Monday 11 January 2016

Street Artist :)



Assalamualaikum. Hari ni aku stres sangat. sebab? Aku bagi teguran dekat Azni, tiba-tiba dia sentap. Yang aku tak dapat terima dia guna harsh words. Aih, manusia sikit-sikit mencarut. Buat dosa je kerja. Disebabkan aku malas nak serabutkan kepala otak fikir masalah yang takkan selesai, baik aku melukis. BTW, melukis pun dapat hilangkan stres bagi aku. Ha dekat atas tu koleksi lukisan dalam sketchbook polkadot aku. Takdelah cantik mana sebab aku pernah tengok lukisan yang lebih baik,real yang aku punya tu setaraf dengan lukisan budak prasekolah. Tahun lepas aku outing dengan adik, aku terjumpa 'street artist' atau dalam bahasa melayu ori dipanggil pelukis jalanan. Cantik doh lukisan dia. Dah nama pun pelukis kan? Lepas tu dia tengok aku. Haha maybe sebab aku beria sangat kot tengok lukisan dia sampai nak tersembul keluar mata. Korang jangan bayangkan mata aku pulak. 'Minat lukisan ke', pakcik tu tanya. Aku senyum jela. Dia ajar aku melukis for free of charge. Mula-mula pakcik tu suruh aku lukis benda yang paling basic iaitu mata. Aku pun dengan gembiranya lukis mata yang selalu aku lukis. Lepas je siap, pakcik tu terus campak lukisan aku tu ke dalam sungai. Penghinaan yang maha dahsyat bagi aku masa tu. Nampak tak takat mana je lukisan orang bawahan macam aku ni? Nasib dia campak with an acceptable reason. Pakcik tu ajar aku cara yang sebenar nak lukis mata. Step by step. Pensel pun banyak jenis. Selama ni aku guna mechanical pencil dengan pensel 2B. Tu pun aku dah bangga sangat dengan lukisan yang aku fikir paling cantik di dunia krohh. Pemadam pun ada banyak jenis jugak tapi masa aku jumpa pakcik tu dia guna pemadam yang flexible. Rupa pemadam tu sebijik macam plasticine dan menakutkan bai aku fikir benda apa lah yang dia gentel sampai jadi macam tu. Seribu kali aku fikir nak guna ke tak. Mata yang dia lukis, cantik sangaaaat. Impressive! Dia sembur spray dekat lukisan tu taknak bagi lukisan luntur. Banyak lak aih peralatan melukis ni macam peralatan perang pun ada. Nasib baik aku jumpa pelukis yang friendly, baik hati nak ajar aku ilmu yang dia ada pasal melukis. Prinsip yang aku pegang, kalau dah bodoh tu, jangan berlagak sombong dengan ilmu. Kena hormat orang yang bagi ilmu walaupun pemberi ilmu tu lagi muda daripada kita. Alhamdulillah, lukisan aku sekarang much better la. FYI, pakcik yang aku jumpa hari tu asalnya pelajar universiti. Course? Electrical engineering. Tapi disebabkan dia punya passion (minat) tinggi sangat dekat melukis, dia berhenti belajar then jadi full-time street artist. Macam mana aku boleh minat melukis? Heh, soalan ni jangan tanya sebab aku pun tak tahu nak jawab apa. Gifted maybe hohoho. These are my first and second attempts drawing the eyes. Banyak lagi yang aku kena belajar. Setakat ni aku melukis dalam sketchbook ja tak sampai guna kanvas lagi sebab aku bukan taraf 'pro' lagi. wink wink :)

kiri pakcik tu punya, kanan aku punya (second attempt)

yang atas Haikal punya, yang bawah aku punya (first attempt)

2 comments:

YanaAbell said...

Waa. Yana pun minat melukis . Btw, cantik lukisan !

Jemput singgah blog Yana. Terima kasih ;D
http://abellmohd.blogspot.my/2016/01/review-product-babies-blink-tak-okay.html

nerdpinocchio said...

Thank you Yana^^