Monday 22 February 2016

Throwback




Assalamualaikum. Entri kali masih lagi throwback cerita zaman sekolah. Banyak benda jadi sebab tu banyak cerita. Unit beruniform. Masa sekolah rendah aku join persatuan puteri islam malaysia or nama glamor dipanggil ppim. Satu je sebab aku join ppim, sebab tudung, kain warna pink. Gegirl kan jadi kaler pink tu satu tarikan. Zaman budak hingusan mana fikir panjang pakai otak main masuk ja asal menarik. Sebelum keluar sekolah rendah dapatlah title plus sijil puteri bongsu. Sampai sekarang aku fikir, dah jadi puteri dah tu mana istana,crown untuk gua mana manaaa? Fake title. Sejak tu, baru aku sedar warna pink ni boleh tahan hodoh. Warna si patrick star gemuk perut buncit. Sekolah menengah masuk kor kadet polis. Sebab? Nak try aktiviti ekstrem kot kot dapat panjat gunung ke kayak ke tangkap gajah ke. Bukannya aktiviti menjahit, buat bunga kelawang, buat sandwich siapkan buku log aihhhh bosan gila aktiviti ppim. Aku ni jenis suka kawad kaki. Masa form 1, senior cari junior yang boleh kawad. Skuad kadet remaja sekolah. Tup tap tup tap aku je form 1 yang terpilih. Berlatih siang malam dengan kasut but ala ala tentera. Penat tak payah cerita. Muka tangan hitam legam macam udang kena bakar sampai cenggitu sekali pengorbanan. Bayangkanlah aku satu-satunya junior dalam skuad tu, bila senior buat lawak hambar takkan nak tumpang gelak sekali kan? Belajar jadi heartless time ni la. Sampai sekarang lekat. Semua pergerakan kawad krs mula dari kanan tapi bila masuk kadpol semua mula dari kiri. Menggigil jugak la nak ubah pergerakan masa mula mula masuk kadpol dulu. Kenapa tak masuk krs? Sebab uniform kadpol lagi lawa daripada uniform krs. Tahu, gedik alasan tak munasabah langsung. 


camping di Pulapol Jempol. Me, 4 from left
Masa camping, aku dilantik jadi ketua platun. Jadi ketua platun masa camping dekat Jempol memang torbaik. Budak-budak ni senang jaga tak main merata. Syukur dapat diorang ni. Overall, we joined all the competitions and we got 3rd place. Okay la tu, sebab kaum laki tak ikut, sekali dapat nombor 3. Then, pertandingan menembak. Pernah mimpi tak nak pegang senapang M-16? Langsung tak. That kind of riffle was so heavy oh. Bila nampak riffle tu, tiba-tiba teringat subjek fizik, conservation of momentum part explosion and tu application explosion. M-16 bukan macam machine gun tapi boleh jadi machine gun kalau korang beria tembak tanpa tujuan. Aih, lancau betul manusia macam ni. First time main tembak tembak, last sekali aku terpilih ke peringkat negeri. Rezeki datang mengejut. Pergi ke? Tak sebab masa tu ada latihan pusat pertandingan catur peringkat negeri. Kena pilih satu daripada dua.

ini surat cinta sampah.
Aku pun belajar baca kompas dengan betul masa pertandingan pandu arah. Before pertandingan, instructor to ajar step by step and cara nak baca koordinat. Guna apa? Kompas. Boleh tahan juling jugak la mata. Masa pertandingan pandu arah ni,aku jadi tukang baca kompas, jerit dekat team lepas tu berlari macam nak terbang dari satu pokok ke satu pokok. Gila penat. Result? Dapat 3rd place dalam tempoh masa 10 minit. Okay la at least tak sesat dalam hutan. Zaman sekolah kalau muka tangan tak hitam tak sah. Masuk kadpol badan boleh sado kot. Cikgu dah lepas tangan, kalau khemah runtuh baiki sendiri sebab memang takde orang akan tolong. Kor kadet polis memang the best lols.



No comments: