Sunday 22 May 2016

Anak Perantau :)




Assalamualaikum, hai :) Cepat sangat masa berlalu sekarang rasa macam baru habis spm, sabtu ni dah nak bertolak ke Negeri Sembilan aisyy. Cepat sangat membesar, sampai tak sedar minggu depan aku dah nak masuk universiti. Ya Allah. Sekarang ni pun tengah sibuk print, isi dokumen dokumen penting, nak matikan setem la, beli itu ini sebagai persiapan awal sebelum pergi.

Aku take five kejap, update blog ni. 

Okay, kali ni aku nak cerita sedikit sebanyak permulaan hidup sebagai perantau. FYI, aku dah hidup sebagai perantau ni sejak umur 13 tahun so dah tahu asam garam hidup jauh dengan famili ni. 




Ni aku nak share nasihat berguna terutamanya untuk budak budak sebaya dengan aku yang bakal bergelar perantau lepas masuk universiti nanti. 

Fenomena biasa, hari pertama yakni hari pendaftaran, of course la parents sanggup hantar kita pergi universiti sampai satu famili escort dengan kereta. Lepas tu, beli apa yang patut last sekali pergi asrama. Bagi yang dah biasa stay asrama yang jauh daripada parents takdelah nak menangis sampai tudung baju lencun, bagi yang kali pertama berpisah daripada famili, ha engkorang boleh la siap siap kejar kereta parents bila diorang dah gerak balik. 

Kay, tapi tu bukan point sebenar aku. Saja nak ingatkan pasal homesick. 






Lepas ni, awak semua dah kena belajar naik bas. Tujuan? Tak susahkan parents bawak kereta jauh jauh apatah lagi kalau mak ayah awak dah tua. Naik flight boleh, tapi kena 'book ticket' awal, penerbangan domestik AirAsia harga pun murah kalau tempah tiket awal. Tapi, nak dapatkan 'feel' anak perantauan tu, lebih baik naik bas. Aish, macam travel agent pulak aku ni.



Nasihat sebagai anak perantauan.
 Part pergi balik NAIK bas.



Cerita pasal bas ni aku laju sikit sebab lima tahun ulang alik Terengganu Negeri Sembilan, Kelantan Negeri Sembilan. Okei, kalau cuti umum macam Hari Raya Aidilfitri, aku sarankan beli tiket bas awal awal. Biasanya sebulan sebelum tarikh korang nak balik, tiket bas dah keluar. Let's say, korang nak balik bulan 7, bulan 6 tiket dah ada. Tapi sekarang ni zaman dah maju, sampai dah ada aplikasi untuk book tiket secara online. Nama 'apps' tu ialah e-ticketing. For random bus.

 But, aku ni manusia yang cepat fed up dengan sistem online. Sebab leceh tambah lagi dengan line internet slow.

Kalau anda manusia yang jenis tak penyabar macam aku ni, aku prefer pergi terus ke sistem online bas tersebut untuk tengok berapa seat kosong yang tinggal. Contohnya, bas ekspres perdana. Pilih seat sendiri macam nak tengok wayang ler. Dah nama sistem online so payment pun secara online. Kalau takde bank ke takde kad kredit ke, you buat macam ni. Lepas cek ada seat kosong dalam bas tersebut, you drive kereta laju laju ke stesen bas, beli tiket secara cash terus. Done!

But, kena hati hati sikit time raya. Sebab? Banyak 'ulat tiket' plus harga pun mahal nak mati. Bila tiket bas ekspres yang biasa dah 'sold out', maka bersiap sedialah nak menghadap janji manis penjual tiket bas tambahan. Janji naik bas pukul 9 malam, tuptap bas sampai pukul 12 tengah malam. Fenomena luar biasa ni terjadi waktu musim raya je ye.  

Untuk budak universiti tak payah risau kot, sebab pihak universiti ada provide bas balik kampung ikut negeri masing masing menjelang raya Aidilfitri. Kena ambik tahu dekat siapa nak beli tiket tu je. 

Kata abang and kakak i.




Kalau beli tiket bas cuti biasa, pilih la single seat, kalau boleh terutamanya untuk gegirl. Nak ke duduk sebelah laki? Alah tak payah nak acah sweet sangat, ni bukan movie. Berdasarkan pengalaman aku, harapan untuk tidur secara statik, tak terlentok atas bahu laki yang duk seat sebelah memang sekadar harapan. Lagi parah, kalau kepala terhantuk dekat cermin bas hm memang aksi yang memalukan bila orang sebelah nampak. So, nak selamat, pilih single seat.

Lagi satu, kalau bas pukul 8 malam, awak kena ada dekat stesen bas at least sepuluh minit awal. Bas tak tunggu penumpang, ingat tu. Ni tak dah la datang lambat, suruh bas tunggu pulak eyy tinggi mandat kau?




Aku bagi tips senang. Sebelum naik bas, awak settle kan terus semua hajat dalaman, nak buang air besar ke nak buang air kecik ke ha yang paling pentinggggg terus solat jama' dan qasar. Doa naik kenderaan jangan lupa baca.

Naik bas terus tidur. Tak payah minum air kalau boleh. Sebab apa? sebab dalam bas tu sejuk ye makcik makcik sekalian, jadi kemungkinan untuk kita terkucil tu tinggi ler. Ye, betul bas berhenti dekat RnR, tapi nisbah satu tandas bersamaan seribu orang guna. Pssssst kotor gila, kau tak geli ke? Kalau turun bas nak pergi tandas, before blah tu sila tengok nombor plat bas. Kang salah naik bas baru menggelabah.


Lepas tu, aku nasihat ni, kalau nak dengar lagu tak kisah la genre apa pun, better bawak mp3. Bukan apa, kalau layan lagu pakai smartphone, bateri cepat habis. Bila bateri habis, dah sampai, tak boleh call parents engkorang jugak susah cari public phone. Mp3 benda penting bagi aku. Jangan letak harapan tinggi sangat nak dapat entertainment dengar lagu via radio bas.




Powerbank pun benda penting. Smartphone tak kisah la android ke iphone ke, sampai tang bateri, sama je. Bateri cepat habis. Bukan zaman phone nokia tekan tekan ala ala remote tv dulu, bateri habis pun still boleh survive.

 Dah ada powerbank, you guys buat la semua aktiviti, main candy crush ke layan COC ke dengar lagu sampai tertidur ke mesej pakwe ke. Satu je pesanan, sila 'silent' kan phone anda. Tak payah la nak bagitahu satu bas awak tengah bermanja dengan si abang tersayang. Jadi, kalau nak hidup bahagia bila travel jauh, power bank jangan di anak tirikan.

Sepanjang lima tahun aku pergi balik naik bas, aku prefer bas ekspres perdana. Walaupun harga mahal sikit, tapi comfortable, first class service, wifi free, ada single and double seat yang paling penting bas sampai on time.

 Kalau bas dua tingkat ni, aku prefer tingkat bawah, tak serabut dengan manusia. Kalau you guys jenis adventurous, pilih tingkat atas, depan sekali menghadap cermin depan. Rasa dia perghhh macam naik roller coaster. Pernah pergi singapore dekat Universal Studio? Feeling naik bas tingkat atas depan sekali tu lebih kurang macam feeling naik roller coaster yang laju gila nak mati dekat area Transformers tu, tak pun roller coaster dekat area Egypt. Yang bezanya, naik roller coaster kau menjerit, tapi time naik bas kau mabuk.

Hm, bas lain okay je. Disebabkan aku ada banyak pengalaman pahit naik bas, aku terus stick dengan bas perdana. 

Haiyya nampak macam tauke bas tak?
*angkat kening*

Mungkin sekarang korang tak berapa faham apa yang aku tulis ni, bila awak pergi balik naik bas, insyaAllah faham.

Kepada bakal perantau sekalian, ingat lah akan ada satu masa kepulangan awak semua disambut dengan sepanduk besar tepi jalan, iaitu menjelang hari raya, perasaan dia memang excited habis. 'Selamat Pulang Perantau, kepulanganmu dinanti', kata MB negeri masing-masing. Jadi, pandai pandai la survive tanpa mak ayah dekat tempat orang. Salah pilih kawan, jadi belacan la engko.

'Berkawan dengan penjual minyak wangi, bau minyak wangi akan terlekat di baju kita, berkawan dengan pembuat pedang, bau busuk asap akan terlekat di baju kita'.

Think about this quote.





No comments: