Wednesday 3 February 2016

After spm :)

Assalamualaikum. Hari ni 3/2/16. Untuk budak-budak lepasan spm 2015, ni masa critical sebab 3/3/16 result keluar. Ya Allah, setiap kali fikir result mesti kaki tangan sejuk. Bulan februari tahun ni pulak ada 29 hari, kita panggil tahun lompat, jadi empat tahun sekali. Sebelum result keluar, dah takde apa nak buat kan, lebih baik search info pasal bidang yang kita nak ambik dekat universiti nanti. Uni? Before masuk u, kita kena pilih sama ada nak sambung form 6 or matrikulasi or asasi or diploma. Banyak cabang banyak pilihan so korang kena buat research atau survey semua benda ni. First thing first, buat masa sekarang wajib dah ada cita-cita. Kalau sampai sekarang korang belum ada cita-cita, masalaaaah besar. Kaki dah berbulu kot, bukan kecik lagi. Fikir masa depan sekali sekala okay. 


Lepas tu, buat la research sikit pasal kerjaya yang korang minat tu. Dapatkan info sebanyak yang boleh. Erm, dulu selalu jugak tanya soalan ni dekat cikgu kaunseling,
'kerjaya ni nak ikut minat kita or ikut pilihan mak ayah kita?' Contoh, aku nak ambik course chemical engineering tapi abah umi suruh ambik medic, jadi doktor. Serba salah kan?Oh wait, skop chemical engineering ni luas ok, bukan kerja dekat pelantar minyak semata-mata. Jawapan cikgu, ikut minat kita sendiri. Bila kita minat, insyaAllah kita akan perform. Kalau tak minat, jangan paksa diri, stres kot nanti. Dah ada satu kerjaya dekat kepala tapi tak tahu nak sambung belajar dekat mana? Korang digalakkan pergi mana-mana event pasal ipt ni macam Karnival Jom Masuk U. Tapi takkan nak terjah satu dewan tanpa tujuan kan? so, better buat research dulu, sampai sana nanti takdelah menggelabah nak dengar semua benda. Lagi satu pasal biasiswa. Takkan nak bergantung dekat duit ptptn kan? kalau boleh ptptn tu jadi last option untuk kita. Tu pinjaman and dalam masa yang sama kalau apply ptptn, kita akan berhutang. Insyallah result okay, apply mana-mana kalau boleh semua scholarship yang ada. Study abroad ke study local bukan isu utama yang penting dapatkan biasiswa dulu. Penting sangat ke biasiswa ni? Yes, penting sangat. Belanja dekat u nanti bukan macam zaman sekolah. Banyak keluar duit sampai kena kerja part time semata-mata nak tampung perbelanjaan dekat sana nanti. Lagi pun, zaman sekarang bukan zaman seringgit dua lagi la gais nasi lemak pun dah dua ringgit plus plus la sekarang. Jadi, pesanan dekat budak-budak yang masih sekolah, belajar rajin-rajin dapatkan result terbaik bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri jugak. Kalau boleh, dapatkan full-sponsored scholarship. Tapi, kena struggle la sikit nak jadi Albert Einstein kan? okayy, bye. 




No comments: