Saturday 11 February 2017

11/2



Assalamualaikum wbt.

Ketika umur 19 tahun,

Ada yang masih belajar, muka berkerut seribu jawab exam,
ada yang taknak sambung belajar, cukuplah setakat spm,
ada yang dah kerja, mungkin sekarang tengah dimarahi majikan, 
ada yang telah kematian ibu/bapa atau kedua-duanya mungkin sekarang sedang menangis mengenang kenangan lalu,
ada yang dah meninggal dunia, mungkin sekarang ibu bapanya sedang menangis di batu nisan,
ada yang dah berkahwin, mungkin sekarang menjerit bila minyak terpercik dekat muka ketika menggoreng ikan,
ada yang sedang mengandung, ke hulu ke hilir dengan perut yang semakin membuncit,
ada yang dah ada anak mungkin sekarang tengah menyusukan baby yang comel๐Ÿ˜.


Siapapun kita ketika berumur 19 tahun, 
sedar tak sedar kita sebenarnya dah semakin dewasa.
Semakin matang, semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, semakin banyak hati yang perlu dijaga...

semakin kita dewasa, kita akan gemar..

Perempuan lebih gemar akan kecantikan,
conteng muka dengan pelbagai alat kosmetik,
↬they make up to impress..

Lelaki pulak lebih gemar menggayakan fesyen terkini,
rambut aset paling penting, baju seluar, kasut.
Badan mesti fit, tak kurus tak gemuk.
they're being attractive to tackle girls..

Kan?

ok done bermadah pujangga.๐Ÿ’˜

Entri ni aku nak cerita tentang tarikh,
>11 februari 2017<


geng arab๐ŸŽฌ

Semalam, my bestfriend Fatimah Az-Zahra datang rumah dengan niat suci murni suruh aku ajarkan maths.
Disebabkan aku belum cover lagi chapter 4, 
aku beri seribu satu alasan.
Tapi, dia terus datang rumah, masuk bilik aku siap bawak buku maths. Ish, degil betul makcik ni.
Dalam 15 minit study math, dia suruh temankan pergi kedai runcit dekat cafe. Macam-macam๐Ÿ˜ค.
Satu hal pulak aku kena dress up.
Keluar bilik, housemates aku dah berkumpul dengan timah dan tiba-tiba...

'Happy birthday to you๐ŸŽผ
happy birthday to you,๐ŸŽˆ
happy birthday to khadijah,๐ŸŽต
happy birthday to youuuu...๐ŸŽ‰

๐ŸŽถAllah selamatkan kamu,
๐ŸŽˆAllah selamatkan kamu,
๐ŸŽ‰Allah selamatkan khadijah,
๐ŸŽผAllah selamatkan kamuuu...

Sumpah terkejut.
Terharu okayyyy.

Tak sangka timah komplot dengan housemates.
aku dahlah jujur orangnya, percaya je dia ajak pergi kedai.
haha langsung tak expect diorang buat surprise birthday party. Terharu la jugak sebab diorang ingat my birth date.




No word can be used to deliver my appreciation to you girls.
Honestly, i love you.
I don't even know ukhuwah among friends is the sweetest.
but last night, i realized it.
thank you for the cake, mcflurry, cute socks, the presents.
thank you so much for everything.

yup 11/2/17 is my birthday anniversary.





Tapi, aku hanya boleh happy sekejap je.
Hakikatnya, semakin bertambah usia, sebenarnya semakin dekat kita dengan kematian. Tanpa sedar, dunia kata pergi, kubur kata mari.. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk menjadi miss 19 year old.
Tanpa 'wish' tanpa 'surprise party' tanpa hadiah,
aku langsung tak kisah..
tapi, doa daripada seorang sahabat agar aku makin tabah, makin kuat di dunia ni yang paling aku harapkan.

Doakan saya okay.
saya tak sempurna.
Bila baca terjemahan surah Ar-Rahman,
Allah banyak kali tanya,

'Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?'

Banyak, banyak sangat, tak terkira..
Infiniti..
Dari 11/2/1998 sehingga 11/2/2017,
terlalu banyak dosa yang dilakukan,
secara sengaja dan tak sengaja,
Tapi, Allah still bagi nikmat kepada hambaNya.
Allahu..






sekian๐Ÿ’.

No comments: