Saturday 30 January 2016

Lagu.



Assalamualaikum. Korang pernah tak dengar lagu jiwang? Oh wait wait jiwang ni apa sebenarnya??

 Then i rush to get a 'thing' that knows everything. 


Kita panggil 'dia' Kamus Dewan. Selak punya selak tapi aku tak jumpa pun maksud jiwang yang sebenar. Jadi aku ambik keputusan buat definisi sendiri. So, jiwang maksud dia menjiwai atau menghayati sesuatu perkara. Memandai aku ja kan? Balik kepada soalan aku pasal lagu jiwang tadi. Tak pernah dengar lagu jiwang? Ah, penipu gila. Dekat radio kita selalu dengar. Lagu cinta ha lagu jiwang la tu. Zaman sekarang ni semua benda pasal cinta. Bosan gila sampai aku rasa nak layan DJ Snake ja setiap masa. Turn down for what. Jujur aku cakap kalau bab lagu lagu jiwang ni, Indon much better la. Lagu jiwang Melayu best buat karok jela. Indon ni walaupun takde rupa muka pecah tapi suara fuhh boleh menggigil bila dengar diorang nyanyi. Minah jiwang ke aku ni? I won't deny it. Tapi dulu sekarang tak dah. Kangen band, wali band, hijau daun, d' bagindas, didali, ungu. Ni lah antara band Indon yang selalu aku layan. 


Kalau budak-budak couple dengar lagu jiwang ni, boleh angau tapi bagi yang baru clash, boleh la kot melalak sekuat kuatnya dalam bilik. Macam mana boleh tiba-tiba minat lagu macam ni? Kakak aku yang layan lagu 'Cinta Terlarang' by kangen band tengah tengah malam, jadi aku layan jela sekali. Feeling gila. Tak tipu kay. Tapi aku dah tak berapa layan lagu macam ni sekarang. Sebab? Boleh buat hati kita gelap dan keras. Kalau korang yang decide nak move on, tolong jangan dengar lagu jiwang. Lagu macam ni mendayu dayu. Syaitan mudah rasuk melalui hati.


Dengar lagu jiwang boleh keraskan hati lagu hardcore apatah lagi kan? Aku layan hardcore? Layaaaan. Dulu masa aku tengah stres, pakai earphone bukak mp3 layan hardcore songs. Pierce the Veil was my fav band. Yes i admit, I was sooo 'jahil'.

Orang cakap dengar lagu boleh hilangkan stres. Tapi tak bagi aku.

Alhamdulillah, Islam ajar banyak cara nak dapatkan ketenangan hati. Antaranya baca al-Quran or dengar bacaan al-Quran. Pahala dapat ketenangan hati pun dapat. I'm not as pious as ustazah. I am bitchy young and dumb girl. Tahu sangat darah muda ni macam mana. Suka memberontak. Macam macam kes aku dengar pasal teens zaman sekarang ni. Contoh? Putus cinta, layan lagu merepek, frustrated, commit suicide(bunuh diri) and game over. Eh not yet. Masuk neraka ha baru betul game over. 

Listen!

Lagu takkan kurangkan masalah awak. Tak membantu langsung. Cuma tambahkan beban dekat whatever problem yang awak hadapi. Jadi, kalau nak relieve stress, lagu bukan pilihan terbaik. 

Share your problems to who you trust the most. If possible, seek advice from older people. They might help you, trust me.

so, aku dah elaborate panjang panjang ni harap korang dapat apa yang aku nak sampaikan. Ha, dengar lagu tak salah tapi tapis sikit. Kalau music video (mv) macam tak proper (18sx), tak payah la tengok mv, tengok lirik jela. Orang kafir ni memang nak promote sex via mv. Sebab apa? Fikir sendiri...


Wednesday 27 January 2016

Manusia :)






Assalamualaikum. Hari ni nak cerita pasal kerenah manusia yang aku jumpa masa pergi breakfast pagi tadi. Disebabkan hari ini budak-budak sekolah, jadi yang lepak dekat restoran tu mesti la golongan 'tua' pakcik makcik and manusia yang lifeless macam budak lepasan spm. Sambil makan, aku tengok la orang yang lalu lalang. Macam-macam ragam. Manusia ni Allah cipta dengan pelbagai ragam. Unique creature. Manusia yang pakai pakaian pelik lagi la aku usha. Kalau nak cakap aku ni jakun, macam tak pernah tengok orang aku dah tak kisah dah haha. Dah tu siapa suruh pakai yang menarik perhatian sangat, nak masuk boria ehh? Sorry, my eyes tend to look at something attractive. Aku nampak perempuan yang pakai tudung tapi pakai baju short sleeve, jeans ketat, sanggul setinggi gunung kinabalu, lukis kening. Tak tahu la kalau tu trend sekarang ke apa, aku pun bukan jenis manusia yang up-to-date sangat. Nak melawa apatah lagi. Aih macam-macam. Patut la Allah cakap penghuni neraka kebanyakannya perempuan. Ya tu pasal pakaian. Lepas tu, aku rasa nak makan sambil tutup telinga. Kenapa?? Ada manusia yang jenis cakap kuat nak mampus dekat restoran tu. Sembang nak gempak sangat tu dah kenapaaaa pakcik. Member dia duduk semeja je pun tapi cakap macam jarak satu batu.Tak sangka pulak aku jumpa loudspeaker bergerak depan mata. Orang dekat Afrika boleh kot dengar cerita dia sekali. Sumpah memekak. Lagi satu, aku jumpa lelaki mata keranjang, mata langsung tak jaga. Usha perempuan dah sampai nak terkeluar bijik mata. Tak pernah nampak perempuan agaknya. Mata lelaki ni bahaya, macam-macam dia boleh fikir bila tengok perempuan. So girls out there, be careful please. Kalau boleh, pakai jela pakaian yang proper sikit, tak payah nak dedah sana sini, tak rugi apa-apa pun, perempuan memang Allah dah cipta cantik.



 Aku pun jumpa manusia yang jenis hisap rokok dekat kedai makan. Sorry, aku memang tak boleh tahan bau asap rokok. Anti. Abah dengan abang-abang aku pun tak hisap rokok. Busuk gilaaaaa. Kalau hisap vape boleh consider la sebab bau asap vape wangi la jugak. Menjahanamkan diri je kerja macam takde kerja lain. Merokok, hisap vape, hisap shisha?? Terus reject jadi suami. Ok bye. 

Saturday 23 January 2016

Masak

Bismillah. Alang-alang dah ada dekat rumah ni kan baik buat benda yang boleh bagi faedah sikit. Sebagai manusia yang bergelar 'perempuan' jadi wajib la ke atas aku untuk belajar memasak. Semalam aku tiba-tiba teringin nak makan bergedil. Ye tahu, mengidam. Disebabkan malas nak suruh umi buatkan, aku tanya pakcik google jela. Jujur, ni kali pertama buat bergedil and hopefully menjadi la. Kiranya acah eksperimen dapur panas gitu. Result? Alhamdulillah jadi. Aku malas nak share resepi sebab korang boleh baca resepi yang lebih kurang sama dekat blog lain. Resepi yang aku refer, dalam blog Fatin Liyana. Since dia seorang doktor, jadi semua entri yang Dr Fatin post boleh dipercayai. Nak tengok rupa bergedil yang aku buat?? Ada rupa macam bergedil? Adaaa. Bakal isteri mithali kayy :)
ubi kentang


mix all ingrediants




Thursday 21 January 2016

Done.

Assalamualaikum. Lama betul tak update blog ni lama jugak la menyepi kan? Sebenarnya, wifi ada masalah sikit dekat rumah and data aku pun dah habis. Jadi, aku buat game kecil-kecilan la, cabar diri sendiri boleh ke tak hidup tanpa internet. Cabar okay? Result? Alhamdulillah, dah lebih sepuluh hari hidup aku tanpa internet, hidup bahagia aman sentosa je aku ni krohh. Internet takde takpe bro, takde tv mati ternganga kot aku ni nanti. Abaikan. Takde tenet, aku cari hiburan lain.

Pasang air-cond, bukak lappy lepas tu layan movie Suckseed, Dark Skies, Life of Pi, The Gifted Hands, The Man from Nowhere dan ulang seribu kali drama korea, School 2015. See? Hidup mesti diteruskan walaupun tanpa makhluk yang bernama internet.

 FYI, aku dah dapat lesen L *weee* okay la tu daripada takde lesen langsung. Tapi aku nak bagitahu cerita sebelum dapat lesen tu. First thing first, six-hours-talk. Aku bangga la jugak sebab dapat dengar ceramah tu dari awal sampai akhir. Niat keji nak main phone sepanjang ceramah, tapi aku tak buat. Jujur, slot pertama aku sakit kepala tahap giga. Sebab? tak bawak spek, jenuh paksa mata tengok slide dekat depan. Lepas je habis ceramah 6 jam, aku dah macam sotong, penat mendengar. Nak faham lawak orang tua pun satu cabaran bagi aku. Loghat kelantan pekat weyy, aku tak faham pakcik since aku bukan 100 peratus asal kelantan, baru setahun pindah negeri ni kot. Aish. Ceramah sekali seumur hidup.

Lepas tu, kena ambik ujian. Sebelum ujian tu, abah asyik bagi serangan mental dekat rumah. Asal aku rehat kejap, mesti dia tegur 'awak kalau fail ujian tu tak payah repeat, tak payah ambik lesen'. Abah asyik bagi aku ancaman kejam. Hakikatnya, dalam sejam aku baca buku memandu dengan buku soalan, aku ambik 10 minit je nak rehat. Tapi, dang dang dalam 10 minit tu jugak abah jenguk aku.

 ~Dengarlahhhh, jeritan batinku~  

Keputusan ujian? Alhamdulillah aku dapat 50/50. Full mark aip aip. Lulus *ngeee* Syukur, dapat jugak buat abah umi bangga,gembira walaupun sekejap. Tak sia-sia abah ugut aku macam macam. Nasihat, jangan lupa bersyukur. At least, buat sujud syukur. Allah janji akan tambah nikmat kepada orang yang bersyukur. Ingat tu. Wallahualam. Bye :)                                                                





Monday 11 January 2016

Street Artist :)



Assalamualaikum. Hari ni aku stres sangat. sebab? Aku bagi teguran dekat Azni, tiba-tiba dia sentap. Yang aku tak dapat terima dia guna harsh words. Aih, manusia sikit-sikit mencarut. Buat dosa je kerja. Disebabkan aku malas nak serabutkan kepala otak fikir masalah yang takkan selesai, baik aku melukis. BTW, melukis pun dapat hilangkan stres bagi aku. Ha dekat atas tu koleksi lukisan dalam sketchbook polkadot aku. Takdelah cantik mana sebab aku pernah tengok lukisan yang lebih baik,real yang aku punya tu setaraf dengan lukisan budak prasekolah. Tahun lepas aku outing dengan adik, aku terjumpa 'street artist' atau dalam bahasa melayu ori dipanggil pelukis jalanan. Cantik doh lukisan dia. Dah nama pun pelukis kan? Lepas tu dia tengok aku. Haha maybe sebab aku beria sangat kot tengok lukisan dia sampai nak tersembul keluar mata. Korang jangan bayangkan mata aku pulak. 'Minat lukisan ke', pakcik tu tanya. Aku senyum jela. Dia ajar aku melukis for free of charge. Mula-mula pakcik tu suruh aku lukis benda yang paling basic iaitu mata. Aku pun dengan gembiranya lukis mata yang selalu aku lukis. Lepas je siap, pakcik tu terus campak lukisan aku tu ke dalam sungai. Penghinaan yang maha dahsyat bagi aku masa tu. Nampak tak takat mana je lukisan orang bawahan macam aku ni? Nasib dia campak with an acceptable reason. Pakcik tu ajar aku cara yang sebenar nak lukis mata. Step by step. Pensel pun banyak jenis. Selama ni aku guna mechanical pencil dengan pensel 2B. Tu pun aku dah bangga sangat dengan lukisan yang aku fikir paling cantik di dunia krohh. Pemadam pun ada banyak jenis jugak tapi masa aku jumpa pakcik tu dia guna pemadam yang flexible. Rupa pemadam tu sebijik macam plasticine dan menakutkan bai aku fikir benda apa lah yang dia gentel sampai jadi macam tu. Seribu kali aku fikir nak guna ke tak. Mata yang dia lukis, cantik sangaaaat. Impressive! Dia sembur spray dekat lukisan tu taknak bagi lukisan luntur. Banyak lak aih peralatan melukis ni macam peralatan perang pun ada. Nasib baik aku jumpa pelukis yang friendly, baik hati nak ajar aku ilmu yang dia ada pasal melukis. Prinsip yang aku pegang, kalau dah bodoh tu, jangan berlagak sombong dengan ilmu. Kena hormat orang yang bagi ilmu walaupun pemberi ilmu tu lagi muda daripada kita. Alhamdulillah, lukisan aku sekarang much better la. FYI, pakcik yang aku jumpa hari tu asalnya pelajar universiti. Course? Electrical engineering. Tapi disebabkan dia punya passion (minat) tinggi sangat dekat melukis, dia berhenti belajar then jadi full-time street artist. Macam mana aku boleh minat melukis? Heh, soalan ni jangan tanya sebab aku pun tak tahu nak jawab apa. Gifted maybe hohoho. These are my first and second attempts drawing the eyes. Banyak lagi yang aku kena belajar. Setakat ni aku melukis dalam sketchbook ja tak sampai guna kanvas lagi sebab aku bukan taraf 'pro' lagi. wink wink :)

kiri pakcik tu punya, kanan aku punya (second attempt)

yang atas Haikal punya, yang bawah aku punya (first attempt)

Thursday 7 January 2016

Hostel life.

  

Assalamualaikum. Jujur aku cakap, aku betul-betul rindu kehidupan asrama. Life with 1001 rules. Even though I was the one who always breaking the rules. Aku rindu gila bila pagi-pagi ada lewat solat, lewat gate, lewat DM, lewat perhimpunan. Pengsan. see? The rules are sooo crazy! Hakikatnya, rules macam ni la yang ajar students how to be discipline. Famous quote among students is 'rules are made to be broken'.

Tahun lepas form 5 la yang selalu protes kalau rules baru muncul sampai gaduh dengan warden dan yang pasti paling win dalam bab BASH pengawas (mpp) yang control asrama. mpp yang innocent pun tak pasal pasal kena sekali. Aku pun rindu nak gaduh antara batch. Form 5 gaduh dengan form 1,2,3,4 nasib baik tak sampai gaduh dengan form 6 sekali. Bukan apa, semangat batch ni tinggi menggunung lak aih dalam zaman sekolah ni. Jerit-jerit ni benda biasa sangat dekat asrama. Orang dekat blok B panggil orang dekat blok C, nasib baik la tak sampai orang dekat blok C jerit panggil orang dekat blok A, tak pasal-pasal warden tolong sahut.


Ridiculous punishment? Adaa. Warden suruh semua aspuri gather di dataran asrama disebabkan oleh sekor dua yang bergayut dekat public phone. Lepas warden 'tegur', diorang suruh menyanyi lagu sekolah, sumbangsih tepat-tepat pukul 1 pagi. Merepek tapi benda macam ni la yang paling aku ingat. Lagi satu, latihan kebakaran. Ada la jugak dalam 2 jam siren kebakaran berbunyi, baru sorang dua yang bangun, bangun pun sebab memekak sangat. Tak payah la buat latihan cenggini lagi, semua gelabah nak turun dataran sekolah dengan mata sumpah mengantuk tahap gaban.


Yang paling aku rindu dekat asrama ni of course la dorm. Tahun lepas aku duk bilik Masyitah. FYI, dorm ni dekat blok c and for sure malam-malam kena kacau dengan aspura. Main laser suluh dekat blok c. Aku dah terbiasa dengan perangai syaiton diorang. Sistem asrama sekolah aku ni, untuk aspuri akan ada dalam 20 orang satu dorm and dorm ada dua side (divider). Dalam dorm Masyitah, form 5 conquer side yang ada stor. In case, malas nak bawak turun toileteries, baju asrama ke sumbat je dalam stor. Form 5 yang menawan tu ialah aku, wadah, dina and ainur.

Selalunya petang kitorang dah penat, form 5 la yang paling memekak dekat dorm buat konsert sampai dekat toilet boleh dengar diorang nyanyi. Diorang je okay, aku tak. Suara i mahal. TIGA SUARA tu lagu wajib. Kitorang jugak la yang selalu lewat prep malam berjemaah. Because of the strong bond between us, we frequently wore the same baju kurung for prep. Sorang pakai baju kurung batch, lagi 3 pun decide nak pakai baju kurung batch jugak. Biasalah geng boria Masyit.

If one of us was sick or having depression, we would try to help each other. omaigod, I really miss them damn much. 


Port lepak dekat tengah-tengah dorm, bawah kipas depan loker aku. kalau buat port luck ke apa, tempat tu jugak la diorang pakai. Aku ni jenis yang tak boleh tahan bising yang melampau sangat especially masa diorang gather buat port luck, lepas tu aku turun la tempat yang aman sikit yakni bilik study.

Kena kacau? kalau histeria memang aku tak pernah dengar sepanjang 5 tahun aku duduk asrama tapi kalau cerita orang kena tindih, nampak 'benda' tu ada la jugak aku dengar. Normal la kan? Dekat asrama bukan manusia je yang tinggal, benda lain pun ada. Sebab tu aku tak suka sangat bila asrama bising melampau. Pengalaman memalukan dekat Masyit? ni antaranya:


  • warden rampas semua starter lampu dorm sampai kena bergelap 2 minggu. sebab? tak tutup lampu lepas Al-Mulk. mangsa? form 5. Hakikatnya, aku dengan wadah dah tidur mati atas katil, ainur dengan dina dekat dorm orang lain. useless explanation.
  • jumpa cikgu disiplin sebab one of us buat perjumpaan dengan form 1 tengah malam. anak cikgu. Hakikatnya, wadah dan ainur jumpa adik didik diorang untuk borak jela takde apa pun aku pulak tengah study masa tu. Asalnya kecik je masalah ni, lepas mak dia masuk campur, booommmmm kena jumpa cikgu disiplin. Hukuman? Wadah dengan Dina just dapat surat amaran. Aku dan ainur tak bersalah. Case closed!

Tennis :)

Assalamualaikum.. Entri kali ni aku nak cakap cakap sikit pasal sukan yang paling aku beria sangat layan tak kira siang malam. Sebelum tu aku nak pesan, kalau rasa tak suka sukan tak payah la penat penat baca ye. Kenal tak Novak Djokovic dengan Serena Williams?? FYI, they are the most outstanding tennis players a.k.a world champion for single category. Yess, aku memang peminat game ni (tenis). Dulu aku yang paling tak suka bila abah dengan kakak aku bukak tv lepas tu layan tenis. Tapi akhirnya, aku pun terjebak sekali. Sebab? Masa aku tengok game Maria Sharapova tak silap aku, tiba-tiba hormon adrenalin dalam badan aku ni naik mendadak, sejuk aih kaki tangan aku macam aku pulak yang main. Sejak tu aku start follow sport ni. Single category for men,I prefer Novak Djokovic from Serbia. world ranking? number 1. Game dia consisten dari awal sampai akhir. Consistancy is essential in tennis. Dia mula main tenis masa umur 4 tahun. Alahai. Aku masa 4 tahun, baru nak belajar berlari nak pegang racket mimpi sampai bintang la nasib baik ada cerita anak-anak sidek, dapat la jugak tengok raket bercakap -...- by the way, background Djokovic bukan tenis. None of his family plays tennis.Passion dia dekat tenis ni tinggi menggunung sejak kecik. I have read his biography. musuh ketat Djokovic ialah Andy Murray. world ranking? number 2. Aku paling menyampah tengok Murray ni bila dia lawan Djokovic. sebab? Dia obviously mencarut bila dah stres. Tadi aku tengok Hopman Cup layan game Andy Murray ni. Dia kalah lawan Nick Kyrgios before semi-final. congrats Nick. applause. Single category for women, I prefer Serena Williams and Maria Sharapova. In fact, both of them are enemy. Serena Williams is a super duper world champion. Dia ada tangan bak laki, kuat aih minah ni. Serena pulak main tenis masa umur 5 tahun. She's from the USA. Bad news, Serena could not join Hopman Cup because of her knee problem. Last game Serena sebelum dia sakit ialah dekat Melbourne, final game lawan Maria Sharapova. Siapa menang? Williams lagi. 3/4 game mesti Serena menang kalau lawan Maria. Yang aku tahu,Serena ni suka buat charity, tolong orang susah. Give and take. What you give, you will get back. She's a kind-hearted person,no doubt. Next, Maria Sharapova. Masa mula-mula aku tengok dia ni main, aku impress gila. Lawa lak aih, kaki panjang macam model, tinggi 188cm sama dengan Djokovic, sikit lagi nak jejak awan and berat dia 59kg. She's from Russia. Sekarang umur dia dah 31 jadi tak pelik la kalau game dia dah tak okay.Her first serve was so powerful, speed 220 km/h. Ranking Maria pun dah jatuh ke no 4. Masa aku mula-mula layan tenis, ranking dia no 1. Faktor umur memainkan peranan jugak kot. Musuh ketat Serena Williams. Satu je aku tak berapa suka pasal Maria Sharapova ni, dia main bising gilaaa. ergh. Asian players? Ada la sorang yang naik, tapi dulu la. sekarang dia dah jatuh mendadak. She is Na Li from China. eh, I'm still proud being an Asian la.LOL. Tapi untuk WTA ni, aku tak berapa bangga sangat la dengan pemain dari Asia. Mungkin, orang asia ni tak sekuat orang Eropah. In the nut shells, I love watching tennis tournament and I will pay 100 percent attention to the game when my favourite players play. Diorang ni main untuk hidup dari kecik sampai besar main tenis langsung tak ngenti. BTW, aku punya addiction dekat tenis ni takdela sampai seteruk kakak aku yang sulung. she won't miss every game season. 





Wednesday 6 January 2016

Journey :)

Bismillah. Alhamdulillah aku dah sampai rumah lepas hantar adik aku balik asrama dekat Negeri Sembilan. Aku pun dah tak tahu nak cakap pasal apa ni. Okay la aku cerita sikit pasal 'journey' aku. Benda yang paling aku rasa ergh sangat masa breakfast dengan kakak aku yang belajar dekat USIM. Bukan apa, aku langsung tak kisah kakak aku ada sekali, lagi pun aku pun dah lama tak jumpa dia, kak Ika. Tapi aku kisah bila dia ajak boyfriend breakfast sekali dengan kitorang. Apa motif kakak aku tu ha? Nak suruh 'Fahmi' ambik hati abah umi? Aku bukan apa, aku ni jenis anti sikit dengan couple ni. Sebab? Okay la aku terus terang jela. Kakak aku tu sekolah agama dari sekolah rendah sampai masuk universiti pun yang ada title 'islam', jadi knowledge dia pasal hukum hakam agama ni kira luas jugak la kan? Mesti dia tahu couple tu haram sebab mendekati zina. Tapi yang aku tengok? Nak terus judge dia hipokrit? Tak boleh jugak sebab yang pegang hati manusia ni Allah, hati kita ni sering berubah-ubah. Aku just harap kakak aku akan kahwin dengan Fahmi in future.


Lepas breakfast, abah terus nak hantar adik aku ke sekolah. Aku la orang yang paling excited sebab nak tengok sekolah lama aku, rindu aih banyak sangat kenangan. Yang paling tak boleh lupa bila warden rampas semua starter lampu dorm dua minggu berturut-turut. Haha. Bergelap la jawabnyaaa. Kesan? Aku pun dah sampai jadi immune dengan gelap. Ha yang ni part terbaik la aku nak ceghita. Masuk je pintu pagar sekolah, aku dah nampak MPP yang jaga traffic. Umi aku pulak cakap 'kak,tolong ah cakap dekat dia kita nak masuk area asrama terus'. Then, aku la yang mintak permission tapi dia keras hati nak bagi. grr. Bengang jugak la aku masa tu. tak payah la nak skema sangat nak ikut semua arahan cikgu with no consideration. Abah aku suruh aku daftar dengan adik. Aku jugak yang kena. Asalnya nak bagi adik aku tu daftar sendiri, tapi sebab tak dapat masuk area asrama, abah suruh aku stay sekali. Aku nak ke? Mesti lah tak. Pendaftaran tu bukan sekejap, lama tahu. Lepas tu, aku suruh abah ikut je kereta yang dah boleh masuk kawasan asrama, takkan MPP tadi nak check sama ada adik aku dah daftar ke belum kan? Idea aku kalau buat kerja jahat memang kreatif. Al maklum la lagend sekolah.


Lepas angkat barang, dah salam salam semua dengan adik, aku nampak adik aku tahan nangis. Macam aku masa lower form, depan parents bajet kuat,tak sedih tapi masuk je asrama terus menangis sensorang. ye tahu, cengeng kan. Okay la tu at least tak pernah menangis depan umi abah. Impian aku nak say goodbye sambil buat muka annoying dekat adik aku tercapai. ye aku memang kejam but who care man? 


Umi paling teruk menangis abah pulak bajet cool depan kitorang tapi aku tahu abah orang yang pertama masuk kereta sebab nak lap air mata kan kan? LELAKI gais.


Dalam kereta pun dah takde orang, aku apa lagi kan? show time. Berjimbaaa. aku conquer semua seat belakang kuak lentang kuak kupu-kupu semua aku buat masa tidur. Syok bhai hidup tanpa peraturan budak lepasan spm ni. Dekat RnR, aku nampak lori ais. Dekat badan lori tu ada tulisan 'Air Batu Salleh'. Abah pulak cakap 'dah tu macam mana dia perah batu tu?' haha. kalau fikir dasar je takde maksud apa pun tapi kalau korang fikir dalam sikit itu lawak above 18 y/o. Tak payah la fikir complicated sangat. Aku rindu zaman sekolah rendah,tapi budak zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Kalau budak darjah 2 dah pandai buat isyarat lucah kau fikir apa? teruk. Okay. Takde kaitan. Bye