Wednesday 27 January 2016

Manusia :)






Assalamualaikum. Hari ni nak cerita pasal kerenah manusia yang aku jumpa masa pergi breakfast pagi tadi. Disebabkan hari ini budak-budak sekolah, jadi yang lepak dekat restoran tu mesti la golongan 'tua' pakcik makcik and manusia yang lifeless macam budak lepasan spm. Sambil makan, aku tengok la orang yang lalu lalang. Macam-macam ragam. Manusia ni Allah cipta dengan pelbagai ragam. Unique creature. Manusia yang pakai pakaian pelik lagi la aku usha. Kalau nak cakap aku ni jakun, macam tak pernah tengok orang aku dah tak kisah dah haha. Dah tu siapa suruh pakai yang menarik perhatian sangat, nak masuk boria ehh? Sorry, my eyes tend to look at something attractive. Aku nampak perempuan yang pakai tudung tapi pakai baju short sleeve, jeans ketat, sanggul setinggi gunung kinabalu, lukis kening. Tak tahu la kalau tu trend sekarang ke apa, aku pun bukan jenis manusia yang up-to-date sangat. Nak melawa apatah lagi. Aih macam-macam. Patut la Allah cakap penghuni neraka kebanyakannya perempuan. Ya tu pasal pakaian. Lepas tu, aku rasa nak makan sambil tutup telinga. Kenapa?? Ada manusia yang jenis cakap kuat nak mampus dekat restoran tu. Sembang nak gempak sangat tu dah kenapaaaa pakcik. Member dia duduk semeja je pun tapi cakap macam jarak satu batu.Tak sangka pulak aku jumpa loudspeaker bergerak depan mata. Orang dekat Afrika boleh kot dengar cerita dia sekali. Sumpah memekak. Lagi satu, aku jumpa lelaki mata keranjang, mata langsung tak jaga. Usha perempuan dah sampai nak terkeluar bijik mata. Tak pernah nampak perempuan agaknya. Mata lelaki ni bahaya, macam-macam dia boleh fikir bila tengok perempuan. So girls out there, be careful please. Kalau boleh, pakai jela pakaian yang proper sikit, tak payah nak dedah sana sini, tak rugi apa-apa pun, perempuan memang Allah dah cipta cantik.



 Aku pun jumpa manusia yang jenis hisap rokok dekat kedai makan. Sorry, aku memang tak boleh tahan bau asap rokok. Anti. Abah dengan abang-abang aku pun tak hisap rokok. Busuk gilaaaaa. Kalau hisap vape boleh consider la sebab bau asap vape wangi la jugak. Menjahanamkan diri je kerja macam takde kerja lain. Merokok, hisap vape, hisap shisha?? Terus reject jadi suami. Ok bye. 

No comments: