Wednesday 6 January 2016

Journey :)

Bismillah. Alhamdulillah aku dah sampai rumah lepas hantar adik aku balik asrama dekat Negeri Sembilan. Aku pun dah tak tahu nak cakap pasal apa ni. Okay la aku cerita sikit pasal 'journey' aku. Benda yang paling aku rasa ergh sangat masa breakfast dengan kakak aku yang belajar dekat USIM. Bukan apa, aku langsung tak kisah kakak aku ada sekali, lagi pun aku pun dah lama tak jumpa dia, kak Ika. Tapi aku kisah bila dia ajak boyfriend breakfast sekali dengan kitorang. Apa motif kakak aku tu ha? Nak suruh 'Fahmi' ambik hati abah umi? Aku bukan apa, aku ni jenis anti sikit dengan couple ni. Sebab? Okay la aku terus terang jela. Kakak aku tu sekolah agama dari sekolah rendah sampai masuk universiti pun yang ada title 'islam', jadi knowledge dia pasal hukum hakam agama ni kira luas jugak la kan? Mesti dia tahu couple tu haram sebab mendekati zina. Tapi yang aku tengok? Nak terus judge dia hipokrit? Tak boleh jugak sebab yang pegang hati manusia ni Allah, hati kita ni sering berubah-ubah. Aku just harap kakak aku akan kahwin dengan Fahmi in future.


Lepas breakfast, abah terus nak hantar adik aku ke sekolah. Aku la orang yang paling excited sebab nak tengok sekolah lama aku, rindu aih banyak sangat kenangan. Yang paling tak boleh lupa bila warden rampas semua starter lampu dorm dua minggu berturut-turut. Haha. Bergelap la jawabnyaaa. Kesan? Aku pun dah sampai jadi immune dengan gelap. Ha yang ni part terbaik la aku nak ceghita. Masuk je pintu pagar sekolah, aku dah nampak MPP yang jaga traffic. Umi aku pulak cakap 'kak,tolong ah cakap dekat dia kita nak masuk area asrama terus'. Then, aku la yang mintak permission tapi dia keras hati nak bagi. grr. Bengang jugak la aku masa tu. tak payah la nak skema sangat nak ikut semua arahan cikgu with no consideration. Abah aku suruh aku daftar dengan adik. Aku jugak yang kena. Asalnya nak bagi adik aku tu daftar sendiri, tapi sebab tak dapat masuk area asrama, abah suruh aku stay sekali. Aku nak ke? Mesti lah tak. Pendaftaran tu bukan sekejap, lama tahu. Lepas tu, aku suruh abah ikut je kereta yang dah boleh masuk kawasan asrama, takkan MPP tadi nak check sama ada adik aku dah daftar ke belum kan? Idea aku kalau buat kerja jahat memang kreatif. Al maklum la lagend sekolah.


Lepas angkat barang, dah salam salam semua dengan adik, aku nampak adik aku tahan nangis. Macam aku masa lower form, depan parents bajet kuat,tak sedih tapi masuk je asrama terus menangis sensorang. ye tahu, cengeng kan. Okay la tu at least tak pernah menangis depan umi abah. Impian aku nak say goodbye sambil buat muka annoying dekat adik aku tercapai. ye aku memang kejam but who care man? 


Umi paling teruk menangis abah pulak bajet cool depan kitorang tapi aku tahu abah orang yang pertama masuk kereta sebab nak lap air mata kan kan? LELAKI gais.


Dalam kereta pun dah takde orang, aku apa lagi kan? show time. Berjimbaaa. aku conquer semua seat belakang kuak lentang kuak kupu-kupu semua aku buat masa tidur. Syok bhai hidup tanpa peraturan budak lepasan spm ni. Dekat RnR, aku nampak lori ais. Dekat badan lori tu ada tulisan 'Air Batu Salleh'. Abah pulak cakap 'dah tu macam mana dia perah batu tu?' haha. kalau fikir dasar je takde maksud apa pun tapi kalau korang fikir dalam sikit itu lawak above 18 y/o. Tak payah la fikir complicated sangat. Aku rindu zaman sekolah rendah,tapi budak zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Kalau budak darjah 2 dah pandai buat isyarat lucah kau fikir apa? teruk. Okay. Takde kaitan. Bye





No comments: