Monday 1 January 2018

page 1/365.


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah kita diberikan kesempatan hidup di tahun baru, 2018. Dah hampir 20 tahun aku bernafas di bumi Allah ni. Dan aku akui, tahun 2017 banyak mengajar aku tentang erti sebuah kehidupan. Belajar untuk berfikir secara matang.

Orang kata, kita tak digalakkan untuk toleh ke belakang untuk mengenang kenangan silam. Tapi, bagi aku, it's ok untuk toleh ke belakang tengok kenangan silam dan ambil pengajaran melalui kenangan tersebut. Sebab apa? Sebab kita ni manusia, bersifat pelupa. Kena selalu diingatkan.




Peristiwa yang bagi kesan terbesar dalam hidup aku ialah bila aku melalui detik-detik kehilangan seorang ayah pada 10 syawal lepas. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Nak taknak aku kena terima hakikat...manusia akan mati sama ada cepat atau lambat. Sebaik-baik pengajaran ialah kematian. Sedih? Memang tak dinafikan bila aku kehilangan orang yang terpenting dalam hidup, aku rasa sangat kehilangan. Rasa nak menyendiri. Rasa nak meraung tanpa henti. Rasa nak peluk arwah lama-lama. Rasa nak cium arwah buat kali terakhir sepuas-puasnya. Rasa nak ikut masuk liang lahad.. Tapi, aku beruntung sebab aku diberikan kekuatan untuk tak buat benda-benda melebihi batas. Mungkin aku dah cukup kuat untuk hadap semua tu. Alhamdulillah. Bergantung kepada manusia, manusia akan mati, berharap pada bunga, bunga akan layu, cinta akan binatang, binatang akan mati, bergantung kepada Allah, in sha Allah akan kekal abadi. Jadi, sebaik-baik tempat bergantung ialah Allah swt. Kematian akan berlaku tepat pada masanya. Tak lambat atau cepat mahupun sesaat. Jadi sebagai manusia yang masih hidup, aku kena belajar untuk redha. Allah takkan bagi ujian kepada hambanya melebihi keupayaan. Apabila berlaku kematian, maka akan terputuslah hubungan dengan arwah kecuali 3 perkara, doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang berguna. Jadi kalau rindu ke teringat dekat arwah abah, perbanyakkan doa dan sedekahkan al Fatihah. 

And remember, rainbow will come out after heavy rain :)




Masuk universiti, aku bersyukur sangat sebab aku masuk kos yang buat aku jadi terlampau sibuk. Sibuk dengan projek dari awal sampai akhir semester. Sebab bila sibuk, aku takkan ada masa untuk teringat peristiwa hiba tu. Lepas tu, Auni tarik aku masuk badan uniform. Yang ni pun buat aku jadi makin sibuk setiap hari rabu dan sabtu. Penat? Penat tu memang penat. Tapi takpe, sebab aku dapat belajar banyak benda baru melalui skuad ni. Dapat kenal orang baru tu part yang paling best. Walaupun dunia pelajar arkitek dengan dunia student kos lain sangat jauh berbeza. Kami berjaga malam untuk siapkan projek assignment. Setiap pagi sabtu, digagahkan diri jugak untuk ke latihan walaupun tak cukup tenaga tak tidur malam :') but it's okay. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni.




Lepas tu aku masuk team chess. Alhamdulillah sekarang dah nak ke sukipt. Yang ni pun aku dapat kenal orang baru. Daripada strangers ke kawan rapat. Daripada tak pernah tegur ke saling membahan. Team chess ni aku paling suka sebab dah macam satu keluarga bahagia. Ada yang memekak, ada yang jenis malu tapi dekat belakang bising macam mak nenek, ada yang jenis berjampi setiap masa hahaha yang ni memang spesies tak reti duk diam. Dalam team chess ni, aku paling rapat dengan Aizul, Hairil, Aune dan Amni. 4 orang ni semuanya dari utara.  Aizul la makhluk yang selalu memekak tapi genius level 999. Baru whatsapp kejap tapi sembang macam dah kenal lama, geng survived sampai sukipt.. hidup sama-sama mati sama-sama katanya. Hairil pulak jenis romeo abad baru, whatsapp aku asyik nak bagi ayat deep je, suka main lambai-lambai bila terserempak kat fakulti dan asyik pujuk aku keluar architecture dan masuk kos electronic engineering sekali dengan dia amboi2-.- Aune ni spesies happy go lucky memang enjoy life habis, gelak sampai nak terkeluar anak tekak tapi nasib baik comel. Last sekali Amni. Geng utagha pi mai pi mai tangtu, selalu merempit ke training chess dengan motor dan dia ni pun geng survived sampai sukipt. 




Menjelang akhir sem, tiba-tiba final projek architecture buat semua students first year tak tidur malam 2 bulan berturut-turut. Tipu la kalau aku cakap tak penat. Sampaikan tetiba aku rasa nak give up salah satu sama ada bomba or chess. Bomba penat fizikal, main catur pulak penat mental. So, aku ambil keputusan untuk drop bomba. Tapi, bukan senang nak drop unit beruniform ni like bye2 keluar group whatsapp habis cerita. Tak semudah tu... Waktu ni ramai betul datang support aku. Budak-budak bomba, geng chess, and member architecture. Cikgu bomba pun langsung tak give up pujuk aku untuk stay bomba. Akak senior bomba pun tetiba datang support. Allahu, waktu ni aku betul-betul rasa appreciated. Syukur sangat sebab ada orang-orang macam ni di sekeliling waktu rasa give up on everything. Jawapan solat istikharah pun ke arah stay bomba. Alhamdulillah. Allah Maha tahu apa yang terbaik untuk hambanya.




2017, tahun yang penuh suka dan duka. 365 hari yang memberi impak besar dalam hidup. Di kala Allah bagi dugaan untuk menjadikan aku lebih tabah. Dan dalam masa yang sama, Allah turut bagi nikmat untuk belajar sesuatu yang baru. Allah tak kejam. Sekarang aku dah ada 3 keluarga, keluarga bomba, keluarga architecture dan keluarga chess :) Aku tak pernah menyesal mengenali mereka. Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Semoga tahun 2018, menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.