Friday 29 April 2016

Qalbu :)

Assalamualaikum. Hanya nak share something yang akak usrah pernah tunjuk dulu. Simple, tapi terkesan dan ingat sampai sekarang. 




tengok air dalam gelas, jernih kan? Ibarat, hati kita lepas keluar dari rahim ibu masing-masing. Suci murni tanpa dosa walau sedikit pun. 





semakin membesar, semakin banyak dosa kita buat secara sengaja atau pun tak sengaja sampai hati 'slow slow' jadi gelap. Obviously, mata dan mulut penyumbang terbesar timbulnya titik hitam dekat hati kita ni. Bila hati dah gelap, ilmu pun susah nak masuk. Ha! Banyak dosa sampai hati pun dah gelap, memang kena terjun terus dalam neraka ke? Eh, tak. Selagi belum kiamat kita cuba selamatkan diri. Yang hitam boleh putih balik.



Awak buat amalan yang boleh dapat pahala. Kena terus berserban pegang tasbih setiap masa ke? Takde la sampai mendadak macam tu. Perbanyakkan amalan sunat. Sedekah, senyum bila jumpa orang lain, solat sunat selepas solat fardhu, and yang penting solat taubat. Pandang al-Quran, dengar orang baca al-Quran, baca al-Quran. Semuanya insyaAllah dapat pahala. Hormat kalamullah ni. Hati kita yang dulunya hitam pekat dengan dosa insyaAllah, boleh jadi jernih balik. Tak dinafikan semua orang pernah lalui zaman jahiliyah. But remember, everybody deserves to get second chance to turn into new leaf.



sekurang-kurangnya ada usaha nak berubah. Dulu terdengar orang cakap 'alang-alang buat dosa biar sampai masuk neraka'. Nauzubillah. Kena api sikit pun dah terpekik sana sini sampai melecur apatah lagi dalam neraka. Sanggup ke nak kena panggang bertahun tahun ha??

 Yes, bila hati dah gelap semua kebaikan yang orang lain buat nampak salah dekat mata kita. Pakai kopiah cakap kampung, pakai baju longgar cakap selekeh, ustaz program realiti tv cakap nak cari duit dengan populariti hm semua tak kena.

Masa kecik dulu, main dekat sawah then balik rumah satu badan penuh lumpur. Mak marah tak?? Mestilah marah, membebel siap dengan stok rotan. Macam tu jugak Allah, kita hadap Dia dengan hati hitam kelat padat dengan dosa, awak rasa Allah suka ke? 

 'Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.' 

-riwayat Bukhari& Muslim-

credit to Kak Mai, akak usrah 2011 :)

No comments: