Monday 7 March 2016

Lelaki.




Assalamualaikum. Perasan tak lelaki zaman sekarang ni makin sedikit bilangannya? Ada orang cakap dekat aku lelaki ni dah jadi makhluk yang diancam kepupusan. Istilah sains 'endangered'. Well, aku tak tahu nak percaya ke tak benda ni. Kalau populasi lelaki makin sikit, kemungkinan seorang lelaki kahwin empat pada masa depan tu tinggi la kan? Satu lelaki nisbah empat perempuan (1:4). Jadi, aku kena get ready. Kalau tak, mesti ramai 'andartu' masa depan nanti, kesian la pulak. Poligamy can be considered. Haha, jauh nau fikir.

 Tapi, walaupun bilangan lelaki makin kurang, aku still dapat nampak benda yang aku tak berapa suka dekat diorang ni. Obviously, sekarang ramai lelaki obses nak jadi sado. Asal istilah sado tu sebenarnya ialah besar bodoh. Dulu badan keding pijak semut alahaiiii hidup segan mati tak mahu tapi sekarang dah ada six packs lengan sama saiz dengan peha. Perempuan lain mesti auumm dekat lelaki spesis sado tapi bukan aku. Angkat dumbbells siang malam tak lain tak bukan semuanya menuju ke arah menjadi hulk. 





Obsession overloaded.

Kedua, aku perasan ramai jugak la lelaki yang menggedik nak jadi perempuan. Sekarang ni kan zaman dah makin maju, jadi senang nak jumpa banyak teknologi yang membolehkan laki tukar identiti dengan senang, potong apa yang patut then implant apa yang takde. Golongan ni dikenali sotong, donut, nyah, blablabla azwan ali eh? Tak kisah la alasan korang apa, tapi yang pasti hukum tukar jantina menurut islam tetap haram dan berdosa. Ubah ciptaan Allah, kena laknat, tak dapat hidu bau syurga. 


Ketiga, aku jumpa ramai lelaki pervert. Pervert tu apa? Pervert tu gila porno otak kuning fikir sex 24 jam. Bila dah pervert, tengok perempuan sikit dah 'steam'. Jahanam jilaka lahanat betul spesis laki macam ni. Aku ingat lagi ada satu masa dulu, banyak gila berita orang buang anak dekat tv. Dalam sungai, dalam jamban, dalam tong sampah, tanam belakang rumah. Ya Allah, teruk sangat persis zaman arab jahiliyah.





Nak kawan rapat dengan lelaki? Better fikir sepuluh kali. Sebab? Korang baca berita bawah ni baru korang tahu kenapa.



KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila menyaksikan sendiri kekejaman anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanitanya yang berusia 16 tahun di rumah mereka sehingga gadis berkenaan mengandung, baru-baru ini.

Lebih menyedihkan apabila jeritan dan rayuan wanita berusia awal 40-an itu yang cuba menghalang tindakan keji anak lelakinya tidak diendahkan.

Malah, tindakannya mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali langsung tidak dihiraukan seolah-olah anak lelakinya dirasuk hantu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam hujung bulan lalu di sebuah taman perumahan di Setapak Jaya di sini, mangsa yang juga seorang pelajar dikatakan dirogol empat kali dalam bilik berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya membuat laporan polis kelmarin selepas lelaki terbabit enggan bertanggungjawab terhadap perbuatannya sehingga dia kini disahkan mengandung.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila pelajar terbabit dipelawa ke rumah suspek untuk mengenali ahli keluarganya.

“Mangsa tidak keberatan mengikut suspek ke rumah berkenaan kerana ibu teman lelakinya juga ingin mengenali remaja berkenaan.

“Selepas tiba di rumahnya dan berkenalan dengan ibu suspek, teman lelakinya itu bagaikan dirasuk hantu apabila memaksa remaja terbabit masuk ke biliknya,” katanya.

Sumber itu berkata, keengganan mangsa berbuat demikian menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum suspek mengheret tangannya masuk ke bilik dan mengunci pintu.

“Ibu suspek yang menyedari perbuatan itu mengetuk pintu, menjerit sambil merayu kepada anak lelakinya supaya tidak melakukan perbuatan buruk ke atas gadis berkenaan.

“Malah, ibu suspek berusaha membuka tingkap di bahagian belakang bilik berkenaan untuk mengintai perbuatan anaknya,” katanya.

Menurut sumber itu, sebaik membuka sedikit tingkap bilik berkenaan, dia terkejut sebaik melihat anaknya bergelut untuk merogol teman wanitanya.

“Ibu suspek berlari semula ke pintu bilik berkenaan dan berulang kali mengetuknya, namun anaknya langsung tidak mengendahkan panggilannya,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek merogol remaja berkenaan empat kali sebelum menghantarnya pulang ke rumah.

“Pada mulanya, mangsa tidak membuat laporan polis kerana suspek mendakwa akan bertanggungjawab terhadap perbuatannya itu dengan mengahwininya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya lelaki terbabit mungkir janji apabila enggan bertanggungjawab atas perbuatannya selepas remaja berkenaan disahkan mengandung.

“Remaja terbabit memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya, namun suspek berkeras enggan bertanggungjawab walaupun rundingan secara baik dilakukan keluarga mangsa,” katanya.

Berikutan itu, mangsa bersama ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju di sini, kelmarin, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, lelaki terbabit sudah ditahan di rumahnya semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kes terbabit sudah dirujukkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

See? teruk gila kan? Salah pilih kawan laki, sekali diorang ngap you girls, menyesal tak sudah la jawab dia. Yes, tahu zaman maju IT sekarang ni semua boleh tengok, kalau search dekat internet gambar lucah video lucah berlambak. Dunia tanpa sempadan. Tapi awak semua kena ingat, mata akan menjadi saksi, Allah sebagai hakim and neraka sebagai balasan di hari akhirat nanti.

 Guys, perempuan ni makhluk yang sangat sangat sangaaat lemah. Please don't treat us like a ball, when you need us you treat us well but when you don't need us, you kick us just like a punch bag. Tapi aku ada je jumpa perempuan yang spesis bimbo, pengkid, pakai baju abang abang, perangai kasar mengalahkan lelaki. Hari tu aku ada dengar berita 'seorang isteri potong kemaluan suami guna pisau'. Macam kelakar kan? Tapi, beware okay. Perempuan sekarang dah berubah. Sampai sekarang abah aku asyik risau bila nampak pisau dekat dapur haha. So, kalau taknak kena potong mana-mana anggota badan, please respect us. No violence against women.


Tapi, tak semua lelaki teruk, ada je yang baik. Tapi nak cari yang baik tu macam mencari semut hitam di atas batu hitam. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Pegang and ingat kata-kata ni okay? 
                        





No comments: