Wednesday 17 February 2016

UPdate.



Assalamualaikum. Blog ni dah berhabuk dah lama sangat tak update. Bukan sebab busy ke apa cuma badai malas telah menyerang diriku bak tsunami. Mak aih ayat. Merepek melalut je kerja. Perasan tak sekarang ni cuaca tak menentu? Kejap hujan kejap panas kejap mendung. Jadi, ramai la manusia yang tak bersalah tiba-tiba demam termasuk la aku. Satu rumah demam sebenarnya. No wonder boleh berjangkit sebab virus boleh berjangkit melalui udara terutamanya bila bersin. Sistem imuniti badan dah rendah, sebab tu senang dapat penyakit terutamanya demam. Ha, kang tak pasal pasal masuk subjek biologi. Aku pun dah takde kerja lain yang boleh dibuat selain haachomm sana haachomm sini. Takdo ideo nak ceghito pasal apo dah ni jangggg oi. erm, minggu ni banyak benda terjadi. Pada tanggal sebelas februari tahun dua ribu enam belas, i officially 18 years old. Alhamdulillah dapat merasa jadi dewasa. Banyaaaak gila melantak makanan sampai dah jadi gendut gemuk chubby ala ala Enot dah ni. Lepas tu aku selongkar bilik then jumpa semua benda ni. Celebrate birthday dekat asrama lain sangat dengan dekat rumah. Kalau dekat hostel, lepas light off tepat pukul dua belas tengah malam mesti ada je yang kena simbah dengan air main tepung baling telur nasib baik takde kuali ja kalau tak memang birthday girl tu kena deep fry. Ni kalau dekat hostel perempuan la kalau dekat hostel lelaki aku dengar lagi ekstrem. Girls guna air biasa plus mixture sabun sikit, tapi laki ada lagi ramuan istimewa diorang guna. Apa apa pun, celebrate birthday dengan kawan memang best tapi dengan family paling best. 


my friends gave me these on my birthday

emotional wish by suffina
Lepas tu, pada empat belas februari, aku pergi karnival jom masuk ipt dekat UnisZa,Gong Badak,Terengganu. Bila nampak je bas sbp masuk pintu gerbang u tu, dah agak dah mesti ramai gila orang. Erm, memang ramai pun dah nama public carnival kan. SPM leavers takdela ramai sangat tapi budak sekolah ja ramai. Datang reramai sebab budak budak ni nak skip kelas seharian bukan nak cari info sangat. Kutip pen kutip beg kutip pamplet tu jela kerja diorang. Kalau aku tanya info dekat orang yang jaga booth, tak pelik tiba-tiba sepuluh orang tiba tiba datang dengar sekali. Jangan terkejut jela. Alhamdulillah, dapat la serba sedikit cari info pasal course yang aku target nak ambik. Nasib baik tak jumpa Irfan fuhh. Beria cakap nak jumpa dekat sana. Lepas pergi karnival tu, abah pergi ke kedai cermin mata 'Penny Pang' dekat kuala ganu. Abah cakap tu kedai feberet dia. Buat apa? Dia suruh aku buat spek baru. Keh, sejarah spek yang aku pakai setakat ni macam ni, spek pertama buat masa form 2 tapi sampai form 4 nasib malang menimpa si dia sebab dah berkecai kena langgar dek kereta. Salah aku, tak pakai sampai tercicir. Lepas tu, Ati bagi bingkai spek dia yang lama maybe kesian tengok aku yang macam dah hilang mata. Buat cermin jela, jimat sikit duit. Pakai spek tu dari form 4 sampai form 5. Tapi bila balik rumah ja mesti abah umi kutuk 'macam orang tua la' blablabla. Ye tahu spek tu macam tak sesuai dengan muka aku tapi nak buat acana kan dah desperate sangat masa tu. Abah suruh buat yang baru. Abah suruh try spek sana spek sini semata-mata nak pilih design frame yang katanya cantik dengan gua. Boleh juling kot try banyak sangat spek. Aku biar jela abah umi yang pilih. Nak buat diorang puas hati and happy. As long as I alive, I will do it. Cermin mata ketiga dalam hidup. Dalam family, aku dengan abah ja yang pakai spek. Yes,dapat gen resesif daripada abah bukan dominan.


1,2,3

No comments: