Tuesday 12 April 2016

Purdah.




Assalamualaikum, hai :) Entri kali ni i nak cerita pasal purdah. Purdah ni sebenarnya sejenis kain yang digunakan untuk tutup bahagian muka dari hidung ke bawah. Lebih kurang macam ninja tapi girlish and proper style.

Kita sedia maklum, menutup aurat bagi manusia yang bergelar Islam adalah wajib. Aurat yang wajib ditutup oleh kaum Adam ialah dari pusat ke lutut and bagi kaum Hawa pulak seluruh anggota badan kecuali muka dan tangan. Dah nama pun wau alif jim ba (wajib) so kalau degil kepala batu hati hitam tak nak tutup aurat, maka berdosalah kita. 

Mesti ramai dengar 'belum sampai seru' sebagai alasan tak tutup aurat. Entah la, bagi aku alasan ni sangaaaaat tak munasabah. Allah dah perintahkan dan seru tutup aurat ni dah lama dah melalui kitab suci al-Quran, pada zaman Rasulullah lagi and sebelum kita lahir. Firman Allah:

''Wahai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang-orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk di kenal karena itu mereka tidak di ganggu.Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang. -Al Ahzab.59''

Back to our purdah issue. Sebenarnya hukum memakai purdah tak wajib, yang wajib hanyalah menutup aurat. Tapi, memakai purdah menjadi wajib bila muka kita ni akan mendatangkan fitnah. Pernah tengok cerita Ayat-ayat cinta? Then, korang semua akan dapat tahu apa maksud fitnah tersebut. Bagi kaum hawa, you guys ada pilihan sama ada nak pakai ke tak. Tapi janganlah on off on off. Istiqomah (berterusan) okay. Bila dah pakai purdah, please behave yourself. Janganlah dekat laman sosial mencarut sana sini, tak jaga ikhtilat (pergaulan) dengan ajnabi. Semua tu salah. People will immediately judge and label you either you are a precious diamond or a bitch. And they will never stop judging.




'Uish, pakai tudung labuh, purdah, kolotnya macam hantu kum kum baju pun semua nak hitam ee entah-entah syiah'. Ini lah mentaliti melayu bila nampak perempuan bertudung,berniqab,berpurdah semua. Tapi bila nampak perempuan berpakaian seksi lalu 'mak aih, mengancam siot lawa gila dapat awek ni bahagia seumur hidup tak cari lain dah, aku simpan je dalam rumah'. Masyarakat sekarang selalu judge benda yang baik dan betul, salah dan sebaliknya. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Tapi nak buat macam mana kan? kita tak mampu ubah semua persepsi masyarakat. Dalam bab aurat ni biar Allah yang jadi hakim, you guys jangan risau.

Sebenarnya, mata lelaki dekat atas muka bumi sangaaaat lah bahaya. Even though tengok perempuan pakai tutup litup semua pun diorang dapat bayang macam-macam. Dah nama pun lelaki, nafsu diorang memang tinggi apatah lagi bila nampak perempuan. Girls, jangan risau kalau lelaki pandang awak sebab diorang nak cuci mata sekali sekala hahaha. Takdelah. Kalau belajar bahasa arab, wanita dalam bahasa arab ialah امرأة dan cermin pulak مرآة . Ejaan lebih kurang sama. So, i buat kesimpulan, wanita or perempuan ni ibarat cermin yang semua orang suka tengok setiap hari. Jadi kaum hawa sekalian, kalau taknak kena rogol ke kena raba ke kena tuduh khalwat ke kena umpat dek lelaki ke, pakai la pakaian yang betul-betul mengikut syariah Islam. Tak semestinya berpurdah, bertudung labuh semua. Yang penting tutup aurat. Islam agama yang mudah dan bertimbang rasa. 

Beza perempuan yang tutup aurat dengan sempurna dan tidak tutup aurat dengan sempurna macam kata-kata yang dulu selalu aku dengar ni. Orang yang tak tutup aurat macam barang dekat pasar malam, semua orang boleh tengok dan sentuh bila-bila masa je, tapi orang yang tutup aurat dengan sempurna pulak seperti permata di dalam bekas kaca di kedai emas, semua orang dapat tengok, tapi hanya orang tertentu saja yang dapat      sentuh. Sebab apa? Sebab sangat                       bernilai.                                                                                                                                      Eh kejap, i bukan nak halang korang pakai purdah. Yang nak pakai or yang tengah pakai tu, go on. Yes, memang banyak dugaan bila pakai purdah ni. Tak up to date, susah nak makan bila ada kenduri, panas sebab pakai pakaian berlapis lapis, nak dapatkan kepercayaan majikan bila kerja nanti blablabla yup memang banyak. Tapi, kaum hawa sekalian kena ingat semua tu perjuangan dalam islam dipanggil jihad. Orang tak pandang takpe, sebab Allah yang pandang niat suci awak tu. Pakai pakaian yang menutup aurat plus purdah insyaAllah tak diganggu lelaki hidung belang yang hanya fikir 'seks' 24 jam. People will respect you.

setakat ni je. Saya bukan orang yang bertuah untuk pakai purdah tapi i cuba nak ubah pandangan masyarakat dekat orang yang pakai purdah ni. Purdah ialah pakaian Islam bukan pakaian tradisi masyarakat timur tengah sahaja. Open and widen your mind okay.









  


No comments: