''Di saat cinta cuba mengetuk hatimu, jangan bergegas membukanya, kerana di sana ada yang menyerupai anak kecil yang cuba mengetuk pintu lalu berlari ketika dibuka''
-Habib Ali Zaenal Abidin Alwi Al Kaff-
Pintu tingkap dibuka. Angin sepoi
sepoi bahasa meyapa muka. Aku suka pagi di kolej kediaman. Sangat tenang.
Mata beralih ke screen laptop.
Seusai membaca mathurat selepas subuh tadi aku terus on laptop. Salah satu cara
untuk tidak tidur lepas subuh mungkin.
Tiba tiba aku dikejutkan oleh
satu suara dari belakang.
“oow, dah pandai bercinta ea
sekarang..” ina menegur.
“bercinta? Mana ada.” Soalku
kehairanan.
“tu, kat laptop tu apa? Bukan
bercinta namanya? Bukan main lagi letak wallpaper pasal cinta cinta ni.” Tambah
ina lagi
Aku tersenyum. Pipi terasa panas.
“tengok, muka dah blushing. Nak
tipu lagi konon.” Ina terusan mengusikku.
“Kau la, yang ajar aku bercinta
ni. Kau jangan nak tinggal aku. Biar aku sorang sorang lepas kau kenalkan aku
dengan dia” aku menambah.
“aku rasakan bila orang dah
angau bercinta ni, dia dah tak ingat benda lain dah. Ingat cinta tu je. Entah
entah nanti kau yang tinggalkan aku “ ina seolah olah merajuk.
Aku tersenyum lagi. Kawanku
sorang ni memang kalau dah merajuk, dialah no 1.
“ok, aku janji. Aku takkan
tinggalkan kau. Tapi, aku minta maaf lar ye, kau takkan jadi no 1 dalam list
aku.”
Ina memanjangkan muncungnya. “
ya, aku tahu. Aku mesti takkan jadi no 1 punya. Memang sure la kan, kau
akan letak dia no 1 dalam list kau. Aku dah agak dah.
“breakfast jom. Aku buatkan
nescafe 3 in 1 untuk kau. Roti sapu mentega kacang sekali. Mahal tau pakej ni.
Takkan dapat kat mana mana kedai” usikku.
“okey! Aku masakkan air ya. Kau
sediakan roti” rajuk ina beransur hilang.
Aku tersenyum.
Aku masih ingat waktu aku tanya
ina adakah dia pernah bercinta. Ina tersenyum sambil menjawab laju.”pernah”.
Aku terpana, aku tengok Ina
bukanla budak biasa biasa. Bertudung labuh, al-mathurat tak pernah
tinggal,usrah tak pernah ponteng, malam malam aku mesti dengar ina membaca
al-mulk sebelum tidur. Nak dibandingkan dengan aku. Macam langit dengan bumi.
Macam bumi dengan matahari. jauh bezanya. Masakan ina tak tahu yang bercinta
tu…
Ina memandangku kehairanan.”
Kenapa muka macam nampak hantu ni” ina menyoal.
“Aku tengok kau sebagai budak
yang sangat baik. Seorang wanita yang sangat solehah. Takkan kau tak tahu yang
bercinta tu..” aku menyoal.
“bercinta tu apa?” Ina menyoal.
“bercinta tu haram.” Jawabku
pendek.
Aku tahu bercouple itu haram
walaupun aku sendiri punya teman lelaki, tapi aku memekakkan telinga membutakan
mata dengan kenyataan itu kerana menurut hawa nafsu, mengikut arus buatan
manusia. aku tahu yang benda ramai orang buat tu tak semestinya betul. Tapi aku
abaikan semua itu.
Ina ketawa.
“cik adik sayang, bercinta tu tak
salah. Cinta tidak terhad hanya antara lelaki dan perempuan. Cinta pada
Allah,Rasul,keluarga, rakan rakan. Cinta pada haiwan, alam sekitar. Itu semua
juga dinamakan cinta. Cinta itu tidak haram tetapi yang menjadikan cinta itu
haram adalah pencintanya. Cinta antara lelaki dan perempuan itu dibolehkan
tetapi selepas akad yang sah”. Kata Ina sambil tersenyum lebar.
“jadi, Ina sekarang bercinta
dengan siapa?” tanyaku lagi
“cinta pada Allah. Pada Rasul dan
keluarganya, cintakan keluarga dan sahabat sahabat.” Jawabnya ringkas.
“tapi, bahagia ke?”
Padaku kalau ada teman lelaki,
setiap hari mesti ada yang bertanya khabar kita, ada yang risau bila sakit,ada
yang sanggup tolong hantar makanan apabila kita lapar.ada orang pujuk bila
merajuk. Padaku, ianya membahagiakan.
Ina tersenyum lagi.
“ ya, aku akui yang aku selalu
saja tengok orang yang ada teman lelaki ni, senyum sorang sorang bila baca
mesej. Tapi aku nak tanya kau, antara bahagia dan derita mana yang lebih banyak
kalau ada teman lelaki ni? Aku tahu aku bukanlah pakar cinta, tapi aku tengok
orang yang bercinta banyak sakit hati, kadang kadang menangis. Ada bahagianya
tapi lebih banyak derita dan risauannya.” Kata Ina.
Tapi cinta itu fitrah. Jawabku
lagi.
“ya, cinta itu fitrah. Untuk
mencintai dan dicintai itu juga fitrah. Tapi jangan sampai fitrah itu jadi
fitnah. Allah ciptakan kita bersama fitrah dan nafsu. Tapi Allah juga datangkan
bersama akal dan iman untuk membantu kita dalam mengawal nafsu dan fitrah itu.
Siapa kata cinta pada Allah, Rasul, keluarga dan kawan kawan itu tidak
menyeronokkan. Cuba tengok dan perhatikan sekeling kita, setiap benda yang
diciptakan adalah untuk kita. Haiwan, tumbuhan, matahari, air, pakaian.semuanya
itu tanda cinta Allah pada kita. DIA tidak biarkan kita tanpa bekalan, tidak
biarkan kita terkontang kanting selepas DIA menciptakan kita. Tapi DIA sediakan
segalanya. Apa alasan kita untuk tidak mencintai DIA setelah semua yang
DIA berikan?.” Kata Ina panjang.
Aku mengangguk angguk tanda
setuju.
“tapi, siapa nak pujuk kita bila
kita sedih, hadiahkan benda yang comel comel” kataku lagi
Ina ketawa lagi menampakkan
lesung pipitnya.
“Allah banyak kali pujuk kita
dalam Al-quran. Cuba buka surah at-taubah ayat 40 kalau tak silap.
kataNYA, “janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu” . dalam surah
ali-imran juga ayat 139 “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu
bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng
orang yang beriman”. Banyak lagi sebenarnya kata pujukan Allah untuk kita. Baca
Quran, lihat tafsirnya sekali, hayati. Tika itu kita akan rasa Allah sangat
dekat dengan kita. Bab yang nak hadiah yang comel comel tu, tunggu husband bagi
la. Kata ina bergurau. Allah meraikan cinta antara lelaki dan perempuan tu
dengan cara yang sangat mulia iaitu dengan perkahwinan” sambung Ina lagi.
“ya la, family aku selama ni pun
bukannya tak bagi aku makan, dioranglah yang paling gelabah kalau aku sakit.
Adik beradik aku pun walaupun selalu bergaduh tapi dioranglah yang
mempertahankan aku bila aku kena buli dulu” sambungku.
Ina tersenyum. “tahu takpe”.
“dan yang teman aku pergi klinik,
bagitau lecturer yang aku sakit adalah kawan kawan aku bukannya teman lelaki.
Yang belikan bubur dan bising bising suruh aku makan ubat pun kawan kawan aku.
Yang berhabis buatkan surprise birthday untuk aku pun diorang “Jawabku lagi.
“tapi Ina, bukan senang nak break
up. Nak putuskan hubungan dengan orang yang kita cinta mati ni. Mungkin senang
bagi orang orang macam kau yang tak pernah bercinta untuk bercakap. Tapi bagi
yang tengah angau dan seronok dalam cinta tu, sakit ina, sakit.”kataku
mengharapkan penjelasan.
Ina tersenyum lagi “ aku bukan
suruh kau call atau mesej teman lelaki kau sekarang, cakap nak break off.
Kenapa? Sebab bercinta tu haram. Aku tak suruh kau buat macam tu, kalau aku,
aku pun terkejut dan memberontak.”
“Habis tu?” soalku.
“ do it step by step. Kurangkan
berhubung. Kalau bukan keperluan tak payah text atau call. Nanti lama lama bila
kau dah kuat, cakap yang kau nak berhenti dari terus macam tu. Kalau dia tanya
kenapa, cakap yang mungkin itu yang terbaik dan kalau ada jodoh takkan ke mana.
Jodoh itu urusan Tuhan, biar DIA yang tentukan.” Terang ina.
“ mungkin agak sakit pada
mulanya. Sakit itu bukan sehari dua tapi mungkin berbulan bulan. Rasa awkward
bila mana pagi pagi handphone kosong tanpa mesej. Tengahari tiada
orang nak tanya dah lunch ke belum. Agak sakit. Aku tahu. Tapi kau kena ingat,
Tuhan itu sentiasa ada untuk kita rely on. Kalau tiba tiba teringat, ingat yang
kat depan Allah nanti kau nak bagi alasan apa kalau Allah tanya kenapa kau buat
benda yang Allah larang. Kalau rasa sedih, cepat cepat mengadu kat Allah dan
ingat janji Allah.
Perempuan yang baik untuk lelaki
yang baik. Perempuan yang baik takkan senang senang bagi cintanya pada yang tak
pasti. Biarkan apa orang nak kata, kolot ke, tak up-to-date ke, berlagak alim
ke, pedulikan. Ini bukan berlagak alim atau apa. Ini adalah suruhan Allah yang
dah lama DIA cakap tapi kita yang baru nak buat. Yang tentukan syurga neraka,
yang memberi rezeki adalah DIA. kau takkan mati dengan cemuhan mereka,
pandangan Allah itu yang utama bukan pandangan manusia.
Sibukkan diri dengan aktiviti
aktiviti, pujuk hati, tambah rakan rakan yang mampu bawa kau ke jalan yang
diredhaiNYA. Sehingga satu hari nanti, aku yakin yang kau akan lebih bahagia
begini. percayalah. take your time. Allah nilai setiap usaha, walaupun kecil”
sambung Ina lagi.
Air mataku hampir menitik. Aku
mengetap bibir. Tekak terasa berpasir, dada sakit menahan sebak.
“tapi Ina, aku tak kuat. Aku
takut Allah tak pandang aku”.
“ sungguh Allah itu Maha
Pengampun Maha Penyayang. Maha Pengasih. Kita tidak pernah terlambat untuk
berubah, selagi nyawa belum berpisah dari jasad, selagi matahari belum terbit
dari barat, selagi tu kau punya peluang untuk bertaubat. Kau beruntung, sebab
saat ini Allah sedang menegur kau dengan bisikan, kau sekarang punya pilihan.
Untuk ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Tuhan itu tahu setakat mana
kemampuan kita . DIA tahu kau mampu sebab itu sekarang DIA sedang sentuh hati
kau.” Sambung Ina .
Air mataku akhirnya tumpah.
“hei,mana rotinya?” tegur Ina.
Aku tersedar dari lamunan
panjang.
“jap, jap tengah buat la ni”
jeritku dari compartmentku.
Ina datang membawa dua gelas air.
“ina, terima kasih sebab ajar aku
bercinta. Cinta pada DIA yang utama. Meletakkan DIA no 1 dalam list aku. Terima
kasih sebab sedarkan aku cinta siapa yang patut diutamakan.” Kataku perlahan.
“kenapa tiba tiba buat drama
swasta ni” kata ina smbil tergelak.
“yang sentuh hati kamu itu adalah
DIA bukan aku, aku hanya penyampai” jawab Ina sayu.
“sekarang siapa heroin drama
swasta ni?” kataku tika melihat sayu muka ina.
Ketawa kami pecah dalam tenang
damai waktu dhuha.
No comments:
Post a Comment