Sunday 22 May 2016

Anak Perantau :)




Assalamualaikum, hai :) Cepat sangat masa berlalu sekarang rasa macam baru habis spm, sabtu ni dah nak bertolak ke Negeri Sembilan aisyy. Cepat sangat membesar, sampai tak sedar minggu depan aku dah nak masuk universiti. Ya Allah. Sekarang ni pun tengah sibuk print, isi dokumen dokumen penting, nak matikan setem la, beli itu ini sebagai persiapan awal sebelum pergi.

Aku take five kejap, update blog ni. 

Okay, kali ni aku nak cerita sedikit sebanyak permulaan hidup sebagai perantau. FYI, aku dah hidup sebagai perantau ni sejak umur 13 tahun so dah tahu asam garam hidup jauh dengan famili ni. 




Ni aku nak share nasihat berguna terutamanya untuk budak budak sebaya dengan aku yang bakal bergelar perantau lepas masuk universiti nanti. 

Fenomena biasa, hari pertama yakni hari pendaftaran, of course la parents sanggup hantar kita pergi universiti sampai satu famili escort dengan kereta. Lepas tu, beli apa yang patut last sekali pergi asrama. Bagi yang dah biasa stay asrama yang jauh daripada parents takdelah nak menangis sampai tudung baju lencun, bagi yang kali pertama berpisah daripada famili, ha engkorang boleh la siap siap kejar kereta parents bila diorang dah gerak balik. 

Kay, tapi tu bukan point sebenar aku. Saja nak ingatkan pasal homesick. 






Lepas ni, awak semua dah kena belajar naik bas. Tujuan? Tak susahkan parents bawak kereta jauh jauh apatah lagi kalau mak ayah awak dah tua. Naik flight boleh, tapi kena 'book ticket' awal, penerbangan domestik AirAsia harga pun murah kalau tempah tiket awal. Tapi, nak dapatkan 'feel' anak perantauan tu, lebih baik naik bas. Aish, macam travel agent pulak aku ni.



Nasihat sebagai anak perantauan.
 Part pergi balik NAIK bas.



Cerita pasal bas ni aku laju sikit sebab lima tahun ulang alik Terengganu Negeri Sembilan, Kelantan Negeri Sembilan. Okei, kalau cuti umum macam Hari Raya Aidilfitri, aku sarankan beli tiket bas awal awal. Biasanya sebulan sebelum tarikh korang nak balik, tiket bas dah keluar. Let's say, korang nak balik bulan 7, bulan 6 tiket dah ada. Tapi sekarang ni zaman dah maju, sampai dah ada aplikasi untuk book tiket secara online. Nama 'apps' tu ialah e-ticketing. For random bus.

 But, aku ni manusia yang cepat fed up dengan sistem online. Sebab leceh tambah lagi dengan line internet slow.

Kalau anda manusia yang jenis tak penyabar macam aku ni, aku prefer pergi terus ke sistem online bas tersebut untuk tengok berapa seat kosong yang tinggal. Contohnya, bas ekspres perdana. Pilih seat sendiri macam nak tengok wayang ler. Dah nama sistem online so payment pun secara online. Kalau takde bank ke takde kad kredit ke, you buat macam ni. Lepas cek ada seat kosong dalam bas tersebut, you drive kereta laju laju ke stesen bas, beli tiket secara cash terus. Done!

But, kena hati hati sikit time raya. Sebab? Banyak 'ulat tiket' plus harga pun mahal nak mati. Bila tiket bas ekspres yang biasa dah 'sold out', maka bersiap sedialah nak menghadap janji manis penjual tiket bas tambahan. Janji naik bas pukul 9 malam, tuptap bas sampai pukul 12 tengah malam. Fenomena luar biasa ni terjadi waktu musim raya je ye.  

Untuk budak universiti tak payah risau kot, sebab pihak universiti ada provide bas balik kampung ikut negeri masing masing menjelang raya Aidilfitri. Kena ambik tahu dekat siapa nak beli tiket tu je. 

Kata abang and kakak i.




Kalau beli tiket bas cuti biasa, pilih la single seat, kalau boleh terutamanya untuk gegirl. Nak ke duduk sebelah laki? Alah tak payah nak acah sweet sangat, ni bukan movie. Berdasarkan pengalaman aku, harapan untuk tidur secara statik, tak terlentok atas bahu laki yang duk seat sebelah memang sekadar harapan. Lagi parah, kalau kepala terhantuk dekat cermin bas hm memang aksi yang memalukan bila orang sebelah nampak. So, nak selamat, pilih single seat.

Lagi satu, kalau bas pukul 8 malam, awak kena ada dekat stesen bas at least sepuluh minit awal. Bas tak tunggu penumpang, ingat tu. Ni tak dah la datang lambat, suruh bas tunggu pulak eyy tinggi mandat kau?




Aku bagi tips senang. Sebelum naik bas, awak settle kan terus semua hajat dalaman, nak buang air besar ke nak buang air kecik ke ha yang paling pentinggggg terus solat jama' dan qasar. Doa naik kenderaan jangan lupa baca.

Naik bas terus tidur. Tak payah minum air kalau boleh. Sebab apa? sebab dalam bas tu sejuk ye makcik makcik sekalian, jadi kemungkinan untuk kita terkucil tu tinggi ler. Ye, betul bas berhenti dekat RnR, tapi nisbah satu tandas bersamaan seribu orang guna. Pssssst kotor gila, kau tak geli ke? Kalau turun bas nak pergi tandas, before blah tu sila tengok nombor plat bas. Kang salah naik bas baru menggelabah.


Lepas tu, aku nasihat ni, kalau nak dengar lagu tak kisah la genre apa pun, better bawak mp3. Bukan apa, kalau layan lagu pakai smartphone, bateri cepat habis. Bila bateri habis, dah sampai, tak boleh call parents engkorang jugak susah cari public phone. Mp3 benda penting bagi aku. Jangan letak harapan tinggi sangat nak dapat entertainment dengar lagu via radio bas.




Powerbank pun benda penting. Smartphone tak kisah la android ke iphone ke, sampai tang bateri, sama je. Bateri cepat habis. Bukan zaman phone nokia tekan tekan ala ala remote tv dulu, bateri habis pun still boleh survive.

 Dah ada powerbank, you guys buat la semua aktiviti, main candy crush ke layan COC ke dengar lagu sampai tertidur ke mesej pakwe ke. Satu je pesanan, sila 'silent' kan phone anda. Tak payah la nak bagitahu satu bas awak tengah bermanja dengan si abang tersayang. Jadi, kalau nak hidup bahagia bila travel jauh, power bank jangan di anak tirikan.

Sepanjang lima tahun aku pergi balik naik bas, aku prefer bas ekspres perdana. Walaupun harga mahal sikit, tapi comfortable, first class service, wifi free, ada single and double seat yang paling penting bas sampai on time.

 Kalau bas dua tingkat ni, aku prefer tingkat bawah, tak serabut dengan manusia. Kalau you guys jenis adventurous, pilih tingkat atas, depan sekali menghadap cermin depan. Rasa dia perghhh macam naik roller coaster. Pernah pergi singapore dekat Universal Studio? Feeling naik bas tingkat atas depan sekali tu lebih kurang macam feeling naik roller coaster yang laju gila nak mati dekat area Transformers tu, tak pun roller coaster dekat area Egypt. Yang bezanya, naik roller coaster kau menjerit, tapi time naik bas kau mabuk.

Hm, bas lain okay je. Disebabkan aku ada banyak pengalaman pahit naik bas, aku terus stick dengan bas perdana. 

Haiyya nampak macam tauke bas tak?
*angkat kening*

Mungkin sekarang korang tak berapa faham apa yang aku tulis ni, bila awak pergi balik naik bas, insyaAllah faham.

Kepada bakal perantau sekalian, ingat lah akan ada satu masa kepulangan awak semua disambut dengan sepanduk besar tepi jalan, iaitu menjelang hari raya, perasaan dia memang excited habis. 'Selamat Pulang Perantau, kepulanganmu dinanti', kata MB negeri masing-masing. Jadi, pandai pandai la survive tanpa mak ayah dekat tempat orang. Salah pilih kawan, jadi belacan la engko.

'Berkawan dengan penjual minyak wangi, bau minyak wangi akan terlekat di baju kita, berkawan dengan pembuat pedang, bau busuk asap akan terlekat di baju kita'.

Think about this quote.





Tuesday 17 May 2016

Binatang.







Assalamualaikum, hai peeps! Semalam keputusan upu keluar, so bukan main kecoh jugak la masing masing. Nak tunggu result keluar siap tercirit la sakit perut la takde selera nak makan la aih macam macam penyakit keluar. 

Alhamdulillah, aku dapat offer tamhidi dekat usim. Tamhidi sains dan teknologi. Satu universiti dengan kak ika aisyyy. Mula-mula fikir taknak satu universiti dengan dia, tapi bila dapat course yang aku minat, pergi jela usim. So, hai ika hahaha oh lupa hai Nogori Sombilan! Patah balik nogori la den. Membiak dekat sana jela angkut 7 keturunan ke usim.

Lepas result keluar, of course la mak jemah mak jemah yang paling bising dekat whatsapp. Sibuk duk cari geng satu universiti. Kalau takde geng mati agaknya. Yang paling dekat dapat unisza yang paling jauh dapat unimas peh sabah. Jauh bonar. Nasib baik ramai geng smap dapat usim. Boleh la buat keluarga bahagia dekat sana nanti.

Okayy, kena daftar usim by the end of May. To be specific, May,30. Jadi, kena hargai saki baki masa yang tinggal ni dengan sebaik-baiknya. 




Sebenarnya, hari ni aku nak cerita pasal binatang yang duk berkeliaran dekat rumah. FYI, lepas abah pencen, dia ambik keputusan nak buat rumah sendiri dekat kelantan, dekat kawasan ala ala kampung sikit. Maybe dia nak rasa udara fresh kampung. Entah la, aku pun tak faham sangat manusia bila dah berusia ni. Sebelum ni, kitorang stay dekat taman perumahan. Walaupun rumah banglo siap berpagar semua, tapi still tak dapat lari daripada gangguan binatang 'buas'.

Luahan hati budak taman imigrasi ke kampung.








Haiwan pertama, lembu. Pernah sekali kitorang terlupa nak tutup pagar, tuptap nampak seketul lembu dekat kawasan rumah, tengah botakkan pokok pisang. Umi bising la suruh aku halau keluar si lembu tu. Alah umi, akak tahu la umi menjerit tu sebab excited tengok lembu depan rumah kan kan kan? Lepas tu, aku halau lembu dengan penyapu. Kau fikir dia lari ke? Langsung tak eventho penat pukul bontot dia dengan penyapu. Sejak tu aku sedar lembu yang duk kampung ni degil tahap nauzubillah. Malang betul sampai kena take time dalam setengah jam baru si degil tu keluar rumah. Nasib aku bertambah malang sebab ada orang rakam aksi aku pukul bontot lembu dari dalam rumah. Kak ikaaaaaa record. Pffft. Lepas tu bantai gelakkan aku ramai ramai. Sakai betul perangai.

Lagi satu, kalau lepak waktu petang dekat luar rumah ke nak workout atas treadmill ke nak otp (on the phone) luar rumah ke, memang takkan aman. Sebab? Lembu lembu ni buat konsert. Tuan punya lembu ni keling, selalu lepas merata lembu dia menjelang petang. Hm aku pun tak tahu nak buat macam mana nak pastikan suasana kekal aman tanpa pencemaran bunyi.





Kedua, kucing. Sejak masuk asrama, kitorang dah tak bela kucing. Sebab? Takde siapa nak bagi nafkah dekat si kucing. Time cuti panjang ni, aku perasan ada sekor kucing datang rumah. Tak comel pun. Dah la kurus hitam pulak tu. Tapi disebabkan aku ni rasa kesunyian, layan jela kucing kurus tu siang malam usap dia bagi makan semua. Dengan harapan kucing kurus tu boleh gemuk sikit jadi kucing parsi. But, harapan tinggal harapan.

 Kalau aku ada masalah ke nak luahkan perasaan ke aku bagitahu kucing tu walaupun dia tak faham. Aku tanya 'faham ke tak?'. Dia cakap meowww pun aku dah rasa dihargai sangat. Mekaseh itangggg. Semua okay sampai la satu hari kucing tu buat perangai syaiton dia. Berak depan rumah dekat tempat abah umi selalu lepak minum petang, baca surat khabar. Makin lama makin menjadi jadi pulak perangai kucing hitam ni. Lepas keluar arahan daripada abah suruh tangkap and buang kucing tu jauh sikit dari rumah, baru aku sedar dah tiba masanya kucing kurus tu tinggalkan rumah buat selama-lamanyaaaa. Jahat sangat ke buang kucing yang takde akal ni???





Ketiga, arnab. Comel je binatang telinga panjang ni tapi bila dia makan pokok herba yang umi abah tanam belakang rumah, tiba-tiba terus hilang kecomelan dia. Abah la orang paling bising kalau arnab jiran sebelah rumah masuk waktu petang. Umi suruh aku halau abah pulak suruh aku tangkap. Tujuan? Abah nak patahkan gigi depan arnab, biar tuan arnab terkejut tengok arnab dia rongak. Lagi satu, tujuan abah suruh tangkap sebab nak buat pertandingan antara arnab dengan kura-kura. Nak tengok kebenaran cerita dongeng 'arnab dan kura-kura'. Abah still tak percaya arnab boleh kalah sebab dia tengok arnab ni laju je bedal pokok herba orang. Umi pulak asyik duk sebut 'buat sate arnab pun sedap ni'. Ulang ayat sama seribu kali sambil buat muka teruja. Hahaha terhibur betul aku dengan umi abah ni. Frust dekat arnab punya pasal.






Keempat, ayam. Binatang ni pun milik jiran belakang rumah. Aku langsung tak kisah pasal ayam ni. Sampai la satu hari, aku tiba-tiba rasa nak sembelih ayam ni. Sebab? Dia berkokok salah waktu. Time matahari tegak atas kepala, waktu petang aisyyy. Buta agaknya. Sampai serak suara duk berkokok. Rasa nak bagi pinjam spek dekat ayam ni pun ada jugak, biar dia nampak dengan jelas kedudukan matahari. Bising, ganggu ketenteraman tahu!





Ini lah luahan orang yang baru setahun stay kampung. Culture shock jugak la. Nampak macam meriah banyak binatang ramai budak-budak waktu petang. Macam suasana kampung Upin Ipin. Tapi tak seindah tak semeriah yang disangka ye. Line pun slow. So, aku nasihat ni, kalau awak awak semua jenis tak tahan bising, jangan duk kampung. Ehem, area rumah aku ni lebih kurang taman je tapi more to kampung sebab ada makhluk yang banyak bulu ni. Setakat ni je, sekadar luahan perasaan.








Saturday 14 May 2016

Salahkan dia.



Assalamualaikum. Rasa macam dah lama sangat jari jemari runcing i ni tak workout dekat atas keyboard lappy. Alhamdulillah, setakat ni i sihat jurr. Beberapa hari ni, aku duk baca satu buku yang aku kira helpful jugak la untuk motivate manusia yang tenggelam timbul then hanyut sekejap macam aku ni. 'Life is an Open Secret by Zabrina A. Bakar'. 

Okay, dah alang alang baca, meh aku share satu part. Sharing is caring right? *wink wink*

********

There was once a man who felt that his wife was having a bit of hearing problem. Trying to spare her feelings, he secretly decided to meet their family doctor for advice. The doctor suggested that the husband used the easiest and oldest technique to test his wife's problem. That technique would be able to tell the doctor of how bad is the wife's hearing loss.


'You have to stand about 40 feet away from her and have a normal chit chat with her using your normal voice and tone. If she could not hear you, come closer to 30 feet. If she still couldn't hear you, do it at 20 feet and continue until she could hear you'.

'Sounds easy,' said the man delightfully. So, later that day, when his wife was preparing dinner, he estimated his distance from his wife.

40 feet. Yup, this is about that, he whispered to himself. 'What are we having for dinner, honey?' he asked, using the normal voice tone. She didn't answer.

So, he came closer. 30 feet, he estimated carefully. Again, he asked,'what are we having for dinner today?' still no response.

Wow, this is bad, he said to his himself while moving into 20 feet from the wife. Again there was no response.

He continued and become so close to her that he was just standing beside her when he asked,'honey, what's for dinner?'

His wife turned to him and said,

'For goodness sake, for the seventh time, my dear. I said it is CHICKEN!'

**********



I laughed when i first read this joke. Suami dia fikir yang ada masalah pendengaran tu si isteri tanpa dia sedar yang pekak sebenar-benarnya adalah dia sendiri.

Nampak tak mesej yang nak disampaikan?

Tuding satu jari dekat orang lain tanpa sedar lagi empat jari menuding (point) dekat diri sendiri.

Contohnya..

Kaki tersepak dinding lepastu carut dekat dinding, tersepak kereta mainan adik marahkan adik, cari kunci kereta tak jumpa mengamuk habis semua benda dicampak, exam tak score salahkan jadual exam, sepak bola tersasar time penalti salahkan player terus maki kaki kelaut, hm banyak lagi la.

'The search for someone to blame is always succesful'

'And whatever of misfortune befalls you, it is because of what your hands have earned. And He pardons much'
(Al-Shura 42:30)



Pehe ke idok? Misfortune means dissapoinment, disaster, trouble, hardship, tragedy, failure, distress and adversity.

Kiranya, kalau tiba-tiba kita dapat musibah ke gempa bumi ke tsunami ke fail exam ke kecewa ke sedih ke, kita tak boleh salahkan keadaan. Yes, keadaan tak salah sebab apa? Dalam ayat tadi Allah cakap segala benda yang berlaku dekat atas muka bumi ni disebabkan tangan kita sendiri. Tengok tangan awak sekarang. Hanya awak je yang tahu apa yang awak dah buat dengan dua tangan sepuluh jari tu.

Bebel panjang panjang pun takde guna kalau engkorang tak dapat mesej yang aku nak sampaikan. 

Katakan negeri A ni kena tsunami, patut ke kita salahkan gunung berapi dalam laut? Tak, manusia yang buat banyak dosa yang patut dipersalahkan sampai Allah turunkan bala. Macam kaum Nabi Luth dulu yang sangap, nafsu tinggi menggunung, taksub dengan kaum sejenis sampai Allah turun bala terbalikkan bumi. 

Kalau awak tak pass exam, patut ke salahkan jadual exam? Tak, sila salahkan diri sendiri sebab tak study awal, tak faham tak tanya, assignment buat last minute sampai tak tidur malam ha lagi satu study last minute sampai otak pun lebam nak sumbat semua benda dalam masa 2,3 hari before exam. 

Tersepak dinding tersepak mainan adik patut ke maki dinding and mainan? Tak, sila salahkan diri sendiri sebab mata simpan dalam poket bukan tengok apabenda dekat lantai.

Badan yang asalnya kurus tiba tiba gemuk gedempol patut ke salahkan makanan? Tak, sila salahkan diri sendiri sebab tak jaga pemakanan main bedal je semua kalau boleh pinggan mangkuk pun nak telan sekali.

Hakikatnya..

Aku pun selalu je salahkan orang lain bila something yang aku buat tu tak jadi ke kena denda ke kena marah ke. Tapi,  lepas baca buku Life is an Open Secret ni, aku try reflect myself. Reflect and fix. I am bitchy young girl. Ha lagi satu pasal hukum karma, alah statement 'what you give you will get back' tu, korang percaya ke? Hukum karma dalam islam dipanggil kifarah. Personally, aku percaya sebab aku selalu dapat pay back untuk certain kebaikan or kejahatan yang aku buat sepanjang 18 tahun hidup ni. Jadi, aku buat conclusion, kalau taknak orang lain buat something bad dekat kita, kita jangan buat something bad dekat orang lain dan sebaliknya. Vice versa.

Setiap kali awak salahkan orang lain, marahkan orang lain, maki hamun orang lain, awak buat isyarat tunjuk tu. At least, sedar 'satu' jari point dekat orang lain lagi 'empat' jari point dekat diri sendiri. Just to remind you their mistake and your mistake(s).

Setakat ni je. Aku harap awak awak semua faham ler. Aku recommend korang baca buku tu sebab gaya penulisan Zabrina sebagai author betul betul zappp sampai dekat hati. Dia banyak kait kan semua benda yang berlaku berdasarkan al-Quran and hadis. Plus, you guys can improve your English as well. Make English as your second or third language. Okayyy. 







Sunday 8 May 2016

Hari Ibu.






Assalamualaikum.

Setiap hari Ahad kedua bulan Mei, it's Mother's Day!
Aku pun tak tahu siapa yang declare dan memperkenalkan Hari Ibu ni, bagi yang bergelar ibu tu, just enjoy it.

Banyak gelaran bagi insan yang telah melahirkan kita ni. Ibu, umi, mama, mummy, mak, maa
Yes, takde ibu, takdelah kita dekat atas muka bumi ni.


Sebenarnya aku dengar macam macam pendapat tentang Hari Ibu ni. Ada yang cakap boleh sambut tapi ada jugak yang cakap tak boleh sambut, ikut cara barat la apa la. Okay, bagi aku, tak salah kalau sambut. But, ikut cara Islam, tak membazir tak buat hiburan melampau pergaulan laki perempuan still jaga. Yes, aku setuju dengan statement 'setiap hari tu hari ibu'. 
Tapi, tak salah kita raikan ibu special sikit daripada biasa pada Hari Ibu ni.
well, sebagai anak, macam macam kita boleh buat bukan setakat beli hadiah beli kek secret recipe beli kfc je.
kita boleh tolong ibu kita masak ke tolong kemas apa yang patut, biar dia berehat goyang kaki je hari ni.

Tu pun dah cukup buat ibu kita happy.


Memang diakui pengorbanan perempuan ni banyak. Apatah lagi yang bergelar ibu.
Sebelum kahwin banyak benda kena jaga, aurat banyak nak kena cover. Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Lepas kahwin, kena patuh cakap suami. Then, mengandung selama 9 bulan. Tadi aku tengok surat beranak, berat time baby 3.25 kg dilahirkan pukul 5.16 pagi!
Beratnyaaa.
tapi ibu kita tak pernah mengeluh usung kita ke hulu ke hilir dengan perut buncit selama tempoh mengandung. Dia tak malu berjalan dengan perut buncit, malah dia bangga dapat kita.

Lepas tu beranak, sakit? memang sakit macam nak kena cabut nyawa. Sakit pertama ialah sakit mati, kedua sakit ketika lahirkan anak, ketiga sakit gigi, sakit sembelit tu i tak tahu sakit yang keberapa -.-

Dekat tv kita just tengok ibu menjerit terpekik sambil suami pegang tangan isteri bagi semangat sampai si suami pengsan sebab tengok darah keluar banyak sangat.
 Banyak urat putus time nak deliver baby tu.
Takpe girls, jangan takut, setiap urat yang putus tu insyaAllah dapat pahala. Kalau mati time melahirkan anak dah dikira syahid. For your information, baby yang dilahirkan pramatang 7 bulan insyaAllah ada peluang untuk hidup but bagi yang 8 bulan kebanyakannya tak. Certain case je yang dapat survive dengan izin Allah.



Tahap kesabaran perempuan ni tinggi. Bayangkan kalau yang mengandung tu lelaki. Baby dalam perut menendang sikit, dushhhh tumbuk perut. Tendang lagi tumbuk lagi sampai baby dalam perut senyap. Haha lelaki ni jenis kasar tahap kesabaran pun rendah sikit daripada perempuan. Jadi, nampak tak hikmah kenapa yang mengandung beranak tu perempuan? 

Banyak la pengorbanan ibu kita. kalau nak list satu satu memang takkan habis sampai bila bila.
Sekarang ni, tugas kita, hormat ibu bapa kita.
Balas jasa mereka.
Jangan malu bila diorang cium kita bila dah besar panjang ni. Kalau boleh setiap kali lepas solat salam mereka, cium mereka.
Jangan sampai diorang dah mati baru terhegeh-hegeh nak cium. Pandang parents pun dah dapat pahala apatah lagi bila awak salam then peluk cium mak ayah awak.




Lepas spm ni, aku duk rumah lamaaaaa sangat. Lima bulan. Rutin hidup pun sama setiap hari macam robot.
Bangun tidur, solat subuh, breakfast, vacuum karpet, tidur balik, blablabla..
Kadang-kadang ada jugak 'ter' tinggi suara dengan parents, tak dengar cakap diorang, panggil tak sahut, jadi pemalas er.
Tapi lepas sedar semua tu salah, mintak maaf balik.
Masa cuti panjang ni je nak bermanja dengan parents, suruh umi suap nasi, gaduh dengan abah time tengok bola, kena paksa jadi supporter lawak abah kalau tak memang kena la haha and lagi satu selalu merajuk dengan umi abah hm. 

Bitter sweet moments kroh krohhh!

Nanti bila dah sambung belajar, dah sibuk dengan lecture, kadang-kadang sampai boleh lupa nak call parents at least sekali seminggu.

Contoh terdekat, abang and kakak aku dekat universiti.
Umi abah sampai tertunggu-tunggu diorang call time weekends. Siapa yang call dulu yang duk dekat utara ke selatan? Soalan yang selalu aku dengar. Ehem, bukan terdengar tapi menguping hoho. And bila aku stay lama dekat rumah ni la, aku dapat tengok umi abah makin tua dari sehari ke sehari. Sakit itu sakit ini. Tipu la kalau cakap tak sedih kan? Tapi nak buat macam mana, umur aku baru 18 tapi abah dah 61 tahun. Bagi nasihat ke rawat ke aku just ikut ilmu yang aku dapat dalam subjek biologi and kimia. Nak buat lebih daripada tu, memang tak boleh. 




Jadi, sebagai anak, wajib lah ke atas kita hormat parents kita sebelum diorang meninggal dunia buat selama-lamanya.

Hari Ibu ni, hargai lebih sikit dekat ibu kita. Make she feels special, make she feels like a queen. A simple wish 'happy mother's day, umi!' will make our mum feels appreciated.



Tapi ingat, setiap hari kita kena hormat ibu kita, bukan sehari dalam setahun time hari ibu ni je.





Bagi yang dah takde ibu, perbanyakkan doakan ibu awak. Setiap kali solat, doakan ibu bapa awak.
InsyaAllah, doa anak yang soleh Allah akan perkenan.
Selamat Hari Ibu, sabar layan kerenah anak-anak okay, umi.
Thank you so much for every single thing you sacrificed for your 2 sons and 4 daughters,umi.
Stay strong.
akak sayang umi :)
















Wednesday 4 May 2016

Hantu.



Assalamualaikum. Pernah tengok movie Annabelle, Insidious, The Conjuring and all sort of horror movies?? Kepada sesiapa yang layan movie genre ni, i cuma nak cakap tahniah! Korang ada semangat yang kental untuk tengok sang hantu. Kalau movie tu jenis 'footage' (rakaman) sebenar, tu lagi ekstrem. Sampai boleh terkencing kalau hantu tiba-tiba muncul.

Semalam aku seharian suntuk menghadap lappy, buat research sikit pasal 'makhluk halus' ni. Siang buat research, malam pulak tidur sampai termimpi benda-benda pelik. Siap ada pesanan jangan post entri macam ni. Eh tau tau je aku nak post.




Korang pernah jumpa hantu sebenar tak selain dalam movie? Bagi aku, kalau setakat ternampak kelibat tu pernah la. Nampak seketul depan mata langsung tak pernah. Tapi, aku banyak dengar cerita daripada orang yang pernah nampak and orang yang ada kelebihan tengok 'benda' tu. Tipu la kalau aku cakap tak meremang bulu roma kan? Satu malam, kawan aku pernah tidur sekatil dengan aku dekat asrama, terjaga tengah malam siap menangis kejut aku sebab terdengar 'benda' tu panggil nama dia. Tapi, aku tak boleh buat apa sebab aku tak dapat dengar apa-apa. Tak tahu la sama ada aku yang pekak sebab pernah terbaca info si rabun akan tiba-tiba datang penyakit pekak kalau tak pakai spek. Aha! time tu tak pakai spek so memang betul pekak. kihkihkih. 




Sebenarnya hantu ni tergolong dalam golongan mana ha? Betul ke orang mati boleh jadi hantu? Dah tu macam mana dia boleh keluar dari kubur?? Buat apa hantu ni merayau dekat jalan-jalan lama, rumah orang dan ganggu orang? Dulu aku selalu terfikir pasal soalan pelik macam ni.

Okay, i nak kongsi sikit info yang i dapat berdasarkan sumber internet dan bahan bacaan lain.

Sebenarnya, tiada istilah HANTU dalam Islam. Yang ada hanyalah makhluk ciptaan Allah yang kita tak dapat tengok dengan mata kasar iaitu malaikat, jin dan syaitan. Kenapa muka hantu tu sama dengan muka arwah blablabla? Tu hanyalah jelmaan jin atau syaitan. Untuk apa? Untuk takutkan dan sesatkan manusia. Nak bagi lemah semangat. Kalau kita fikir secara logik, boleh ke orang mati yang ada dalam liang lahad dalam tanah tu balik semula ke dunia? Macam mana 'dia' melompat naik? Orang yang insyaAllah masuk syurga, akan terus tidur dengan tenang, yang akan masuk neraka pulak, akan terus diseksa sampai tibanya hari kiamat. Jadi, ada ke masa diorang nak patah balik ke dunia?
yes, tu la tipu daya syaitan dan jin.



Tapi jangan salah anggap pulak. Tak semua jin jahat. Ada je jin baik. 

Apa beza iblis,syaitan dengan jin?

Sebenarnya, iblis dan syaitan adalah daripada kalangan jin. Jin ni ada 2 golongan, yang taat kepada Allah and yang derhaka kepada Allah. Jadi, yang derhaka kepada Allah tu siapa? Haaa, tu la syaitan dan iblis. Sumber: majalah solusi.

Macam manusia la ada yang baik ada yang jahat. Jin baik akan tinggal di masjid dan tempat yang bersih, yang jahat pulak akan tinggal di tempat kotor macam tandas.
Walaupun makhluk halus ni tinggal di alam yang berbeza dengan manusia, tapi tujuan Allah ciptakan jin dan manusia adalah sama.

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (QS. Adz-Dzariyat: 56).

Kenapa syaitan tak disebut sekali? Sebab syaitan makhluk yang sombong. Api taknak sujud di hadapan tanah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam,’ maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takabur, dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.” (Al-Baqarah: 34)



Hakikatnya, jin baik ke jahat memang tak suka kalau kita ganggu tempat tinggal diorang. Jadi, tak payah la mengada nak kacau mereka terutamanya masa masuk hutan untuk camping ke berkelah dekat kawasan air terjun ke. Dekat asrama pun ada banyak kampung jin. Sebab tu kita tak boleh buat bising yang melampau sangat dekat asrama. Kang ada yang bagi teguran secara kasar.

Lagi satu pasal kena ganggu dengan makhluk halus. Perasan tak kebanyakan yang kena ganggu dengan makhluk halus ni golongan lemah yakni PEREMPUAN? Asal kes histeria mesti dekat asrama perempuan. Sebab utama kaum hawa jadi sasaran ialah mandi secara 'naked'. Sebab kedua, tak jaga kebersihan (tuala wanita) tak dibuang di tempat yang sepatutnya. 


Syaitan dan iblis ni suka dan tinggal di tempat kotor. Jadi, kalau kena ganggu ke histeria ke, check dulu sama ada tempat tinggal korang tu bersih ke tak.
And aku nasihat ni, please wear something masa mandi. Untuk kebaikan anda semua jugak. Yes, memang orang lain tak nampak, tapi ada 'benda' lain yang nampak, duk perati awak mandi. Malaikat pun segan nak tengok awak mandi naked, diri sendiri takde sifat malu ke?

Aku harap dapat betulkan pandangan korang bila dengar istilah 'hantu' ni. Dulu aku tak kenal hantu. Aku hidup zaman cerita sembilu kasih dengan cerita gerak khas tengah meletup. Setiap malam jumaat, tv3 promote cerita hantu. Satu famili tengok. Sejak tu, aku kenal rupa hantu. Lepas tu, pergi tandas takut sebab teringat semua hantu. See? Kalau boleh janganlah didik anak-anak tengok cerita hantu sejak kecik. Kang nak pergi tandas tengah malam takut, nak tidur dalam bilik seorang diri pun takut, tengok kipas nampak hantu bergayut, pandang tingkap nampak hantu duk bertenggek. Semua tempat nampak hantu. Imaginasi over nau. Sampai boleh hafal nama hantu, pocong la puntianak la sundel bolong la macam macam.




Satu pesanan, kalau boleh jangan jadi penakut sangat and jangan jadi berani sangat terutamanya bila tinggal dekat asrama. Dan jangan lupa jaga solat, baca al-Quran at least satu page sehari. Untuk kekuatan jiwa. For your sake.
Hantu tu jelmaan jin dan syaitan, bukan orang mati hidup balik.
semua tu ciptaan Allah.
Takut Allah, bukan hantu.
Ingat statement ni kalau nak hidup dengan bahagia, aman dan harmoni.