Sunday 1 May 2016

Lapar tengah malam!




Assalamualaikum, hai peeps! Semua orang tahu apa itu rasa 'lapar' kan kan kan? Yes, lapar tu normal bagi makhluk yang bernyawa khususnya bagi manusia. Tapi, i ada satu tabiat yang pelik sikit bab lapar ni. Menjelang tengah malam,  baring atas katil, siap gosok gigi semua, masa tu jugak la perut tiba-tiba lapar. Siap dengan bunyi tu yang tak menahan. Lepas tu, rasa serba salah nak pergi dapur, ambil makanan, melahap pukul satu dua pagi sebab ada orang cakap makan tengah malam tak berapa elok. Kang obesiti tak pasal pasal bangun pagi esok perut dah berlapis-lapis -.-

Ehem, sebenarnya fenomena atau penyakit lapar tengah tengah malam ni bukan aku seorang je yang rasa, tapi kebanyakan perempuan rasa. Bila dah 'get ready' nak tidur, masa tu jugak mengidam nak makan macam-macam, meggi kari la, nan cheese la, ayam panggang la blablabla.




Pernah terfikir tak apa benda yang duduk memekak bergendang berdangdut semua dalam perut bila lapar??
 Dalam perut kita ni ada cacing pita 'tapeworm', dekat usus besar pulak ada cacing kerawit 'pinworm'. Dulu aku fikir, bunyi bising tu cacing cacing ni semua yang buat.    Bergaduh dalam perut.
Tapi itu semua dusta.
Mitos semata-mata, uhuks.


Jadi, i buat research sikit pasal 'bunyi' ni.
Tapi, jangan risau i will make it simple.





Sebenarnya, bunyi tu para doktor panggil 'borborygmi'. Berlaku bila ada 'rhythmic muscle contractions' dalam perut dan usus kita. Sistem penghadaman kita ni panjangggg. Pernah jumpa tak orang makan sebijik burger, bila melepas keluar sebijik burger sama saiz macam tadi? Sepanjang lapan belas tahun aku hidup, belum pernah jumpa lagi.

Lepas kunyah makanan sebanyak pat puluh kali, makanan tadi akan dicerna and turun ke perut dan usus melalui satu proses pengecutan otot iaitu peristalsis. Dalam proses ni, makanan, cecair dengan 'digestive juice' semuanya akan bercampur. Hasil campuran ni pulak dipanggil 'chyme'.

Bunyi bising yang selalu kita dengar dalam perut tu sebenarnya bunyi pengecutan otot perut dan usus dalam masa yang sama 'chyme' bergerak turun melalui proses peristalsis dan menolak mana-mana udara yang dihasilkan dalam sistem pencernaan. Secara serentak! Masa angin dalam perut ditolak keluar, tu yang keluar kentut. Tapi jangan salah faham. Bunyi ni bukan bunyi bila lapar tu. Yang ni yang normal.

Tarik nafas! Baca sampai habis.


Bunyi bising bila lapar tu macam mana pulak?
okay, sebenarnya bila perut and usus kita kosong, akan menghasilkan satu gelombang dikenali sebagai refleksif gelombang pengecutan. Walaupun takde apa-apa dalam perut dan usus, proses pengecutan still berlaku. Tujuan?
untuk membersihkan perut daripada sisa makanan, bakteria and blablabla. Macam proses pembersihan la sebelum makanan lain masuk dalam perut dan usus. Yang tu yang bising nau bunyinya. Dan itu tandanya perut kita dah KOSONG.

Umpama tetamu nak datang rumah kita. Mestilah kita bersihkan tandas sebersih-bersihnya kan? Proses membersih mestilah bising sikit sebab nak sental semua benda sampai berkilat. Sebab lapan puluh peratus tetamu yang datang akan pergi tandas. Betul tak?

So, kalau taknak perut meragam ke bising ke terutamanya masa dah tutup lampu nak tidur, jangan biarkan perut kosong. Eat something. Sekurangnya-kurangnya instant oat. Tak pun makan je nasi, alah tak payah nak berlagak kurus sangat la. Kurus tapi seksa perut tak guna jugak. Kepada yang tengah ber'diet' , makan dalam kuantiti sikit jela janganlah bedal semua makanan.
Baru la dapat tidur dengan selesa.
Kalau malas sangat nak makan, tidur jela.
Tapi kalau dapat gastrik, sila salahkan diri sendiri.




Itu saja. I pun baru tahu pasal ni. So, i wanna let you guys know it too. bye :)












No comments: