara di Batu Enam or menginap dekat hotel.
Umi terus pilih hotel sebab rumah mak saudara still jauh.
Abah terus ke hotel N&L dekat bandar Kuala Terengganu.
Kenapa pergi bandar pulak??
Sebab depan hotel tu ada workshop so senang la.
Kitorang terus batalkan 'plan' nak pergi rumah mak saudara.

Sampai hotel, lepas wash up, solat, abah terus tidur. Yela, penat. Hari tu 5 kali kereta mati. Kali pertama dekat giant, lepas tu dekat depan kedai Jeruk Madu Pak Ali, lepas tu 3 kali dekat traffic light. Musibah. Unexpected.
Abangpih yang dah sampai hulu ganu tak henti-henti call tanya keadaan kitorang. Abangyi di JB pun sama.
Semua risau.


our room.

Malam tu abah cakap,
'Dalam ramai-ramai manusia, mesti ada yang baik, macam dekat traffic light tadi, dalam seribu manusia, mesti ada yang baik hati datang tolong. Dan tak semestinya orang yang berkopiah berserban tu je baik, kadang-kadang orang yang tak pakai serban kopiah lagi baik. Macam dekat depan kedai Jeruk Madu Pak Ali tadi, abah tengok ada yang siap berkopiah, tapi masa minta tolong, terus buat muka padahal kereta dia sebelah dengan kereta kitorang. Taknak tolong pun. Yang datang tolong, pakcik lain yang merokok.

 Dekat traffic light, pakcik yang naik lori dan hilux tu sebenarnya baru balik dari kerja.
Aku still ingat pakaian salah seorang pakcik yang tolong hidupkan kereta, dia pakai seluar askar, skarf dengan spek mata hitam. Siap minta maaf dekat kitorang kot kot badan dia berbau sebab baru balik dari kerja. Yup, budi bahasa dia tiptop. Kalau nak judge orang, jangan tengok pakaian dia, tapi tengok attitude dia, pakaian tak mencerminkan diri dia yang sebenar, pesan abah. Sejak tu, aku dah jatuh hati dengan orang tranung. Jatuh hati dekat orang yang pakai seluar askar, pakai skarf, pakai shades. Atau dalam erti kata sebenar jatuh hati dekat pakcik tu hahaha.
ok, gurau gurau.




Keesokannya, lepas sarapan, abah terus ke workshop.
Pomen depan hotel still tak buka kedai sebab hari tu ialah hari ketiga cuti tahun baru cina. Lepas hantar umi,imoh,and aku balik hotel, abah terus pecut kereta cari pomen.
Plan check out hotel dalam pukul 1.

Dalam pukul 11 lebih, abah dah sampai hotel. Alhamdulillah, kereta dah okay. Bila tanya, 'sebenarnya, apa masalah kereta?'
'Ada something wrong dekat fuse or wire bateri, tu yang asyik mati', kata abah.

Dalam pukul 12 lebih, kitorang check out hotel. Disebabkan dalam 5 minit dari hotel tadi akan jumpa Pasar Payang, abah terus decide pergi sana. Pasar Payang ni legend betul, dari dulu sampai sekarang still ada. Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Jual macam-macam terutamanya DURIAN. Abah tahu aku ni hantu durian haha terus dia beli durian crepe. It's marvellous.

Macam biasa, manusia sangatlah ramai sampai terpaksa berhimpit masa berjalan dalam pasar payang ergh.
Disebabkan sesak sangat, kitorang just beli durian crepe dengan jus delima 'freshly made' katanya.
Umi macam biasa la beli rempah ratus๐Ÿ˜

Abah dah start pening kepala. So,it's my turn to drive the car.
Lepas tu, pergi mydin dekat stadium. Mydin baru, not bad la.
Cuci mata done, shopping done.
Next destination, kedai keropok lekor Bukit Tok Beng.
Kalau nak beli keropok lekor yang the best, dekat sini la. Ramai betul orang sampai kena ambil nombor giliran๐Ÿ˜”๐Ÿ˜ค

Then, balik kelantan. Non stop drive dari ganu ke kelantan. Dalam 3 jam dah sampai kelantan. Tu jela pengalaman kami ke Terengganu. Asalnya nak pergi makan angin tapi bertukar musibah yang tak diduga. Bateri kereta ada masalah.
Yes, kami tak sangka benda ni berlaku.
Dalam perancangan nak pergi sehari je.
yup, kita hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah swt. Ada hikmah semua ni berlaku.
Fikir positif.