Tuesday 26 April 2016

Graduasi.






gambar hiasan, sumber internet

Assalamualaikum, hai peeps! entri kali ni I nak cerita pasal satu majlis rasmi yang terpenting dalam hidup setakat ni iaitu Majlis Graduasi. Tapi ni baru peringkat sekolah okay, bukan peringkat universiti lagi.

Event yang katanya gempak kebabom tu berlaku pada hari Ahad 24/4/2016. Tapi I orang jauh, kena datang hari Jumaat malam, sabtu malam ada rehearsal so wajib tidur dekat asrama. Diorang sediakan just satu bilik untuk alumni spm 2016 and satu bilik jugak untuk alumni form 6. Dapat bayangkan 75 orang nak sumbat satu bilik?? Padat sangaaat. Nasib baik budak yang stay area Negeri Sembilan dapat kebenaran balik lepas rehearsal. Ramai manusia, baju banyak berhanger sekeliling tingkap, makanan tak payah cakap la, berlambak dekat tengah tengah bilik. Fikir kali terakhir tidur dekat hostel, jadi takdelah ambil kisah sangat pasal segala mak nenek dalam bilik tu. Motif utama just nak jumpa kawan lama yang sekepala seperangai dan seangkatan. Bila dah lama tak jumpa, jerawat sekecik-kecik alam pun nampak je apatah lagi yang dah semakin debab dari semasa ke semasa akibat mereput selama pat bulan. Yang tiba-tiba 'pang' datang macam ratu mak jemah, pakai make up tebal memang kena bash teruk gila. Jadi bahan sampai sekarang.


Masa rehearsal betul-betul membosankan. Majlis rasmi memang selalu macam tu kan?? Beratur nak naik pentas, belakang aku laki. Tinggi, spesis hantu galah. Hampir sondol aku masa nak tengok step naik turun pentas. Dah tahu kaki panjang, still tak reti jaga jarak dengan perempuan ke eyyai! Habis sidang pertama, tinggal dua sidang lagi. Bosan sangat, aku lepak luar dewan dengan suffina. Masing-masing kebulur, koop tutup gerai ibu tutup kantin ramai laki. Menggelupur macam kena parkinson jela. Makanan benda terpenting dalam hidup, lambat makan sikit, keluar la semua perangai hantu.

    
Majlis graduasi ni tiga jam. Nampak la semua effort cikgu-cikgu nak jadikan majlis ni perfect. Tapi satu je yang aku perasan, VIP memang selalu lambat. Malam sebelum 'the big day' ni i tidur lambat lebih kurang pukul 3 sebab menyembang dengan Aznie bangun pulak awal pukul 5. Kalau cakap tak mengantuk tu memang menipu. Eyebag sebakul. Memasing bangun awal, memekak dengan alarm phone, tapi paling win alarm lagu jihad phone Mimi. Tu yang semangat lebih. But, diorang ni lagi gigih bahan orang yang pakai make up awal pagi. Entah la, make up semua ni tak dapat diterima lagi macam peralihan zaman yang mendadak sangat. Dulu pakai bedak Johnson's baby ala ala tepung gandum sekarang foundation la apa la berlapis lapis. Nasib i tak pakai semua bahan kimia tu.










Lepas habis majlis, ambik gambar lebih kurang setengah jam dengan batch mates, sepuluh minit dengan kak Ika,Fahmi, Imoh, makan, sambung ambik gambar dengan ika,fahmi. Diorang ni excited nau dengan red carpet, bunga and jubah graduasi aku. Muka aku pun dah krem banyak sangat senyum time bergambar. 

Paling sedih masa nak 'say bye bye' dekat batchmates. Banyak kenangan.
Dari tingkatan satu sampai tingkatan lima.
Dari budak cengeng menangis 24 jam homesick sampai pegang title 'senior' and alumni smap.
Bila ingat semua kenangan, memang koyak habis.
lepas ni semua dah ikut haluan masing-masing.
aku yakin mesti ada punya yang kahwin satu batch, laki perempuan batch valour park park parkkeboom! haha
kalau boleh, jaga imej sekolah agama.
kalau tak boleh jadi contoh, jangan jadi fitnah kepada agama.
last batch pmr 2013, spm 2015.
officially graduated. 
valour 1115.
bye Labu,Soromban, Nogori Sembilan.


baby, please don't cry!

























No comments: