Wednesday 4 May 2016

Hantu.



Assalamualaikum. Pernah tengok movie Annabelle, Insidious, The Conjuring and all sort of horror movies?? Kepada sesiapa yang layan movie genre ni, i cuma nak cakap tahniah! Korang ada semangat yang kental untuk tengok sang hantu. Kalau movie tu jenis 'footage' (rakaman) sebenar, tu lagi ekstrem. Sampai boleh terkencing kalau hantu tiba-tiba muncul.

Semalam aku seharian suntuk menghadap lappy, buat research sikit pasal 'makhluk halus' ni. Siang buat research, malam pulak tidur sampai termimpi benda-benda pelik. Siap ada pesanan jangan post entri macam ni. Eh tau tau je aku nak post.




Korang pernah jumpa hantu sebenar tak selain dalam movie? Bagi aku, kalau setakat ternampak kelibat tu pernah la. Nampak seketul depan mata langsung tak pernah. Tapi, aku banyak dengar cerita daripada orang yang pernah nampak and orang yang ada kelebihan tengok 'benda' tu. Tipu la kalau aku cakap tak meremang bulu roma kan? Satu malam, kawan aku pernah tidur sekatil dengan aku dekat asrama, terjaga tengah malam siap menangis kejut aku sebab terdengar 'benda' tu panggil nama dia. Tapi, aku tak boleh buat apa sebab aku tak dapat dengar apa-apa. Tak tahu la sama ada aku yang pekak sebab pernah terbaca info si rabun akan tiba-tiba datang penyakit pekak kalau tak pakai spek. Aha! time tu tak pakai spek so memang betul pekak. kihkihkih. 




Sebenarnya hantu ni tergolong dalam golongan mana ha? Betul ke orang mati boleh jadi hantu? Dah tu macam mana dia boleh keluar dari kubur?? Buat apa hantu ni merayau dekat jalan-jalan lama, rumah orang dan ganggu orang? Dulu aku selalu terfikir pasal soalan pelik macam ni.

Okay, i nak kongsi sikit info yang i dapat berdasarkan sumber internet dan bahan bacaan lain.

Sebenarnya, tiada istilah HANTU dalam Islam. Yang ada hanyalah makhluk ciptaan Allah yang kita tak dapat tengok dengan mata kasar iaitu malaikat, jin dan syaitan. Kenapa muka hantu tu sama dengan muka arwah blablabla? Tu hanyalah jelmaan jin atau syaitan. Untuk apa? Untuk takutkan dan sesatkan manusia. Nak bagi lemah semangat. Kalau kita fikir secara logik, boleh ke orang mati yang ada dalam liang lahad dalam tanah tu balik semula ke dunia? Macam mana 'dia' melompat naik? Orang yang insyaAllah masuk syurga, akan terus tidur dengan tenang, yang akan masuk neraka pulak, akan terus diseksa sampai tibanya hari kiamat. Jadi, ada ke masa diorang nak patah balik ke dunia?
yes, tu la tipu daya syaitan dan jin.



Tapi jangan salah anggap pulak. Tak semua jin jahat. Ada je jin baik. 

Apa beza iblis,syaitan dengan jin?

Sebenarnya, iblis dan syaitan adalah daripada kalangan jin. Jin ni ada 2 golongan, yang taat kepada Allah and yang derhaka kepada Allah. Jadi, yang derhaka kepada Allah tu siapa? Haaa, tu la syaitan dan iblis. Sumber: majalah solusi.

Macam manusia la ada yang baik ada yang jahat. Jin baik akan tinggal di masjid dan tempat yang bersih, yang jahat pulak akan tinggal di tempat kotor macam tandas.
Walaupun makhluk halus ni tinggal di alam yang berbeza dengan manusia, tapi tujuan Allah ciptakan jin dan manusia adalah sama.

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (QS. Adz-Dzariyat: 56).

Kenapa syaitan tak disebut sekali? Sebab syaitan makhluk yang sombong. Api taknak sujud di hadapan tanah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam,’ maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takabur, dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.” (Al-Baqarah: 34)



Hakikatnya, jin baik ke jahat memang tak suka kalau kita ganggu tempat tinggal diorang. Jadi, tak payah la mengada nak kacau mereka terutamanya masa masuk hutan untuk camping ke berkelah dekat kawasan air terjun ke. Dekat asrama pun ada banyak kampung jin. Sebab tu kita tak boleh buat bising yang melampau sangat dekat asrama. Kang ada yang bagi teguran secara kasar.

Lagi satu pasal kena ganggu dengan makhluk halus. Perasan tak kebanyakan yang kena ganggu dengan makhluk halus ni golongan lemah yakni PEREMPUAN? Asal kes histeria mesti dekat asrama perempuan. Sebab utama kaum hawa jadi sasaran ialah mandi secara 'naked'. Sebab kedua, tak jaga kebersihan (tuala wanita) tak dibuang di tempat yang sepatutnya. 


Syaitan dan iblis ni suka dan tinggal di tempat kotor. Jadi, kalau kena ganggu ke histeria ke, check dulu sama ada tempat tinggal korang tu bersih ke tak.
And aku nasihat ni, please wear something masa mandi. Untuk kebaikan anda semua jugak. Yes, memang orang lain tak nampak, tapi ada 'benda' lain yang nampak, duk perati awak mandi. Malaikat pun segan nak tengok awak mandi naked, diri sendiri takde sifat malu ke?

Aku harap dapat betulkan pandangan korang bila dengar istilah 'hantu' ni. Dulu aku tak kenal hantu. Aku hidup zaman cerita sembilu kasih dengan cerita gerak khas tengah meletup. Setiap malam jumaat, tv3 promote cerita hantu. Satu famili tengok. Sejak tu, aku kenal rupa hantu. Lepas tu, pergi tandas takut sebab teringat semua hantu. See? Kalau boleh janganlah didik anak-anak tengok cerita hantu sejak kecik. Kang nak pergi tandas tengah malam takut, nak tidur dalam bilik seorang diri pun takut, tengok kipas nampak hantu bergayut, pandang tingkap nampak hantu duk bertenggek. Semua tempat nampak hantu. Imaginasi over nau. Sampai boleh hafal nama hantu, pocong la puntianak la sundel bolong la macam macam.




Satu pesanan, kalau boleh jangan jadi penakut sangat and jangan jadi berani sangat terutamanya bila tinggal dekat asrama. Dan jangan lupa jaga solat, baca al-Quran at least satu page sehari. Untuk kekuatan jiwa. For your sake.
Hantu tu jelmaan jin dan syaitan, bukan orang mati hidup balik.
semua tu ciptaan Allah.
Takut Allah, bukan hantu.
Ingat statement ni kalau nak hidup dengan bahagia, aman dan harmoni.

No comments: