Tuesday 29 November 2016

Tom.



Assalamualaikum.
sem 2 dah start.
Yes, lifestyle super duper busy akan bermula.
sem ni banyak presentation, subjek makin complicated, group discussion sana sini, kuiz,exam.
Allahu...
Doakan saya tabah.








ok, sebenarnya aku rindu tom.
walaupun dia selalu gigit dan cakar tangan aku sampai tercalar.
Tapi, sekejam kejam tom, kejam lagi si tuan kucing.
Tom tidur, aku kejutkan dia.
Tarik kaki dia, geletek kaki dia.
Aip mana boleh bagi dia tidur 24 jam!
kang gemuk macam garfield.
by the way, kelebihan tom ni satu je.
Dia pandai bukak pintu.
kalau pintu tak tutup rapat, dia akan berusaha gigih untuk bukak pintu walau apa pun yang terjadi kadang-kadang sampai tergolek.
selalunya aku saja tak tutup rapat pintu sebab nak tengok si tom tu berpeluh peluh tolak pintu.
aku apa lagi kan??
Peratikan dia sambil sakan gelakkan dia.

Kelemahan dia pun adaaaa!
tom takkan bagi orang geletek kaki dia.
sebab apa??
sebab dia geli kaki sensitif macam manusia.
 Sampai aku pernah terfikir si tom ni dulunya manusia yang disumpah menjadi kucing
Eish, penangan drama melayu sinetron indon--'

lagi satu, kalau korang kira jari kaki kucing biasanya ada berapa?
Biasanya lima kan.
tapi jari kaki tom ni ada enam.
special sikit ok.
maybe kucing kerabat diraja.
kahkahkah!
suka hati aku je.

tom ni susah sikit nak makan ikan mentah.
demand betul.
untuk pastikan dia makan ikan tu, aku kena bukak microwave, defrost dulu lebih kurang 2 minit.
baru dia makan.
nasib baik dia tak mintak garfu dengan pisau je.
kalau tak, memang nahas si tom tu.
demandinggg.

walaupun tom banyak kerenah.
tapi aku sayang dia sebab dia selalu teman aku tidur.
fyi, aku jenis tak boleh tidur dalam gelap.
at least kena buka lampu tidur.
bila tom ada sebelah, baru boleh tidur dengan lena.
rasa macam ada body guard dekat sebelah.
dia selalu tidur atas perut buncit aku. 
Yak ampun berat yang teramat makcik tu sampai sakit belakang aku. Kalau sejam aku boleh tahan lagi, kalau dari malam sampai subuh tom tu tidur atas perut aku-.-
tetiba terfikir dah serupa ibu mengandung.

Haa lagi satu, korang tahu tak kucing pun kentut dah bau dia MasyaAllah terlalu dahsyat mengalahkan manusia.
Mesti tak tahu kan?

sebelum tu, aku nak share satu info menarik tentang kentut hehe.
ada 3 golongan.
 (i) ada kentut yang 'booom' kuat tapi takde bau.
(ii) ada yang kentut bisu tapi tiba-tiba ada bau busuk macam lori sampah tumbang depan rumah.
(iii) ada lagi satu golongan yakni kentut 'boooom' dan berbau busuk macam bangkai.
ok, sila hapuskan golongan ni.
*sembur ridsect*

sebenarnya, kentut akan ada 'bunyi' kalau kita makan kekacang tak kisah la kacang kuda ke kacang tanah ke semua jenis kacang ok.
kentut busuk tu pulak asal mana?
kalau kita makan protein seperti ayam, ikan, telur, itik, kerbau dan sebagainya, kita berpotensi untuk menghasilkan kentut yang boleh buat orang yang menghidunya meninggal.

Jadi balik kepada tom yang kentut busuk tadi, 
mula mula aku tak percaya umi cakap si tom tu kentut.
 pernah sekali dia duduk bawah meja dan 
~~~busuk~~~
asalnya aku fikir dia berak bawah meja,
tapi tak. Tom pandai bergurau main kentut kentut pulak sekarang. Pandai main serang hendap.


apa pun yang jadi, i love her(tom).
sayangilah binatang terutamanya kucing.
sebab apa? sebab Rasulullah pun sayang kucing.
kalau taknak belai mereka, jangan sepak terajang binatang ni. Binatang pun ada perasaan tau. ingat tu.

ok, setakat ni je entri pasal kucing kesayangan ambo.
kawe gerok dulu.
bye :)









No comments: