Sunday 8 May 2016

Hari Ibu.






Assalamualaikum.

Setiap hari Ahad kedua bulan Mei, it's Mother's Day!
Aku pun tak tahu siapa yang declare dan memperkenalkan Hari Ibu ni, bagi yang bergelar ibu tu, just enjoy it.

Banyak gelaran bagi insan yang telah melahirkan kita ni. Ibu, umi, mama, mummy, mak, maa
Yes, takde ibu, takdelah kita dekat atas muka bumi ni.


Sebenarnya aku dengar macam macam pendapat tentang Hari Ibu ni. Ada yang cakap boleh sambut tapi ada jugak yang cakap tak boleh sambut, ikut cara barat la apa la. Okay, bagi aku, tak salah kalau sambut. But, ikut cara Islam, tak membazir tak buat hiburan melampau pergaulan laki perempuan still jaga. Yes, aku setuju dengan statement 'setiap hari tu hari ibu'. 
Tapi, tak salah kita raikan ibu special sikit daripada biasa pada Hari Ibu ni.
well, sebagai anak, macam macam kita boleh buat bukan setakat beli hadiah beli kek secret recipe beli kfc je.
kita boleh tolong ibu kita masak ke tolong kemas apa yang patut, biar dia berehat goyang kaki je hari ni.

Tu pun dah cukup buat ibu kita happy.


Memang diakui pengorbanan perempuan ni banyak. Apatah lagi yang bergelar ibu.
Sebelum kahwin banyak benda kena jaga, aurat banyak nak kena cover. Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Lepas kahwin, kena patuh cakap suami. Then, mengandung selama 9 bulan. Tadi aku tengok surat beranak, berat time baby 3.25 kg dilahirkan pukul 5.16 pagi!
Beratnyaaa.
tapi ibu kita tak pernah mengeluh usung kita ke hulu ke hilir dengan perut buncit selama tempoh mengandung. Dia tak malu berjalan dengan perut buncit, malah dia bangga dapat kita.

Lepas tu beranak, sakit? memang sakit macam nak kena cabut nyawa. Sakit pertama ialah sakit mati, kedua sakit ketika lahirkan anak, ketiga sakit gigi, sakit sembelit tu i tak tahu sakit yang keberapa -.-

Dekat tv kita just tengok ibu menjerit terpekik sambil suami pegang tangan isteri bagi semangat sampai si suami pengsan sebab tengok darah keluar banyak sangat.
 Banyak urat putus time nak deliver baby tu.
Takpe girls, jangan takut, setiap urat yang putus tu insyaAllah dapat pahala. Kalau mati time melahirkan anak dah dikira syahid. For your information, baby yang dilahirkan pramatang 7 bulan insyaAllah ada peluang untuk hidup but bagi yang 8 bulan kebanyakannya tak. Certain case je yang dapat survive dengan izin Allah.



Tahap kesabaran perempuan ni tinggi. Bayangkan kalau yang mengandung tu lelaki. Baby dalam perut menendang sikit, dushhhh tumbuk perut. Tendang lagi tumbuk lagi sampai baby dalam perut senyap. Haha lelaki ni jenis kasar tahap kesabaran pun rendah sikit daripada perempuan. Jadi, nampak tak hikmah kenapa yang mengandung beranak tu perempuan? 

Banyak la pengorbanan ibu kita. kalau nak list satu satu memang takkan habis sampai bila bila.
Sekarang ni, tugas kita, hormat ibu bapa kita.
Balas jasa mereka.
Jangan malu bila diorang cium kita bila dah besar panjang ni. Kalau boleh setiap kali lepas solat salam mereka, cium mereka.
Jangan sampai diorang dah mati baru terhegeh-hegeh nak cium. Pandang parents pun dah dapat pahala apatah lagi bila awak salam then peluk cium mak ayah awak.




Lepas spm ni, aku duk rumah lamaaaaa sangat. Lima bulan. Rutin hidup pun sama setiap hari macam robot.
Bangun tidur, solat subuh, breakfast, vacuum karpet, tidur balik, blablabla..
Kadang-kadang ada jugak 'ter' tinggi suara dengan parents, tak dengar cakap diorang, panggil tak sahut, jadi pemalas er.
Tapi lepas sedar semua tu salah, mintak maaf balik.
Masa cuti panjang ni je nak bermanja dengan parents, suruh umi suap nasi, gaduh dengan abah time tengok bola, kena paksa jadi supporter lawak abah kalau tak memang kena la haha and lagi satu selalu merajuk dengan umi abah hm. 

Bitter sweet moments kroh krohhh!

Nanti bila dah sambung belajar, dah sibuk dengan lecture, kadang-kadang sampai boleh lupa nak call parents at least sekali seminggu.

Contoh terdekat, abang and kakak aku dekat universiti.
Umi abah sampai tertunggu-tunggu diorang call time weekends. Siapa yang call dulu yang duk dekat utara ke selatan? Soalan yang selalu aku dengar. Ehem, bukan terdengar tapi menguping hoho. And bila aku stay lama dekat rumah ni la, aku dapat tengok umi abah makin tua dari sehari ke sehari. Sakit itu sakit ini. Tipu la kalau cakap tak sedih kan? Tapi nak buat macam mana, umur aku baru 18 tapi abah dah 61 tahun. Bagi nasihat ke rawat ke aku just ikut ilmu yang aku dapat dalam subjek biologi and kimia. Nak buat lebih daripada tu, memang tak boleh. 




Jadi, sebagai anak, wajib lah ke atas kita hormat parents kita sebelum diorang meninggal dunia buat selama-lamanya.

Hari Ibu ni, hargai lebih sikit dekat ibu kita. Make she feels special, make she feels like a queen. A simple wish 'happy mother's day, umi!' will make our mum feels appreciated.



Tapi ingat, setiap hari kita kena hormat ibu kita, bukan sehari dalam setahun time hari ibu ni je.





Bagi yang dah takde ibu, perbanyakkan doakan ibu awak. Setiap kali solat, doakan ibu bapa awak.
InsyaAllah, doa anak yang soleh Allah akan perkenan.
Selamat Hari Ibu, sabar layan kerenah anak-anak okay, umi.
Thank you so much for every single thing you sacrificed for your 2 sons and 4 daughters,umi.
Stay strong.
akak sayang umi :)
















No comments: